laporan Nuh

Friday, December 10, 2010 Posted by ayyash 5 comments
Setelah seribu tahun kurang lima puluh tahun menghadapi kaumnya yang degil dan hanyut dibelakang pemimpin-pemimpin yang sesat dan menyesatkan, baginda mengemukakan laporan hasil seruannya kepada Tuhannya..

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih..

5. Lalu Nuh berkata : Wahai Tuhanku! Aku telah menyeru kaumku siang dan malam.”

6. “Tetapi seruanku itu tidak menambahkan mereka suatu apa melainkan mereka semakin lari.”

7. “Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka kepada keimanan supaya Engkau ampunkan dosa mereka, mereka sumbatkan jari-jari ke dalam telinga mereka dan menutupkan muka dengan baju mereka, dan mereka terus berdegil dan menunujukkan sikap yang amat sombong”

8. “Kemudian aku menyeru mereka secara terang-terangan”

9. “Kemudian aku menyeru secara terang dan secara sulit”

10. “Dan aku telah menyeru mereka, pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Pengampun.”

11. “Nescaya Allah menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu”

12. “Dan mengurniakan kepada kamu harta yang banyak dan anak yang ramai, dan megadakan kebun-kebun untuk kamu, juga mengadakan sungai-sungai untuk kamu.”

13. “Mengapakah kamu tidak memberi penghormatan sewajarnya kepada Allah?”

14. “Sedangkan Dia telah menciptakan kamu melalui berbagai-bagai peringkat perkembangan.”

Surah Nuh : 5-14 : Makiyyah

Hebatnya seruan Nabi Nuh. Tak kenal erti penat lelah, jerih payah, siang malam, sirr mahupun jahr, semuanya sanggup dilakukan untuk memastikan kedaulatan Islam menaungi alam.

Kita? Muhasabah..


p/s..
* jiwakan tenang bila dahi sujud menyembah pada Ilahi..

pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom, 1.55pm..

Labels:

tanbih

Saturday, November 06, 2010 Posted by ayyash 5 comments
Assalamualaikum wbt..

Ini post pendek..

Saya suka quote dibawah ini. Kalau tak silap saya, pakcik murabbi berkata, quote ini adalah sebuah tazkirah ringkas yang sering dicorak atas nesan pusara-pusara lama..

barangsiapa melihat akhirat, tahulah dia dunia melarat..

Satu peringatan yang baik untuk jiwa. Sepertimana diri diingatkan setiap kali kaki menapak masuk ke KAUH, dan mata menangkap papan tanda "wa iza maridtu, fa huwa yashfin" yang terpateri kemas diatas pintu entrance. sebagai pesakit, segala pergantungan selayaknya disandarkan kepada Yang Maha Menyembuhkan, doktor dan hospital hanyalah asbab yang menghasilkan natijah samada baik atau buruk. tapi harus kau ingat, bukan neraca manusiawi yang menentukan baik atau buruk sesuatu natijah yang terhasil.. sebagai doktor pula, bukanlah kepakaran dan pengalaman kau yang menyembuhkan sang pesakit, tapi kuasa di atas sana lah yang memberi segala kesembuhan.. maka tundukkan jiwa kau hai manusia!!

~dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat~

ps.. diedit utk kali ke3 - wa iza maridtu fa huwa yashfin [as-syuara':80].. jazaka/illah kheir jaza' encik/cik anon.. (^__^)


pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom, 8.17pm..
Labels:

muqaddimah perkenalan

Thursday, October 28, 2010 Posted by ayyash 3 comments
menikmati fajar bersalju di atas muka bumi Tuhan..

kau masih ingat lagi bukan ?
aku rindukan sejuk kabus memutih bersama mereka,
berguling di atas salju,
membaling salji,
memilih kasut ski,
mengheret kayu ski,
jatuh dan bangun, jatuh lagi terpelesot,
dan mencari rumah cokelat.
segala-galanya sehinggalah langkah longlai - berjalan pulang,
ke pangkal jalan ?

riang mengenal ramai,
awal aku tak kenal,
namum ikatan bermula walau hanya seketika disemai.
kerana antara fikrah dan ilmu,
langkah bermula.

dalam sedar kami bangkit,
dalam diam kami dijentik,
usai berjalan, berlari dan melompat sakit,
mengembara dalam suka dan pahit,
kami disuntik,
hidup dalam interaksi dengan-Nya. benar ia makin teguh terpalit.
kami ralit.

mata, jiwa dan hati dititip gegar.
dan kami duduk menghadap mendengar.
setia walau sukar,
hanya kerana kami mahu
dan mahu mendengar untuk sedar,
tentang realiti yang dipagar.

dalaman dan luaran,
seiringan dalam seruan.
mengenal jalan.

jangan pandang belakang lagi,
kita kan mahu kedepan lagi,
memegang erat tangan dengan pasti,
melangkah bersama ke arah realiti.

terima kasih atas cinta dan kasih,
kami akan kembali,
ke sana lagi. :)


enshaAllah.


draph99,,
28/10,1258 am, malam tanpa letrik.

*****

A clarification..
yang diatas ini telah diciplak dari hasil tulisan draph99.. (^__^)..

A confession..
serius rindu bumi andalus dan segala 'perkara'  yang menyegarkan dan menghidupkan jiwa di bumi france.. rindu jugak saat bersama mereka bermain ski dalam keadaan ribut salji?? akhirnya tercungap-cungap kepenatan dan kesejukan merentas desa comel ke rumah cokelat yang ada pendiang heater!! didoakan istiqamah dan tsabat.. fastaqim kama umirta!! [budak2 kisas tulun jangan perasan, tulun la.. haha] november ini, bon voyage dari aku untuk kalian.. (T__T)


pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom, 9.44pm..
Labels:

demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya..

Saturday, October 23, 2010 Posted by ayyash 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Kata SQ dalam muqadimah suratul Maarij, jahiliyah itu datang dalam pelbagai rupa dan bentuk mengikut edaran zaman. Walau betapa kreatifnya sang syaitan menghiasi lahiriah jahiliah 1400 tahun dahulu dengan jahiliah millenia ini, ia tetap sama pada dasar dan prinsipnya. Membawa manusia lari dari kehidupan bertuhan dan tunduk kepada segala macam bentuk thaghut. Juga memesongkan manusia dari pengabdian tulen kepada sang Khaliq kepada pengabdian sesama manusia.

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya..

Maka Al-Quran didatangkan dalam pelbagai nada, ada nada keras mengguntur, ada nada lembut membujuk, ada nada sedih mengharukan. Kepelbagaian nada Al-Quran itu didatangkan demi menanggani sifat manusiawi sang makhluk agar ia sedar akan kewujudannya atas mukabumi ini bukanlah sia-sia tetapi ia membawa satu misi besar yang tidak mampu dipikul oleh seisi alam, misi khalifatullah.

Al-Khaliq itu maha adil, Dia menciptakan pula alam ini bagi memudahkan sang manusia melaksanakan tujuan penciptaannya. Tetapi manusia itu kadang lupa dan leka, kehidupannya atas mukabumi ini tidak dimanfaatkan buat alam akhiratnya. Hari demi hari aqidahnya makin rosak. Hiduplah masyarakat didalam dunia yang busuk nilai. Keseimbangan alam dicabul bilamana alam ini tidak digunakan buat manusia menjalankan misi penciptaannya. Kesannya, dunia yang kecil ini jadi porak. Alam yang dipimpin oleh thaghut ini terasa sempit dan tidak lagi harmoni untuk didiami.

*****

Setiap hari melihat harapan. Sirna yang lahir dari mata sang ibu kepada anak-anak kecil yang comel di wad paediatric, yang lahir dan besarnya, hidup dan matinya, moga-moga usia yang ada dimanfaatkan untuk Islam. Didoakan semuanya cepat-cepat sembuh. Grow, grow and grow \(^__^)/..


pusat pemulihan akhlaq..
irbed the hashemite kingdom, 7.02pm..
Labels:

when i'm six feet in the ground..

Saturday, October 02, 2010 Posted by ayyash 1 comments



every single day someone is born and someone dies..
it wasnt long ago my uncle passed and my little niece came to life..
i get to thinking about my time and go..
and it wont be long from now..
i shiver inside at the chance that i might leave a life untouched by a vow..
and i believe tonight is the night that i decide..
that i get busy living and get ready to die..
so that when the fateful day does come..
when i'm six feet in the ground..
the poor and the weak and the orphan and meek will miss having me around..
when i pass i dont want to leave a life of regret..
so i give rise to change today by trying not to forget..
that pleasures do pass and sunrises end and stars do fade away..
but its love and its virtue and honor and truth that remain for all days..
i want that final breath to be the sweetest of all..
and it will be with certainty if i answer the call..
to help all those in need and decipher the meaning of life..
cause the seekers of true they fear not death anymore than they fear life..


pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom, 10.01pm..

Labels:

september 28th

Tuesday, September 28, 2010 Posted by ayyash 3 comments
Assalamualaikum wbt..

..satu..

Minggu ketiga intro sebagai pelajar klinikal, meh nak buat expressions poyo sket.. melepek dan lunyai!! tapi ada satu perkembangan baik, bahasa arab makin better. Hari pertama yang mencabar tapi excited, macam masuk tadika 16 taon dulu sambil gembira sebab dapat dua perkataan baru pada hari itu, naqus manna3ah which is immunodeficiency and tahassus bil jild, allergy pada kulit aka skin rashes. gembira, yeah!! terima kasih kepada yousef mohamed bani mostafa, a 10 months old male, patient pertama yang ditemui pada hari pertama kehidupan klinikal bermula, juga kepada seorang pakcik tua yang terlantar di Basma pagi tadi, yang lebih memahamkan aku erti sihat dan masa muda. dua komponen penting dalam kehidupan seorang pemuda, jika digunakan secara optimum on the right path, insyaAllah akan menghasilkan amal yang muntij.

..dua..

lambakan bahan mentah di pasaran terbuka sedia menunggu pelabur yang menawarkan tawaran terbaik, disamping usaha-usaha pengiklanan yang hebat dengan gerak kerja yang tersusun lebih menjamin kelangsungan masa depan atau survival produk para pelabur. kelihatan sengit. matlamat akhir setiap pelabur adalah sama, cuma modus operandi yang menyampaikan setiap dari mereka ke matlamat akhir adalah berbeza. maka pilihan terletak ditangan pengguna, ditambah usaha-usaha gigih setiap pelabur memberikan dan menawarkan produk terbaik mereka. when offers are accepted, do kindly "touch and grow". fragile, so handle with care!!

amaran : syntax error, gagal difahami oleh mereka yang berada diluar lingkungan urusniaga.

..tiga..

makin hari makin terasa kehilangan. sepi lebih mengisi dimensi ruang. hei kawan, ape yang dah berlaku?


pusat pemulihan akhlaq..
1240am, irbid the hashemite kingdom..
Labels:

dari penjara tentera

Thursday, August 12, 2010 Posted by ayyash 3 comments
“Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Arab Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki”

Menguliti buku milik Kak Nebula ini membuatkan jiwa seakan kurang percaya adanya penyeksaan seperti itu diabad ke-20 ini. Kezaliman dari sosok manusia yang mengaku dirinya sebagai kepala urusan  ummah. Kesabaran dan keikhlasan para pendokong kalimah tauhid menjalani pelbagai rencam ujian sebagai tukaran kepada tiket syurga Allah Taala yang bersifat abadi, pastinya pengorbanan mereka tidak boleh ditafsirkan mengikut neraca timbang manusia.

Matlamatnya cuma satu, menarik manusia menyerahkan sepenuh ketaatan kepada Allah Taala. Itulah yang cuba dijelmakan oleh nama-nama besar seperti Zainab Al-Ghazali, Hasan Hudhaibi, Abdul Fattah Ismail serta pendokong-pendokong agama ini ke dalam urat daging kehidupan masyarakat. Biar agama ini meresap jauh ke dalam jiwa setiap muslim seperti baru lepas dicelup ke dalam larutan tauhid, bukan sekadar salutan diluaran. Itulah yang membezakan celupan dan saduran, mafhum dari kata-kata Kak Niki beberapa hari lepas.

Al-Quran dan sunnah sebagai panduan, sirah Baginda sebagai rujukan, maka program-program tarbiyah masyarakat dirangka dalam ruang lingkup yang cukup syumul iaitu menegakkan kalimah La ilaha ilallah, Muhamad Rasulullah keseluruh pelusuk alam. Formula keberhasilan tarbiyah mereka nampak mudah, 75% masyarakat memahami risalah nubuwwah dalam jangka masa 13 tahun sebagai kayu ukur untuk daulah Islam ditegakkan. Jika bilangan masyarakat yang memahami Islam kurang daripada aras yang diletakkan, sistem tarbiyah akan dikaji dan diperbaiki. Usaha sepenuh tenaga diletakkan bagi melahirkan kader-kader yang akhirnya, kebanyakan mereka dihumban ke dalam penjara tentera pemerintah ketika itu. satu demi satu jiwa-jiwa ini gugur dengan membawa mahar paling mahal untuk dipersembahkan kehadapan Allah Taala. Semoga Allah menganjari mereka dengan ganjaran syurga FirdausNya.

“Kepada roh-roh para syuhada’ yang telah mendahului kita, kita kemukakan kepada mereka penghormatan cinta, ingatan yang baik dan janji bahawa kita akan tetap berada diatas jalan ini. Kepada setiap orang yang ada kebaikan walau sebesar biji sawi didalam hatinya, semoga Allah swt memberi faedah kepadanya dan menunjuknya jalan yang lurus. Apa yang kami kehendaki hanyalah menurut kehendak Allah swt.”  -Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili -


pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom, 7.04pm..


Labels:

lorong zaman

Saturday, July 24, 2010 Posted by ayyash 6 comments
Mufassir ini,
"Kali pertama dia menulis dengan tinta seorang alim, kali kedua dia menulis dengan tinta seorang syuhada"

Aku telah hidup dibawah bayangan Al-Quran dan disana aku melihat alam al-wujud ini adalah jauh lebih besar dari saiznya yang lahir yang dapat dilihat itu. Ia lebih besar dari segi hakikatnya dan dari segi bilangan aspek-aspeknya. Ia mencakup alam ghaib dan alam syahadah kedua-dua sekali, bukannya alam syahadah sahaja. Ia merangkumi dunia dan akhirat kedua-dua sekali, bukannya alam dunia sahaja.

Dan kewujudan manusia adalah bersinambungan dilorong-lorong zaman yang amat jauh itu. maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan.

Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang didunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. Segala balasan yang terluput didunia ini tidak akan terluput di Akhirat nanti. Disana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan dan kesesiaan.

Peringkat perjalanan yang dilalui manusia dibumi ini merupakan peringkat perjalanan disebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepadaNya dengan penuh khusyu’.

“Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang-bayang mereka juga turut sujud dipagi dan petang” [Ar-Ra’d:15]

Muqaddimah, FZQ..
 
Untuk Ezzah Al-Islam, 20 tahun sudah kembara kamu atas muka bumi nih.. selalu saya lupe bahawa kamu muda setaon dari saya disebabkan kematangan n kedewasaanmu, haha.. selalu jugak saya lupe saya punya adik pria seusia kamu, yang tidak matang-matang dan selalu merajuk dgn ummi [tak paham betol la], beza sungguh.. didoakan kamu, saya dan mereka sehat selalu utk kita sama-sama mewarnakan kehidupan supaya jadik lukisan yg cantik.. PadaNya, kita mengadu dan memohon harap..


pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom, 9.54am..
Labels:

yang dinamakan budaya..

Tuesday, July 20, 2010 Posted by ayyash 5 comments
Assalamualaikum wbt..

Mata tak boleh lelap lagi. Riuh rendah keluarga dot.dot berpesta seolah dunia ni keluarga dot.dot punya. Heh. Bak kata Cik One, common-sense itu perlu ada dalam kehidupan bermasyarakat. Yep setuju sangat.

Baru tadi jugak, kami berlima pergi memenuhi jemputan walimah sahabat Arab Cik S. Pertama kali merasai ‘kemeriahan’ walimah Arab, tachycardia dibuatnya. Selepas maghrib, pergi menjemput cik I dirumahnya. 15 minit kemudian, kami sampai ke tempat dituju. Solah Baroda di syare3 Huwwara. Dari luar lampu gemerlapan, menambah kemeriahan walimah.

Dari luar dewan..

Cik M : Wow..

Cik S : Waa.. [mata blink-blink]

Cik U : Fuiyoo..

Cik I : hihi.. hihi..

Cik A : oiii.. pehal sengih-sengih nih?

[Huhu, tipu jek sume ekspresi nih.. saje exaggerate.. tapi serius, dewan tu memang cantik tapi mahal..]

Sampai dipintu lif, penjaga lif memberitahu kami supaya pergi ke tingkat 2. Dewan untuk tetamu perempuan dan tetamu lelaki diasingkan. Pastinya untuk mengelakkan sebarang percampuran antara ajnabi.

Sampai dipintu dewan, semua pandangan tertuju tepat ke tengah dewan. Pertama kali tengok pengantin lelaki dan perempuan menari. Huh, rasa cam terkejut.. tapi bila difikirkan balik, lawak pon ada. Dalam dewan yang dipenuhi perempuan tu, ada seorang je lelaki which is pengantin lelaki. Semua tetamu lelaki dan kaum keluarga lelaki berada ditingkat satu dewan. Lebih kurang setengah jam kemudian, baru ahli keluarga lelaki naik ke dewan perempuan untuk sesi bersalaman. See, lain masyarakat, lain budaya.

Tetamu yang datang dihidangkan dengan sepotong kek dan segelas air pepsi. Tengok!! Arab dengan pepsi memang macam isi dan kuku, tak boleh dipisahkan. Tiada acara makan-makan yang meriah macam kat Malaysia. Dari satu lagu ke satu lagu, tetamu dan pengantin terus menari. Kami berlima sekadar duduk, melihat dan makan kek. Ini baru namanya culture-shock.

Majlis diteruskan, pengantin lelaki menghadiahkan satu set barang kemas kepada pengantin perempuan disaksikan oleh seisi dewan. Mak aihh, 2 utas rantai, subang, gelang dan cincin. Pastinya, untuk melangsungkan satu walimah sahaja memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi bagi warga Arab. Agak-agaknya, mungkin ada lelaki Arab yang tidak mampu melangsungkan walimah disebabkan demand yang boleh dikira tinggi dari pihak perempuan. Kesannya, berlakulah sexual harassment dilorong-lorong terpencil even dikala matahari masih menyinari jagat raya.

Sesekali melihat budaya orang banyak mengajar kita mengenal dan menghargai diri dan masyarakat sendiri. Ada perkara yang boleh dijadikan teladan dan ada juga perkara yang boleh dijadikan sempadan. Di mana-mana sahaja, adat selalu diletakkan mengatasi batas syariat serta  kehendak diri selalunya mengatasi keperluan manusiawi. Satu titik mencetus fikir buat muhasabah kita hamba fakir.

Akhir kata, semoga pasangan berbahagia hingga ke syurga dan sentiasa dalam redha Allah Taala.

“Barakallahulakuma wa Baraka alaikuma wa jama3a bainakuma fi khair”


ps.. tidak dinyatakan nama sebenar keluarga dot.dot kerana dikhuatiri menyentuh sensitiviti kabilah masyarakat setempat.. haha, walaupon konfem arab tak baca blog nih..
pss.. walaupon 41 minit berlalu meninggalkan 19july, tetap ingin mengucapkan selamat hari lahir ke20 utk Kyu.. Kyu!! semoga sehat dan cemerlang dunia akhirat..


pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom, 1241am..
Labels:

panji kebaikan

Monday, June 07, 2010 Posted by ayyash 5 comments
Assalamualaikum wbt..

Iqbal rahimahullah telah berkata,

“Bumi telah meningkatkan kekuatan gravitinya lalu,
Bulan pun beredar disekelilingnya tanpa henti”..

Lewat beberapa hari ini, Turki sekali lagi mengibarkan panji “wehdatul ummah”nya. Dulu pernah sekali ia berkibar dengan megahnya dibawah naungan sistem khilafah Turki Uthmaniyah, serata alam mencakupi setiap strata kehidupan memberikan sepenuh ketaatan kepada apa yang dikatakan khilafah ini. Pendek kata, Islam sebagai ketuanan alam. Bezanya kali ini, panji kesatuan yang dikibar Turki berputar kepada isu kemanusiaan Gaza, secara langsung menyatukan manusia berlainan agama dan bangsa didalam satu armada kemanusiaan. Ini satu permulaan yang baik untuk Turki, kerajaan “ex-khilafah” dan ummat Islam dimana secara tidak langsung kesyumulan Islam yang menyentuh segala aspek kehidupan, khususnya kemanusiaan terpamer.

Mona Fendi, sosok manusia yang sering menghantui zaman kanak-kanak era 90-an di Kepulauan Melayu dan Mao Zedong, sahabat baik Karl Marx dan Stalin di Tanah Besar China, keduanya pasti punya sifat kemanusiaan disebalik tiap keganasan yang dilakukan [cuma musykil, yahudi ada sifat kemanusiaan gak ke?]. Inikan pula masyarakat awam antarabangsa, pasti punya sifat kemanusiaannya. Mereka melihat panji kebaikan yang dikibarkan Turki sebagai satu opportuniti baik bagi membantu masyarakat Gaza yang dinafikan hak-hak manusiawinya. Kredit kepada masyarakat antarabangsa yang prihatin dan bertindak, sekaligus membuka mata ramai manusia untuk lebih menghayati apa yang dikatakan oleh Syed Qutb sebagai,

“Pada saat-saat kita hidup untuk diri sendiri, nampaklah kehidupan ini sempit dan pendek. Tetapi jika kita hidup untuk orang lain hidup ini akan lebih panjang dan bererti”

Mudah-mudahan panji kebaikan [baca:Islam] yang dikibarkan Turki ini dapat menjadi gravity yang menarik  manusia untuk berbondong-bondong kembali kepada fitrah asal usul mereka, Islam. Juga melahirkan manusia yang bersungguh-sungguh bekerja meletakkan Islam ditempat yang ia selayaknya berada. Melaungkan slogan “Islam sebagai deen” ke seluruh petala alam, melangkaui setiap sempadan politik, menyentuh hati, membuka mata dan telinga setiap manusia hatta di hutan Amazon sekali pun, untuk mentauhidkan Allah yang bersifat Ahad juga mengerakkan diri untuk menyahut risalah nubuwwah yang mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyah-jahiliyah kuno mahu pun moden.

Graviti itu sifatnya menarik, begitu juga Islam.

Graviti itu sifatnya menarik, begitu juga daie.

Gravity itu sifatnya menarik, begitu juga dakwah dan tarbiyah.

Ayuh jadi penarik!!


pasca bab 11:Panji Kebaikan, Al-Muntalaq..
pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom.. 12.24am..


Labels:

pesan kak yellow..

Thursday, May 27, 2010 Posted by ayyash 6 comments
Tue, May 25, 2010 9:42:41 am..

Salam.. baru habis 2 paper, Alhamdulillah. Optahlmo & Neuro..teringin nak wish goodluck dan bettawfeq.. semua exam macam keretapi kan berturut-turut. .di musim imtihan ini, uji la sejauh mana tarbiyah dzatiyah sendiri.. janganlah dijadikan alasan ingin "beruzlah" besar-besaran demi exam, tapi sebenarnya apakah yang kita lakukan dalam bilik dalam rumah sorang-sorang? adakah kita gunakan masa uzlah itu sebenar-benar untuk study?

ukhti ku, akak pasti takde siapa yang study stret 24jam kan? maka jam-jam, saat saat, detik-detik lain yang kita claim untuk merehatkan minda dan otak itu kita isikan dengan apa? lepas penat study kita wat apa? lepas penat exam kite wat ape? adakah diisi dengan dengkuran tidur semata-mata...

biarlah uzlah kita itu uzlah yang sebenar-benarnya.. pengisian aqliyah [study hebat-hebat] dan juga rohani yang sangat mantap.. bukankah mukmin yang ikhlas itu amalan beliau tidak berbeza ketika beramai-ramai atau sorang-sorang? di saat inilah, ramai menjadi futur, maka kekuatan dari siapakah yang kita mahu dambakan kalau kita futur denganNya yang maha Esa?
[tengah bagi peringatan kat diri sendiri juga..yang sangat-sangat sentiasa masa tak cukup nak study untuk 11 subjek final exam nih..takde gap langsung..T_ _T]

*******

okeh, saya pula berkata..

1. k.yellow, terima kasih atas peringatan dan emel yang sangat inspiring and motivating ni.. hehe, saya edit and cut certain part emel akak nih..Bittaufeq.. didoakan segalanya dimudahkan, yok..\(^__^)/
2. Bittaufeq semua kawan sebatch baik medik atau gigi.. exam mula 2 jun ni.. tlg doakan ye..
dah nampak segerombolan manusia dah jadi panda \(#__#)/
[burn the midnite oil katanye..Allah counts everything yeh..usaha]
3. k.an.. uhh!! mabruk atas graduasi kamu.. pheww.. kecik-kecik dulu lastik tingkap umah makcik norzie sampai pecah.. erm, nostalgia..


ayyash..
pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom..1232am..
Labels:

fityah

Saturday, May 08, 2010 Posted by ayyash 11 comments
Hanin si kecil baik duduk diam-diam di riba Makcik Nebula. Sambil telinganya mendengar Makcik Ululalbab membacakan surah Al-Kahfi di hari Jumaat yang hening itu. Mata kanak-kanak berusia tiga tahun itu tidak berkedip-kedip melihat setiap aksi dan reaksi manusia-manusia yang kelihatan seperti raksasa jika mahu dibandingkan dengan saiz dirinya yang kecil.

Sesekali angin nyaman Sweileh bertiup mengeringkan keringat-keringat yang tumpah dek teriknya mentari memancarkan sinaran imannya ke seluruh jagat raya, dataran syuhada’ Sham. Hanin si comel masih lagi diam mendengar, langsung tidak menangis. Gembira barangkali mendengarkan suara Makcik Mimi bercerita perihal pemuda Kahfi. Baru tadi Hanin melihat Makcik Mimi menelaah suratul Kahfi daripada tafsir Al-Azhar yang ditulis oleh Buya Hamka.

Kata Makcik Mimi,

“Kami ceritakan kepadamu [Muhammad] kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda [fityah] yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka” [Kahfi:13]

Makcik Mimi : Apa yang Makcik nak highlightkan kat sini adalah perkataan "fityah" ni. Sape tahu apa maksud fityah?

Makcik Timon : Fityah tu pemuda, wahai Makcik Mimi.

Makcik Mimi : Betul tu Makcik Timon, dan apakah persamaan antara pemuda-pemuda dalam kisah Ashabul Kahfi ni?
[Suasana sunyi seketika. Sayup-sayup terdengar suara imam membacakan khutbah Jumaat dari masjid berhampiran]

Makcik Mimi : Apa yang menyatukan pemuda-pemuda Kahfi ni adalah keimanan mereka kepada Tuhan Rabbul Alamin, dimana Allah menemukan mereka dibawah sepohon pokok tatkala mereka keluar dari majlis keramaian yang batil di kampung mereka. Kehendak Allah, akhirnya keimanan mereka sampai ke pengetahuan Raja yang zalim, lantas perintah penangkapan mereka dikeluarkan. Lalu...
[Makcik Mimi berhenti seketika menghirup udara segar, semput barangkali]

Makcik Cahaya : Lalu apa Makcik Mimi?

Makcik Mimi : Lalu “Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri [menghadap raja yang zalim dan sombong] lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran” [Kahfi:14]

Makcik Intellingent : Oo, begitu juga kita. Apa yang menyatukan hati-hati kita saat ini adalah keimanan kepada Allah, daripada Dia sahaja petunjuk itu datang.

Makcik Salih : Dan Tuhan kita adalah Tuhan langit dan bumi, dan kita tidak menyeru selain daripada Dia.

Makcik Mimi : ye, didoakan kite sume dapat jadi macam pemuda Kahfi ni..

Makcik Lily : Innahum fityatun amanu bi Rabbihim wa zidnahum huda..
Hanin yang innocent (^__^), senyumlah.
Penat tau raksasa-raksasa Shrek makcik-makcik sume nak tunggu Hanin senyum (T__T)

~Skrip telah diedit dan diolah~

Moga Allah menyatukan hati-hati mereka dalam keimanan kepadaNya..

Rabbuna Rabbu samawati wal ardh..

ayyash..
pusat pemulihan akhlaq..
sweileh-irbid, the hashemite kingdom.. 1127am..








Labels:

arus deras kehidupan

Wednesday, April 28, 2010 Posted by ayyash 18 comments

Arus Kudus-Hidup memang payah


aku : bla bla bla.. uhuk-uhuk.. bla bla.. bluwekk.. ops.. srott.. srott.. bla..
-skrip tidak sesuai untuk bacaan umum-

dia : mungkin jugak ini indikator, supaya kau mula memecut..

aku : yep setuju, banyak sangat cacat merba dan compang-campingnya..

dia : didik dzatiyah yuk..

~sembang petang yang aku ubah skripnya~


ayyash..
pusat pemulihan akhlak..
irbid the hashemite kingdom, 1053pm..
Labels:

manusia logam

Friday, April 16, 2010 Posted by ayyash 11 comments
Pembinaan jiwa dan aqal adalah lebih sukar dari pembinaan bilangan dan barisan. Secebis kata Syed Qutb yang dipetik dari muqadimah ringkas surah Al-Qalam. Seolah masuk ke dalam terowong masa merentas zaman, kembali ke era Mekah yang gemerlap dengan warna dan sirna nubuwah untuk diteladani. Kisah hidup manusia-manusia berjiwa rabbani. Kisah tadhiyah yang penuh warna warni.

13 tahun pertama ditumpukan untuk membersih dan menggilap jiwa-jiwa kering yang tunduk menghamba diri kepada yang dinamakan Latta dan Uzza selaras dengan penurunan wahyu ilahi yang mengisi kebutuhan jiwa manusiawi ketika itu. Supaya bersih dari segala tabiat kuno nenek moyang yang jahil. Berkonsepkan tauhid, satu cara hidup yang bukan baru, juga telah digunapakai oleh manusia pertama Adam a.s, diperkenalkan ke seantero Mekah. Hasilnya lebih kurang 300 orang sahaja yang menerima dan menyahut seruan. Ini bukan kegagalan, ini penapisan. Pemilihan sulbah-sulbah yang sanggup ke hadapan tika Islam jadi taruhan.

Gerabak dipacu ke Madinah. Perlembagaan digubal, daulah terbina rentetan kesatuan dan kesepaduan jiwa-jiwa mukmin meneladani tanzim sosok terpuji, Rasulullah saw. Ummah makin meriah dengan gerombolan manusia-manusia seluruh pelosok menyahut seruan ilahi yang didatangkan bersama seorang manusia nubuwah. Ini kisah insan mulia, Muhammad saw berserta generasi ulung Al-Quran yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemimpin dan umat terdahulu baik terkemudian.

Lewat beberapa hari ini, aku duduk mengakui pembinaan jiwa dan aqal itu lebih sukar dari pembinaan bilangan dan barisan. Hendak melentur jiwa sendiri lagikan susah, inikan pula hendak menyantuni jiwa-jiwa lain. Juga semakin memahami bahawa pembinaan bilangan dan barisan itu bermula dari hati dan jiwa yang dibina dan dididik dengan sebaik-baik adunan dan ramuan seperti graduan-graduan yang dihasilkan oleh kuliah tarbiyah Rasulullah saw. Mereka seperti logam.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham [faquhu]” –Sahih Bukhari-

Dan aku.

Ingin jadi kuat dan kuat.

Supaya boleh memberi manfaat.


p/s.. sedang melalui tenggang terbaik fasa pembentukan diri. Maka hulurkan tangan, mari bergandingan.
[makin kagum dengan ketahanan dan kegigihan osmates dentist menjalani malam-malam exam dengan tidak berperasaan, didoakan urusan korang dipermudahkan..hemoih..]


pusat pemulihan akhlak..
irbid the hashemite kingdom, 1050pm..
Labels:

amplifier

Sunday, April 04, 2010 Posted by ayyash 4 comments
“Hanya hati-hati yang hidup mampu menghidupkan hati-hati yang mati”, kata sang sahabat yang terzahir melalui penulisannya lewat beberapa hari lalu.

Juga menggerakkan jasad yang kaku menghadapi taufan dan tsunami dunia yang dihuni manusia berhati Adolf Hitler juga Pol Pot. Meletakkan kemanusiaan sebagai taruhannya. Berperanan seperti sang pemangsa dalam ekosistem alam. Adolf pejuang sosialis Jerman ini sinonim dengan kisah holocaust bangsa yahudi. Pol Pot pemimpin komunis pada zaman Khmer Rouge ini juga tidak dapat lari dari sejarah kemanusiaan dunia, membunuh berjuta manusia Kemboja yang didapati menentangnya. Ini kisah ‘human genocide’ yang dilakukan oleh tangan manusia yang tidak percaya adanya Tuhan.

Menyorot sejarah masa hadapan yang sedang ditempa anak watan pula berputar disekeliling tempat pembuangan sampah majlis perbandaran, lorong-lorong gelap juga ditepian tangga masjid. Akhbar ralit memaparkan cerita rakyat jelata yang sudah lupa Tuhan, membuang anak seperti membuang anak patung Barbie. Anak yang dikandung siang dan malam selama 9 purnama itu menjadi santapan anjing-anjing jalanan yang kelaparan. Selayaknya tindakan manusia-manusia yang mengaku adanya Tuhan ini dikeji.

Disatu sudut yang lain pula, aku berkeyakinan kefahaman Islam yang sebenar-benar faham sehingga merasakan diri sentiasa dalam pengawasan dan pemerhatian Tuhan Pencipta tidak memungkinkan manusia berkelakuan seperti itu. Kefahaman Islam yang benar-benar faham itu menjadikan manusia bergerak dari kegelapan mencari cahaya buat penunjuk jalan. Konklusinya, wajarkah manusia-manusia ini dikategorikan dalam kumpulan manusia yang tidak faham peranan mereka diciptakan sehingga menjadikan mereka hanyut dalam keseronokan dunia separa sedar mereka?

Solusi?

Ada dalam diri aku dan kamu.

Manusia-manusia faquhu..

Jangan kaku dan beku..

Sudah tiba waktu.. gerakkan jasadmu!



p/s..Kalian macam amplifier, yang menambah terang mentol malap dalam diri aku..


irbid the hashemite kingdom, 5.35pm
pusat pemulihan akhlak
Labels:

history of tomorrow

Monday, March 29, 2010 Posted by ayyash 6 comments
Assalamualaikum wbt..

Aku tujukan sajak Syed Qutb ini untuk "kamu-kamu".. "Kamu-kamu" yang selalu menaikkan semangat aku.. "Kamu-kamu" yang tidak mengenal erti penat jemu.. Menanam, membanting dan berganding bahu.. Melewati batasan waktu.. Memberatkan timbangan Yang Maha Satu..


Kata Syed Qutb..

"Seandainya kau tangisi pemergianku..
Dan kau siram pusaraku..
Dengan air matamu..
Maka di atas tulangku yang hancur luluh..
Nyalakanlah obor buat umat dunia ini..
Dan teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya..
Kematianku adalah satu perjalanan..
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu..
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya..
Burung-burung berkicau riang menyambutku..
Bahagialah hidupku di alam abadi..
Bahagialah hidupku di alam abadi"..

Irbid the hashemite kingdom, 1141pm
Pusat Pemulihan Akhlak [bak kata cik timon, hemoih..hemoih..]


Labels:

no Conqueror except Allah

Wednesday, March 17, 2010 Posted by ayyash 11 comments
Assalamualaikum wbt..

Dalam kesibukan study leave untuk CNS1 yang lalu, pergi berlayar ke ruang sesawang xifuxx, sahabat baik semasa berada di Integrasi Gopeng dahulu. Terasa aura kematangannya daripada penulisan yang terzahir. Sahabat ini juga suka membaca, dan pasti bahan bacaan yang telah dibacanya jauh meninggalkan saya yang masih termanggu-manggu mencari bahan bacaan dalam ruang masa yang juga sedikit terbatas. Novel dibawah ini dicadangkan oleh xifuxx.

Isabella – A comparative study of Islam and Christianity. Buku yang telah didownload dari scribd semasa minggu study leave lepas. Membacanya selama 3 hari tidak membuatkan masa terasa terbazir. Sebuah buku teologi yang ditulis dalam bentuk narratif, terasa santai walaupun isu yang dikupas amat berat. Isu ketuhanan dalam dua buah agama, Islam dan Kristian.

Kisahnya berlatar belakangkan kerajaan Islam Sepanyol, Isabella anak kepada ketua paderi gereja besar Cordova telah terdengar perbincangan 2 orang pemuda Muslim mengenai ‘curse’ yang menjadikan seluruh umat Kristian berdosa. Lalu Jesus Christ dijadikan korban di tiang salib bagi menanggung seluruh dosa penganut Kristian. Isu ketuhanan dan kemanusiaan Jesus Christ yang dipertahankan oleh paderi-paderi Katholik berjaya dipatahkan oleh seorang pemuda Islam yang hebat bernama Umar Lahmi melalui polemik interfaith yang telah diadakan di gereja besar Cordova.

Rentetan dari siri-siri perdebatan mereka, Isabella mula merasai akan kesamaran dan putar belit ajaran Kristian. Lalu pertemuan-pertemuan diatur antara Isabella dan para cendekiawan Islam. Akhirnya, Isabella anak ketua paderi Sepanyol telah kembali kepada Islam dan meninggalkan Kristian. Satu tamparan dan penghinaan besar kepada institusi agama Kristian apabila Isabella yang telah dididik dan diasuh sedari kecil mengenai ‘kebenaran’ agama Kristian akhirnya memeluk Islam.

Tauhid. Perkataan yang dijawab oleh Umar Lahmi saat dia dicabar untuk menyimpulkan seluruh ajaran Islam didalam satu perkataan. Berbeza dengan agama Kristian yang memilih kasih sayang sebagai intipati penting keseluruhan ajaran agama mereka. Para paderi menuduh Islam sebagai agama keganasan dan menyuruh Umar Lahmi membuktikan Islam sebagai agama kasih sayang. Melalui konsep ubudiah yang ditekankan didalam ajaran Islam, sudah cukup untuk menunjukkan secara langsung akan kasih sayang antara Pencipta dan hamba, yang seterusnya melahirkan kebahagian dan keharmonian dalam tatacara kehidupan masyarakat muslim seharian.

Sangat menarik untuk dibaca!


Take notes guys!

1. Berdasarkan pemerhatian saya, kisah ini berlaku sebelum era reconquista yang telah menundukkan kerajaan Islam Andalus dibawah kuasa besar Kristian Katholik, Ferdinand of Aragorn dan Isabella of Castille. Maka Isabella yang hidup dalam zaman kegemilangan Islam Sepanyol ini adalah orang yang sama sekali berbeza dengan Isabella sang puteri raja dari Castille.

2. Agak sedikit pelik, Isabella adalah anak kepada ketua paderi. Sedangkan paderi dan rahib tidak dibenarkan berkahwin, satu perkara luar tabii yang sama sekali bertentang dengan fitrah penciptaan manusia yang dicipta berpasang-pasang. Erm, pelik..pelik..macam mana ketua paderi boleh ada anak?


Irbid the hashemite kingdom, 7.10am
Labels:

biri-biri comot

Wednesday, March 10, 2010 Posted by ayyash 9 comments
Biri-biri gemuk riang bermain di tengah-tengah padang pasir. Debu-debu yang melekat dibadannya menukarkan bulu putih bersihnya menjadi coklat. Comot. Rumput-rumput muda kehijauan diragutnya rakus. Gembira dan pastinya ia bersyukur kepada Tuhan yang memberinya rezeki, Tuhan yang mengatur segala isi alam ini dengan penuh keseimbangan.

Dicelah-celah kawanan bebiri, ternampak kelibat anak kecil setinggi biri-biri dewasa sedang mengacah jemaah biri-biri supaya kekal berada didalam kawasan dan kawanannya. Bimbang akan keselamatan biri-birinya atau mungkin juga bimbang dimarahi oleh sang bapa jika terjadi perkara yang tidak diingini kepada biri-biri peliharaan mereka.

Sedar tak sedar juga, sudah sepurnama laluan sutera ke sekolah perubatan dilalui saban hari sambil memerhati perkembangan biri-biri comot. Bermakna juga, sudah sepurnama penghuni-penghuni mudarraj ulum thani duduk menadah telinga, mendengar tiap butir ilmu yang keluar dari mulut doktor-doktor tersohor dunia arab mengajar mereka ilmu otak. Sedar tak sedar juga, sudah menjelang tibalah hari yang mendebarkan lagi mencarik-carik perasaan seluruh bakal-bakal tabib tahun 3 akan peperiksaan pertengahan semester yang bakal dilalui pada hari Ahad ini.

Mohon Allah memberikan mereka..

kesihatan terbaik..

waktu dan amal usaha yang berkat..

juga kejayaan yang bermanfaat..

Doakan kejayaan mereka!


p/s..esok result spm keluar..maka misi hari ini adalah menelepon dan menakut-nakutkan budak yang sedang menunggu keputusan di kampung halaman..haha..

irbid the hashemite kingdom, 5.34am
Labels:

just a little sign

Sunday, February 28, 2010 Posted by ayyash 10 comments
“Wei, berkerut sangat muka ko ni, senyum sket”, kata Bonez sambil senyumannya sengaja dilebarkan, menampakkan barisan gigi putih tersusunnya. Seperti dentate gyrus sahaja.

Suasana suam-suam panas makmal anatomi melekakan mereka. Suara lembut Are-are menerangkan satu persatu bahagian-bahagian model otak itu menerobos laju salur sempit gegendang telinga mereka, menampakkan persedian rapinya sebelum datang ke makmal hari itu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada model otak tiruan manusia yang tersadai diatas meja makmal.

Nun dihujung makmal, terdapat sampel otak sebenar manusia yang tidak diketahui pemiliknya. Terdengar suara garau Kyu menegur si Ululalbab yang rakus mencucuk-cucuk sampel otak tersebut dengan mata pennya. Bau formalin dan otak yang bercampur-baur menimbulkan aroma memualkan. Sesekali kelihatan Auriss menyeka cecair yang keluar dari rongga hidungnya menggunakan hujung labcoatnya. Pembelajaran mereka hari itu sangat menyeronokkan, dibantu pula oleh kakak makmal baik yang tidak jemu melayan kerenah mereka.

Diluar makmal, langit mendung. Awan seolah memuntahkan benih-benih wap air yang dikandungnya semusim lalu. Membasahkan dataran tandus ini. Teringat akan doctor yang mengajarnya Natural Resource, subjek elektif yang diambilnya bagi mencukupkan jam kreditnya di sekolah perubatan ini.

“Kalau kita ada teknologi menarik awan, saya akan gunakan teknologi tu untuk tarik awan ke Jordan ni, biar hujan turun kat sini”, kata-katanya disambut gelak tawa para pelajarnya. Betapa hujan itu sangat dinantikan oleh penghuni-penghuni dataran tandus ini.

Kata Khalifah Harun Ar-Rasyid pula, “hai awan, pergilah kemana sahaja kau hendak pergi, hasilnya tetap akan kembali kepadaku jua”. Kata-kata yang diucapkan oleh sang khalifah Abbasiyah saat Islam menjadi world order, menunjukkan betapa luasnya tanah yang bernaung dibawah system khilafah Islam tika itu. Cuba membayangkan keadaan dirinya berada didalam BaitulHikmah di kota Baghdad sambil menikmati angin semilir dari Sungai Tigris. Wah! Jauh merentas zaman anganannya hari ini.

Melihat lopak-lopak air yang berwarna coklat kehitaman sepanjang perjalanannya pulang kerumah tadi seakan melihat hitamnya Sungai Tigris dengan dakwat dari buku-buku yang dicampak oleh tentera Hulagu Khan saat mereka kebuntuan cara untuk menyeberangi sungai itu. Mujur sahaja ada Saifuddin Qutuz, panglima Islam dari Mesir yang berjaya menebus kekalahan tentera Islam di Baghdad. Seorang panglima tentera yang hebat, beliau mengatur strategi perangnya dengan menyatukan pimpinan umat Islam lewat kejatuhan Abbasiyah. Memilih medan Ain Jalut, kawasan yang terletak diantara tapak perang Yarmouk dan perang Hittin bagi menaikkan semangat tenteranya melawan tentera-tentera bengis Hulagu Khan. Dengan izin dan kehendakNya, kejayaan Qutuz dirakam sejarah.

Hari ini kepala didongak ke langit.

Mencari-cari kelibat sang mentari.

Hampa tidak ketemu.

Lalu dititip pesan pada sang awan.

Sampaikan pada mentari.

Bersinarlah selagi ada anak-anak Islam atas muka bumi ini.



p/s..
Memperkenalkan Bonez, Are-are, Kyu, Ululalbab dan Auriss ke pentas ladangakhirat..huhu..

irbid the hashemite kingdom, 4.59pm
Labels:

awakening visions

Sunday, February 21, 2010 Posted by ayyash 6 comments
Assalamualaikum wbt..

Mata tak berkedip merenung sempadan-sempadan politik yang tergaris licin diatas peta dunia yang ditampal didinding hadapan meja belajarnya. Sengaja ditampal disitu. Senang dilihat, senang juga diingat. Biar lekat dalam otaknya. Cuba membayangkan zaman kegemilangan tamadun dagang itu menguasai dua per tiga dunia. Kata Utbah bin Nafi’, sekiranya aku tahu dihujung sana masih ada tanah, nescaya akan ku teruskan [baca:menyebarkan Islam atas muka bumi ini]”. Agak-agaknya bagaimanakah rasanya hidup berbumbungkan langit Abbasiyah? Boleh kau bayangkan?

Seputar ingatannya terbang ke Aeroport Charles de Gaulle, Perancis. Manusia-manusia yang nationalitinya Kesatuan Eropah tidak perlu berbaris panjang menguruskan passport dan segala urusan kemasukan mereka. Seperti kad Touch-and-Go, tunjukkan sahaja kad European Union mereka. Barangkali begitu juga keadaan dunia Islam sebelum jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah, juga sebelum tanah-tanah Islam dipecah-pecahkan seterusnya menghakis kesatuan muslim juga memudarkan wala’ kepada khalifah dan system khilafah. Rapi benar perancangan dan rumus zuriat-zuriat Ferdinand dan Isabella ini.

Kisahnya seperti hikayat dongeng yang dijadikan bedtime stories sebelum si khalifah kecil [baca:anak-anak Islam] melelapkan mata, Ferdinand putera raja dari Aragon dikahwinkan dengan Ratu Isabella dari Castile. Perkahwinan mereka mendapat restu dari gereja serta sokongan padu pembesar dan rakyat jelata. Manakan tidak, dengan bersatunya dua buah kerajaan ini, maka bertambah padulah kekuatan baik dari segi material, ketenteraan dan agama Kristian itu sendiri. Satu pulangan yang lumayan untuk kesinambungan tamadun mereka.

Andalus ditawan, utusan dan pendakyah agama mereka bertebaran atas muka bumi. Vasco da Gama ke Timur, Christopher Columbus ke Barat. Meluaskan jajahan dan empayar mereka. Siapa sangka, tempiasnya sampai ke gugusan kecil negara-negara Kepulauan Melayu. Habis generasi-generasi baru anak-anak Islam Filipina dibaptiskan. Lihat pula watanmu. Kau laungkan kalimat merdeka tanda kau bebas dari penjajahan bangsa kulit putih, British. Kau kata merdeka itu bebas. Tapi, fahamkah kau erti bebas itu? Definisi bebas yang dibawa oleh Rasul junjungan mulia, bebas itu ialah melepaskan diri daripada segala bentuk perhambaan daripada sesama manusia kepada perhambaan yang Haq, tunduk seorang hamba kepada Penciptanya.

Engkau melompat girang saban tahun memperingati kebebasan kau yang hanya termaktub diatas sehelai kertas, ditandatangani tanda pengesahan kau bebas. Tapi kau tidak sedar, mereka tinggalkan pelapis-pelapis yang telah mereka rekrut disekolah-sekolah yang mereka tubuhkan. Mereka didik anak-anak Melayu ini supaya faham benar akan system mereka. System sivil mereka, system hidup mereka, system pendidikan mereka, semua dari mereka. Walaupun kau tidak nampak manusia-manusia berkulit putih dan hidung mancung ini bergelumang lumpur hidup bersama kau, tetapi faham tatacara hidup mereka meresap masuk dengan halusnya dalam aqal dan hati anak bangsa kau.

Benar kata Iqbal rahimahullah,

"Zaman satu bangsa yang hina
Tidak pernah sunyi dari ilmuan
Sasterawan dan orang yang arif bijaksana
Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
Tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
Dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan"


p/s..
kau rajin tengok peta, sebenarnya kau rindu akan jasad orang-orang yang kau selalu sebut namanya dalam doa kau..cis, homesick rupanye kau!

Irbid the hashemite kingdom, 9.26pm
Labels:

such a perfect order

Tuesday, February 16, 2010 Posted by ayyash 1 comments
Assalamualaikum wbt..

Jasadnya duduk membatu di kerusi yang telah ditetapkan oleh coordinator CNS, hati dan fikiran melayang entah ke mana. Bulan ini bulan Central Nervous System. Lampu kuning malap didalam mudarraj ulum thani, Science hall 2 sedikit sebanyak menambah kuasa kaca matanya. Sesal. Melihat manusia-manusia masuk ke dalam dewan gelap itu seperti melihat sekumpulan vampires berbondong-bondong melarikan diri daripada sinaran mentari. Manusia-manusia ini punya misi dan nawaitu berbeda. Ada ingin menjadi doctor kaya, ada ingin menjadi doctor yang berbakti pada jagat raya, ada juga sekadar melunaskan tanggungjawab pemegang biasiswa kerajaan Malaya.

Dia membelek-belek course schedule yang dibelikan sahabat baiknya. Tangan ligat menyelak helaian-helaian buku neuroanatomy sahabatnya tadi. Buku setebal lebih kurang 550 helai muka itu hanya membicarakan soal anatomi otak manusia. Pelik tapi hebat. Organ kecil yang terletak didalam tempurung kepala manusia ini punya peranan istimewa. Jasadinya yang terzahir adalah otak, tapi secara ruhinya ia adalah aqal yang menjadikan manusia itu ahsani taqwim sifatnya. Maka selayaknya kajian dan pengajian mengenainya sangat renyah dan rumit.

Sang ululalbab ada menaqalkan kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib yang mengatakan hati adalah buku tulis bagi mata. Setiap apa yang dilihat pasti membekas di hati samada ia bersifat positif mahu pun negative. Baginya, untuk sesuatu sampai ke hati, ia harus melalui proses penaakulan oleh aqal yang berjasadkan otak. Aqal memampukan sang manusia untuk berfikir dan hati menambah rencah rasa serta dzouq kepada produk fikir tadi. Aduh, ayat berbelit-belit apakah ini?

Antara point-point yang diutarakan oleh Al-Attas dalam bukunya Risalah untuk Kaum Muslimin ada menyebut sebab-sebab luaran masalah kegentingan umat mutakhir ini adalah disebabkan hilangnya maruah diri, kekurangan ilmu yang seteruskan mengakibatkan berkurangnya keimanan kepada Rabb pencipta. Apa yang ingin di’highlight’kannya disini adalah kurangnya ilmu pengetahuan dikalangan kaum muslimin. Mungkin disebabkan kurangnya penghayatan,pemerhatian serta penaakulan terhadap ‘ayat-ayat’ Allah yang berupa kehebatan ciptaanya serta dalil-dalil yang termaktub didalam Al-Quranul Karim menjadikan kemampuan otak manusia tidak dapat dimaksimumkan. Risau memikirkan keadaan pencapaian dirinya jika dibuat ujian IQ lantaran sedikitnya proses berfikir yang dilakukannya saban waktu.

3 hari kelas telah bermula, sesi ulangkajinya masih juga belum bermula. Tinggi benar thresholdnya kali ini. Lambat sekali spiritnya datang. Yang pasti, dia ingin mengkhatamkan buku Risalah Al-Attas, tertarik dengan tajuk-tajuk didalam buku yang dibeli oleh sahabatnya onebonez itu.Teringat kepada gambarajah penguasaan otak. Dia jadi pelik. penguasaan bidang sains tulen berupa subjek-subjek core sains seperti physic dan math menunjukkan lebihnya pengunaan otak kiri oleh pemiliknya manakala penguasaan bidang sains social berupa subjek seperti sejarah menunjukkan pemiliknya lebih menguasai otak kanan. Melihat kepada kecenderungan dirinya dewasa ini, dia jadi keliru. Dia hanya berotak kiri ketika berada didalam gua para vampires, selebihnya dia lebih suka kepada material otak kanan. Sejarah sangat menyeronokkan bagi dirinya dan ululalbab walaupun ia satu mimpi ngeri untuk kebanyakan sahabat-sahabatnya.


Irbid, the Hashemite Kingdom, 11.59pm
Labels:

to You belong the praises

Saturday, February 13, 2010 Posted by ayyash 1 comments
Assalamualaikum wbt..

A traveller without observing is just like a bird without wing.

Ini kata-kata yang terpampang di dinding airport Republic of Cyprus, sebuah negara pulau tempat saya dan sahabat-sahabat transit sebelum kami tiba ke destinasi kami 2 minggu lepas. Dan hari ini, saat ini, saya telah pun selamat kembali semula ke bumi Sham ini. Untuk segala kesempatan terbaik yang telah diberikanNya lewat usia yang masih berbaki ini, satu lafaz sahaja yang mengungkap segala apa yang berada didalam hati ini, Alhamdulillah.

Berada didalam perut pesawat, melihat ke luar tingkap saat si burung besi terbang meninggi, meninggalkan dasar lautan udara, meninggi dan terus meninggi, mengundang seribu satu rasa. Kagum, takut, gembira, sedih, semuanya kembali kepada satu titik. Allah itu Maha Hebat. Melangkaui lapisan sphere bumi, atmos, mesos, stratos atau pun tropos, saya juga kurang pasti di lapisan mana satu. Melihat kepulan-kepulan awan sudah jauh ke bawah, mata didongak pula ke langit. Langit itu masih jauh ke atas. Lebih jauh dari kemampuan mata memandang. Tinggi dan utuh di tempatnya. Subhanallah.

So, I was sitting there, sitting quiet, I was reading Quran, I stopped.. I said, Allah this is my moment, this is the time I'm about to jump into Islam. -Ruben Abu Bakr- a great photographer who turn back to Islam just by looking to the signs that Allah has gives us from all His creations. Subhanallah.
Verily in all these there are messages indeed for those who can read the signs.

Bacalah dengan nama Tuhanmu

Sekadar review sebuah buku yang saya beli di Aeroport Charles de Gaulle, France. Bertajuk Barack Obama, The Audacity of Hope. Ditulis sendiri oleh presiden kulit hitam pertama negara yang dibuka oleh Christopher Columbus, utusan yang dihantar oleh kerajaan kristian katholik Isabella dan Ferdinand sebaik sahaja mereka menawan bumi Andalus ini mengandungi 9 chapters seperti dibawah.

1. Republicans and Democrats
2. Values
3. Our Constitution
4. Politics
5. Oppurtunity
6. Faith
7. Race
8. The Worlds Beyond Our Border
9. Family

Saya bukanlah peminat Barack Obama, cuma berminat untuk mengetahui pandangan dan pengalamannya sejak diangkat menjadi presiden kulit hitam pertama US, negara yang sudah pastinya didominasi oleh bangsa berkulit putih.

Irbid, the Hashemite Kingdom, 11.12pm.
Labels:

surat dari cordoba

Wednesday, February 03, 2010 Posted by ayyash 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, permohonan saya untuk menyertai sebuah yahoogroups telah diapprove. Harap-harapnya segala perkongsian ilmu didalam yahoogroups tersebut dapat membuka minda dan skop pemahaman saya terhadap waqi´ masyarakat yang akan saya hadapi nanti. Mudah-mudahan juga dapat mengikis sikap intelectual laziness yang membarah dalam diri seperti kata seorang sahabat.

Alhamdulillah juga, baru tadi saya diberi peluang oleh Allah untuk melawat sebuah tinggalan hebat kerajaan Islam Andalus, Alhambra atau Al-Hamra´ yang dibina oleh kerajaan terakhir Umayyah, kerajaan Nasrid sebelum ia jatuh ke tangan kerajaan Kristian Katholik, Ferdinand dan Isabella. Sempat juga bergegas ke sebuah perpustakaan yang dikhususkan untuk pengkajian Islam, menempatkan hasil tulisan Ibn Battuta. Sedikit kecewa kerana tidak dibenarkan masuk, perpustakaan ini ialah research library, bukan public library. Maka ia tidak dibuka untuk kegunaan masyarakat umum.

Alhamdulillah, banyak pengalaman menarik kebelakangan ini. Berada diantara sebuah negara maju kesatuan Eropah ini mengajar saya, manusia yang hidup di negara membangun ini untuk lebih menjaga waktu. Segala-galanya punctual. Nampak remeh, tetapi memberi impak yang besar dalam kehidupan, lebih-lebih lagi soal pembangunan tamadun. Masa terlalu penting. Setiap saat yang berlalu, menjadi sejarah kepada dunia akan datang. Sama sepèrti tamadun Islam Andalus ini. Kegemilangan dan kejatuhannya dirakam sejarah. Menjadi pedoman dan peringatan untuk umat Islam hari ini. Tidak mahu menjadi manusia yang sekadar menghafal teori 10 muwasafat individu muslim, antaranya haris 3la waqtihi, menjaga masa, tetapi masih ramai lagi manusia yang menjadi korban masa disebabkan kelalaian diri menjaga masa.

Alhmdulillah lagi, disebalik segala masalah peribadi yang timbul, terlalu banyak juga pengajaran dan kegembiraan yang datang. Semestinya manusia itu harus menjadi makhluk yang bersyukur. Alhmdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Untuk sahabat baik yang kini berada di Mesir, yang selalu mengingati saya dalam doanya, merci bak kata orang perancis. Kata orang Sepanyol pula, mucha gracias. Anda juga selalu dalam ingatan saya.


Cordoba, Sepanyol, 9.45pm
Labels:

in touch with tomorrow

Friday, January 29, 2010 Posted by ayyash 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Sahabat saya ada berkata,

“Hidup ni macam naik kereta api. Dalam masa yang sama, diatas landasan yang sama, ada sebuah lagi kereta api sedang menuju ke arah kereta api yang sedang kita naiki. Dua buah kereta api, diatas landasan yang sama, saling menuju antara satu sama lain. Saat itu kita mesti panic dan fikir,

“Alamak, macam mane ni? Sape yang salah landasan ni? Kereta api aku atau kereta api kat depan ni?”, kata sahabat saya itu.

Kereta api dan hidup kita, kedua-duanya memerlukan landasan untuk bergerak. Tapi, kadang-kala, kita tersilap percaturan. Langkah kita tersasar. Landasan yang sedang kita lalui salah. Makanya tindakan yang kita buat juga salah.

Sahabat saya berkata lagi, untuk tahu samada landasan yang kita sedang lalui betul atau salah, kita tengok pokok-pokok yang ada diluar tingkap kereta api kita. Pokok-pokok itu tidak bergerak. Dan pokok-pokok itu adalah Al-Quran. Al-Quran sebagai kayu ukur terbaik samada kita sedang melalui landasan yang betul atau salah. Kalau dalam hidup ni, semakin jauh kita meninggalkan pokok-pokok itu, makin jauh jugalah kita melalui landasan yang salah, dan makin dekatlah jadinya kita dengan kereta api lagi satu. Kalau bertembung, apa jadi ye?

Macam mana pula kalau kita hentikan sahaja kereta api kita?

Apa jadi jugak kalau kita bunyikan hon kereta api kita?

Erm, satu muhasabah terbaik darimu sahabat. Dan saya semakin menyayangi dan menghargai persahabatan kita sifu M. Jazakillah khair jaza’ kerana mengingatkan saya, mungkin saya sedang melalui landasan yang salah, maka percaturan saya dalam hidup ini silap.

Aku

Gembira dan sedih. Gembira kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sangat baik. Sedih kerana saya menjadi sahabat yang teruk. Untuk setiap kesalahan, kesilapan dan compang-camping diri saya dimata kalian, saya dengan rendah hatinya memohon maaf, seinfiniti kemaafan dari kalian. Untuk setiap percaturan saya yang silap dalam hidup ini, saya sandarkan ia sepenuhnya ke atas kelemahan diri saya. Saya sama sekali tidak merasakan diri saya terbaik, sangat baik dan sempurna berbanding kalian. Saya tidak minta kalian menerima dan memahami saya, tetapi saya meminta kalian jangan menghakimi peribadi diri saya, lebih-lebih lagi sekiranya ia datang dari seorang outsider. Sebaiknya, hakimi tindakan saya sekiranya ternyata ia salah.

Kawan-kawan, selamat bercuti. Semoga redha Allah sentiasa mengiringi hidup kalian. Jumpa lagi semester depan, insyaAllah.


p/s..
1. saya ada terlalu ramai sahabat yang suka berfikir..salah seorang daripada mereka ada berkata.."aku benci tengok bangsa melayu yang hidup dengan provokasi..bergerak dan berfikir bila ada provokasi"..erm, menarikkan apa yang dia fikir..
2. saya menipu sekiranya saya tidak takut hendak berhadapan dengan orang yang menilai seperti anda, "seorang kawan"..

irbid the hashemite kingdom, 1019am
Labels:

rabithah

Monday, January 25, 2010 Posted by ayyash 10 comments
Assalamualaikum wbt..

Hujan masih menitis-nitis lagi diluar. Cuaca mendung hari ini. Hati tersentuh melihat status YM seorang sahabat. Dulu dia ada berkata, saat dia hendak mengepos entri berkenaan tadarruj diblog cucumbertimon yang dikongsinya dengan adiknya..

"Kalau Allah tak izinkan entri ni keluar, maknanya Aleen belom cukup bersedia atau masih belom mampu untuk mempraktikkan apa yang Aleen tulis", ini kata-katanya kepada saya.

Dalam hati, MasyaAllah tingginya pergantungan sahabat ini kepada Allah.

Semalam pula dia menangis. Menangis kerana merasakan tulisannya yang dipos ke YG mengundang sengketa. Walau hakikatnya, percaturannya ada benarnya. Pandangan manusia itu berbeza, maka pemahamannya juga berbeda. Maka Aleen, cari kekuatan anda dengan kata-kata yang pernah anda ucapkan tiap kali anda mengepos entries di blog timon itu..hihi..

Aleeeeennnnn! Jangan sedih-sedih lagi. Tengok dekat luar tingkap, tadi ada hujan ais batu.. hehe, InsyaAllah boleh turun salji ni. Aleen, jom aminkan doa dekat bawah ni..

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini..
telah berkumpul kerana mengasihiMu..
bertemu untuk mematuhi perintahMu..
bersatu memikul beban dakwahMu..

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu..
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya..
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya..

Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..
lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan..
dan keindahan tawakal kepadaMu..
hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu..

Jika Engkau mentaqdirkan mati..
maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu..
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

p/s..
1. Moga Aleen dan semua sahabat sentiasa gembira.. Live life to the fullest, love and radiate seperti kata the most popular malaysian student [bluwekkk], cik tqah dahalan kita..kuikui..
2. Kyu, siap sedia! Mungkin salji kita malam ni..phewww..
3. Selamat hari lahir kepada cik seezhasanah..didoakan hidup anda sentiasa dipenuhi dengan kebaikan dan ketenangan..aminn..

irbid the hashemite kingdom, 1229pm
Labels:

hujan itu rahmat

Monday, January 18, 2010 Posted by ayyash 17 comments
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, antara perancangan paling cantik yang Allah tentukan untuk hidupnya adalah dengan mencampakkannya ke bumi Sham ini. Bumi dimana dia betul-betul mengenal Islam dalam konteks kefahaman dan pengaplikasian konsep syahadah yang ditajdidkannya 5 kali sehari semalam dalam sujud kepada Ilahnya. Bumi yang menemukannya dengan teman-teman yang hebat. Bumi yang membawanya menyoroti kemelaratan dan kebejatan masyarakat Islam yang satu ketika dahulu melahirkan Anbiya’, ulama juga para mujaddid ummah. Serta bumi yang menumbuhkan bibit dan semangat kepemudaan yang seharusnya ada dalam diri seorang pemuda Islam. Segala-galanya membawa ibrah yang cantik bagi akal yang berfikir. Selayaknya syukur itu untuk Rabbnya.

Tertarik dengan entri sahabatnya, soal lagu yang kita dengari juga merupakan satu tarbiyah kepada hati dan fisiologi badan pemuda muslim. Betapa persekitaran juga mempengaruhi proses pembentukan diri dan minda. Seingat dia, proses pembentukan diri dan fikrah Imam Banna yang membawa kepada tertubuhnya gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 1929 juga datangnya dari persekitaran Mesir yang dijajah oleh British. Pembentukan fikrah yang menjurus kepada tertubuhnya gerakan kebangkitan ini bermula sekitar usia Al-Banna menjejak angka 20-an selain daripada tarbiyah langsung mujaddid ini yang diperolehnya sedari kecil. Satu waktu usia yang hijau dan segar, proaktif juga produktif dalam rangka idea dan gerak kerja memperbaiki maslahat ummah.

Begitu juga dia, pertengahan tahun ini usianya akan menginjak angka 21 tahun sekira diizinkanNya, turut merasakan tenggang waktu yang ada sebagai satu peluang keemasan untuk membentuk pemikiran [baca:fikrah] yang bebas dari sebarang bentuk penjajahan rentetan kesan pasca-kolonialisasi watannya satu ketika dahulu. Dan proses pembentukan itu memerlukan kepada satu system tarbiyah yang tersusun, supaya dapat melahirkan sosok-sosok penggerak seperti anak-anak didik insan agung, Nabi Muhammad saw.

What is education?

Education is a process of instilling something into human being. Tanpa menjelaskan maksud mendalam word-by-word education, itu takrif pendidikan [baca:tarbiyah] secara literalnya dari Al-Attas

In this answer ‘a process of instilling’ refers to the method and the system by which what is called ‘education’ is gradually imparted; ‘something’ refers to the content of what is instilled; and ‘human beings’ refers to the recipient of both the process and the content.
Dalam satu ekosistem kehidupan, “something” boleh juga diibaratkan seperti persekitaran, dimana persekitaran itu sendiri mengandungi banyak elemen sama ada bersifat baik atau buruk. Dan “human beings” pula adalah manusia-manusia yang berada didalam persekitaran tersebut. Jadi, persekitaran adalah satu elemen muhim yakni penting untuk membentuk pemikiran dan peribadi yang syumul bertunjangkan Islam, Iman dan Ihsan. Dan untuk kesekian kalinya, dia bersyukur kerana persekitaran yang ada mampu menggerakkan akal warasnya untuk menilai serta menjustifikasi apa itu haq dan batil mengikut neraca iman. Walau seringkali dia jatuh dan bangun seiring dengan yazid-wa-yanqus iman yang ada dalam dirinya.

Kepada Allah Tuhan pencipta, petunjuk dipinta.


p/s..
1. Exam berbaki 2 papers, tolong doakan dia dan sahabat-sahabatnya!
2. Hari ni hujan sepanjang hari, mengingatkannya akan katak dan kodok dikampung halamannya. Dia memang anak kampung.
3. Mabruk alaiki untuk sahabat yang baru bergelar makcik. Namakan saja Ayyash. Moga-moga kelak dia jadi sehebat Yahya Ayyash..hehe..
4. Entri ini hanyalah hasil dari pembacaannya yang sedikit dan hasil pemikirannya yang dangkal.


irbid the hashemite kingdom, 5.40pm
Labels:

annular solar eclipse

Friday, January 15, 2010 Posted by ayyash 5 comments
Assalamualaikum wbt..

Cerita pagi

Tit-tit..Salam A1, jom g masjid.. Solat gerhana pukul 8..[mesej masuk jam 7.18am dari A2]

Cerita petang

Mata ralit menatap skrin laptop saat nota-nota menjerit minta dibaca. Dia lemas, inkuirinya kadangkala mengalahkan prioritinya. Dia harus tahu juga mengenai alam yang didiaminya ini. Alam yang menyaksikan saat dia dilahirkan, dibesarkan sehingga menjadi manusia sebegini rupa dan akan kembali semula ke dalam perut alam ini. Semua tercatit di Lauh Mahfuz, meski segala-galanya sudah sedia ada dalam pengetahuan Rabbnya.

Jumaat ini Jumaat yang baraqah. Solar eclipses for Beginners. Begitu tajuk halaman elektronik yang sedang ditatapnya. Fenomena annular solar eclipse yang baru sahaja berlaku pagi tadi memandu jemarinya menaip kata kunci solar eclipse. Lalu memaksa ruang sesawang memuntahkan segala ‘isi dan bendalir’ mengenai fenomena kusuf yang jarang-jarang sekali berlaku itu. Dia cuba memahamkan mindanya meski soal gerhana ini pernah dipelajarinya saat dia merangkak mengeja di sekolah kebangsaan kepulauan Melayu satu tika dahulu.

System pendidikan yang bermanhajkan exam-oriented dinegara pertiwinya sedikit sebanyak menjadikan dia pelajar yang beku pemikirannya. Segala-gala yang dipelajarinya 3-4 tahun lalu hampir dilupakannya. Jika mahu dibuat graf, dia pasti graf ilmunya hanya akan mencanak naik saat-saat dia hendak menghadapi peperiksaan. Salah dirinya sendiri juga, mungkin tidak bersungguh dalam menuntut ilmu. Idea Professor Syed Naquib Al-Attas yang dibacanya lewat asar tadi mengenai pendidikan sangat menarik minatnya. Kepalanya sedikit berat tatkala mindanya cuba menghadam dan memproses idea Al-Attas yang dibacanya dari excerpt The Concept of Education in Islam, kertas kerja Al-Attas mengenai pendidikan yang dibentangkannya dalam First World Conference on Muslim Education di Makkah Al-Mukarramah. Balik kepada cerita gerhana cincin matahari.

Annular eclipse of the sun will occur over central Africa, the Indian Ocean and east Asia on January 15. It will be the longest lasting solar eclipse since 1992. During annular eclipse, moon is further away from Earth than in total eclipse so outer edge of sun (annulus) is seen.
Begitu maklumat yang diterimanya. Gerhana matahari berlaku saat matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah yang sama. Lalu menyebabkan kawasan bumi yang berada setentang dengan kedudukan bulan dan matahari menjadi gelap. Saat itu cahaya matahari telah ditutupi oleh bulan. Kawasan bumi yang gelap itu dinamakan umbra, kawasan sekitar umbra dinamakan penumbra.

Seingat dia otaknya pernah memproses maklumat sebegini rupa satu ketika dahulu. Mungkin masa menyebabkan dia lupa. Dan jarinya harus berhenti menaip, sedar akan keadaan dan tanggungjawabnya. Dia harus belajar supaya dia jadi manusia yang tahu, tidak berotak beku, jauh sekali berhati batu.

p/s..
1.Exam berbaki 3 papers lagi. Doakan dia.
2.Tadi sahabat bercerita lagi mengenai Strawberry hemangioma yang dihidapi oleh adik sahabat, Nur Raihan. Moga-moga Raihan membesar dengan sihat, itu yang penting, kan sahabat?


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom,7.16pm
Labels:

the struggle's just too much

Tuesday, January 12, 2010 Posted by ayyash 6 comments
Assalamualaikum wbt..

Jalan-jalan di rausyanfikir.com dan jumpa quote 2 orang cendekiawan Islam yang hebat ni,

Kata Imam Ghazali,

“Akal itu umpama penglihatan yang selamat dari cacat cela, dan al-Qur’an itu umpama matahari yang menyinari jagat raya, dengan keduanya seseorang dapat memperolehi hidayah. Seorang yang mengambil salah satunya tergolong dalam orang-orang yang bodoh, orang yang menolak akal hanya cukup dengan cahaya al-Qur’an sama kedudukannya dengan orang yang mendapatkan cahaya matahari tetapi menutup hati, maka tidaklah berbeza dia dengan orang yang buta. Maka akal dengan Shara’ adalah cahaya di atas cahaya”.

Kata Sheikhul Islam Ibn Taimiyah pula,

“Akal itu syarat dalam mencapai ilmu pengetahuan dan kesempurnaan amal soleh, dengannya akan sempurna ilmu dan amal. Ia seperti kuatnya penglihatan bagi mata maka ketika bertemu dengan cahaya iman dan al-Qur’an maka umpama bertemunya cahaya mata dengan cahaya matahari dan api dan jika mencukupi dengan salah satunya tidak akan dapat seseorang itu memahami segala sesuatu”.

The life that gives us hopes,
But..the struggle's just too much..
Arghh, fatrah exam yang membantutkan. Doakan ye!

14th January - Endocrine Sytem MidTerm
17th January - Endocrine Sytem Final
21st January - Musculoskeletal System Final
27th January - Gastrointestinal System Final


p/s..
1.Teruja dengan aliran pemikiran professor Syed Naquib Al-Attas..membaca memang kunci ilmu..
2.Andalus, semangat Tareq bin Ziyad, silalah meresap ke dalam diri..pheww, exam dulu ye..
3.Jatuh cinta dengan Dr.Hakam Hadidi, beliau sangat baik..wuhuhu..


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 8.42am
Labels:

kanvas hidup kita

Friday, January 08, 2010 Posted by ayyash 13 comments
Assalamualaikum wbt.

Saya baru selesai membaca tulisan 2 orang manusia sulbah dimana saya yakin mereka telah menjadikan kehidupan ini sebagai satu pelaburan terbaik untuk dibawa menemui ‘pelabur’ mereka kelak. Impuls dan neuron seakan-akan ikut sama ter’excite’ pabila membaca karya hidup mereka. Membenihkan kefahaman dalam jiwa, juga melembutkan hati yang seakan keras lantaran buta dan tulinya mata telinga hidup dibawah system kuffar hari ini. Seakan juga memberitahu saya bahawa cinta dan rindu kepadaNya hanya akan hadir apabila hidup ini berpaksikan aqidah dan dalam kerangka melaksanakan syahadah tanda ubudiah kepada Ilah yang satu itu. Dan saya, semakin kagum dengan jalan yang mereka pilih, ingin turut serta dalam gerabak mereka, meski saya hanya seperti sebutir debu dalam lautan pasir.

Untuk kau sahabat!

Semalam, sahabat itu menangis lagi. Untuk yang ke berapa kali, saya juga tidak pasti. Perit barangkali, ditinggalkan tatkala hati berkobar-kobar ingin memberi. Saya yang kehilangan kata, duduk membatu ditepi. Langsung tidak memberi solusi. Sekadar memahami didalam hati. Jalan ini jalan penuh duri. Sabar dan ikhlas buat memujuk hati. Mudah-mudahan kelak usahamu diganjari ilahi.

“Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia [Allah] telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan begitu pula dalam [Al-Quran] ini, agar Rasul [Muhammad] itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." [Al-Hajj:78]

Ya, hanya Dia sebaik-baik penolong.

Kahfi dipagi Jumaat
Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 9.23am
Labels:

dear comrade

Monday, January 04, 2010 Posted by ayyash 23 comments
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, selesai membaca review seorang sahabat mengenai Medic Gathering batch kami semalam. Hampir menyentuh semua aspek yang kami bincangkan untuk mengemudi bahtera batch ke satu tahap yang lebih baik. Dalam banyak-banyak idea dan buah fikir yang dilontarkan, saya sangat tertarik dengan teguran seorang super senior dalam batch kami mengenai kelebihan batch kami yang rata-ratanya memang sudah sedia maklum, batch paling ramai.

“Sepatutnya bila kita jadi batch paling ramai dan besar, lebih banyak idea dan sumbangan yang boleh diberikan kepada komuniti kita”, ini ayat yang saya olah dari kata-kata senior tersebut.

"Sungguh Allah telah menolong kamu [mukminin] di banyak medan perang, dan ingatlah perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membangakan kamu, tetapi jumlah yang banyak itu sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang. [At-Taubah:25]

Bilangan yang ramai bukan untuk dimegahi dan dibanggai andai hidup bukan untuk memberi [macam ayat saifulislam plak, haha]. Tidak perlu sekadar menambah bilangan buih-buih dilautan. Keberadaan kita disini untuk meramai dan menguatkan saf-saf seperti teguhnya sulbah-sulbah Ansar dan Muhajirin dalam perang Hunain tatkala bilangan yang ramai itu menjadi sedikit dek ramainya bilangan yang cintakan dunia.

Dulu, desas-desus mengatakan bilangan yang ramai merupakan satu kekurangan, mengurangkan kualiti dan sensitiviti siswa-siswi, banyak ragam, banyak idea, pendek kata banyak mehnah dan tribulasinya pabila berada dalam sebuah batch yang besar. Dan tempoh 2 tahun setengah ini, sedikit sebanyak membuktikan kebenaran dan kepincangan khabar angin yang dijaja si tukang karut. Ditambah lagi dengan genetic trait bangsa Melayu yang rata-ratanya bersifat judgemental ini menambahburukkan lagi keadaan. Segala-galanya mahu dihakimi dan diadili mengikut neraca timbang emosi.

Ye, disini, kepercayaaan menjadi taruhannya. Keikhlasan dan sikap saling hormat-menghormati menjadi gadaiannya pabila kita berpaksikan sikap judgemental dalam berhubungan. Hari ini bermulanya segala usaha untuk membuktikan kata-kata semalam. Moga impian dan angan-angan semalam menjadi kenyataan dan realiti hari ini untuk kita sama-sama mengecap manis dan wanginya hari esok.

Sahabat, salam persaudaraan!

Saya yang masih saya

Semalam juga saya gagal lagi. Gagal memecahkan bongkah-bongkah iceberg yang mengurung saya dalam dunia bisu yang saya cipta sendiri. Dunia tanpa kata-kata. Dunia yang menyebabkan diri saya berada ditakuk yang sama. Tidak punya keberanian untuk meluahkan pendapat dan buah fikir saya sendiri. Ini bukan soal malu atau tidak, ini soal keyakinan diri.

Lack of confidence. Itu masalah saya. Huh, pelik dengan diri sendiri, apalah yang susahnya untuk berkata-kata.

I just wanna clarify these, to make things clear..

Diamnya saya tidak bermaksud saya tidak peduli!

Diamnya saya tidak bermaksud saya seorang egois!

Diamnya saya juga tidak bermaksud saya membenci!

Harap tidak disalaherti kelemahan diri. Masih melalui proses memperbaiki diri.


soksek-soksek..perjumpaan semalam sgt cool! jazakumullah khair jaza' kpd sume kawan-kawan..

Ardh Ar-Ribath, the Hashemite Kingdom, 11.16am
Labels:

hatta yughaiyiruu ma bi anfusihim

Friday, January 01, 2010 Posted by ayyash 11 comments
Assalamualaikum wbt..

Petang khamis semalam, saya bersama seorang sahabat telah menghadiri satu talk berkenaan American Medical Clinicals [AMC] di Red Hall, KAUH, merupakan satu badan yang menyediakan peluang kepada International Medical Students dan International Medical Graduates untuk membuat elective dan residency di negara Statue of Liberty itu. Mendengar taklimat ringkas dari doktor kelahiran Beirut, Lebanon yang saya lupa namanya itu, sedikit sebanyak memberi gambaran ringkas tentang peluang dan syarat untuk diterima ke program AMC ini.

Rata-rata doktor dan bakal doktor arab yang hadir ternyata kelihatan sangat berminat untuk menempatkan diri mereka di negara "polis dunia" itu, mungkin ingin meneguk lautan mutiara dan pengalaman buat dicurahkan kepada anak bangsa kelak,atau mugkin juga ingin keluar dari dunia dalam kotak masyarakat sendiri. Satu pemandangan yang menyedihkan tatkala masyarakat awam masih lagi tenggelam timbul mengikut arus suram dan kelam negara membangun.

"We are smarter than them, but we didnt read, we are not systematic..... bla..bla..bla.."

Kelemahan dan sikap negatif yang disedari sendiri oleh golongan intelektual ini, tapi agak susah untuk diubah lantaran sudah terlalu sebati dalam pemikiran dan fisiologi badan masyarakat. Alangkah baiknya jika sikap rajin membaca, pembersih dan segala sifat terpuji itu dipraktikkan oleh setiap individu, lalu melahirkan masyarakat yang bersistematik. Benarlah kata Amr Khaled, hatta yughaiyiruu ma bi anfusihim.

Malam itu pula, saya menggantikan naqibah MEKAP saya ke perjumpaan nuqaba’ PERMAI, menaiki teksi dari Bawabeh Syimaliyah ke Subermarket Simsimah, melihat ragam dan gaya Arab menghadapi tahun baru. Kebanjiran pemuda-pemuda disepanjang Syare3 Jamiah, ternyata tidak jauh bezanya dengan sambutan tahun baru di Malaysia. Pemuda-pemuda kota irbid ini juga rupa-rupanya laparkan hiburan, sama seperti hari-hari biasa.

Membaca laporan sekitar sambutan tahun baru ternyata menghampakan. Konsert Ambang Merdeka 2010, persembahan tarian 1Malaysia daripada kumpulan Permata Negara, persembahan bunga api dan seribu satu macam lagi cara sambutan. Belum lagi melihat kepada video-video sambutan ambang merdeka yang diupload di youtube. Pasti mengecewakan.

Perubahan

“Sungguhpun begitu, matlamat jangka panjang kita bukan semata-mata untuk pulih daripada krisis, tetapi yang lebih penting ialah mengambil peluang ini untuk meletakkan asas-asas kukuh bagi kemakmuran dan masa depan negara dengan pembaharuan berterusan,” [PM Najib]

“Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.” [DS Anwar Ibrahim]

Tanya pula kepada pimpinan-pimpinan gerakan dan persatuan, kawan mahupun lawan dan kepada sesiapa sahaja. Pasti perkataan perubahan juga yang akan keluar. Tahun baru semestinya datang dengan azam, resolusi dan juga perubahan. Saya bersetuju dengan perubahan yang dimaksudkan oleh DSAI, iaitu perubahan yang memerlukan satu tindakan jitu berasaskan kefahaman terhadap perubahan yang ingin dilaksanakan. Perubahan yang menghasilkan tindakan, bersifat praktikal dan mampu dilakukan biarpun perubahan yang ingin dilakukan kelihatan agak remeh dan kecil. Contoh terdekat, kehidupan siswa-siswi seharian, dari sikap suka ponteng kuliah kepada ingin sentiasa hadir ke kuliah. Impaknya, saya pasti besar. Mencerminkan sikap tanggungjawab, menunaikan amanah, mendapat kepercayaan doctor dan pensyarah, menambah ilmu, juga beroleh keberkatan majlis ilmu.

Medic Gathering MEP7, majlis muhasabah batch saya yang akan diadakan pada hari Ahad, 3 Januari ini juga pasti mengharapkan perubahan kepada batch secara amnya, antara objektif pihak penganjur ialah kehadiran atas rasa tanggungjawab untuk memperbaiki bahtera batch ke satu tahap yang lebih baik, agak sukar untuk dicapai pabila rasa kebersamaan masih belum menjadi darah daging atau fisiologi dalam hubungan kami, adik-beradik MEP7 ini. Ego barangkali. Kasihan melihat sang sahabat, buntu mencari titik persefahaman dalam komuniti kecil kami ini. Satu cabaran juga kepada semua untuk mengharmonikan masam, masin, dan manis dalam berhubungan, meraikan semua pandangan dari pelbagai sudut baik yang bersifat skeptik, sinis mahu pun sekadar menjadi pak turut, juga mengambil seribu satu maanfaat dari segala perbezaan dan persamaan yang ada.

Moga Allah menghadirkan rasa ikhlas ke dalam hati saya dan hati sahabat-sahabat untuk saling menguat dan mengukuhkan binaan ukhwah antara kami. Tempoh 6 tahun yang agak lama untuk menghadapi hubungan yang beku pastinya menyakitkan ramai pihak. Suka untuk mengambil kata-kata Dato Seri Anwar Ibrahim didalam perutusan tahun barunya,

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah!

psst..1 Jan yang jatuh pada hari jumaat, moga lebih berkat hendaknya!!
huu..sedih di pagi jumaat, perbezaan yang harus dirai..


Ardh Ar-Ribath, the Hashemite Kingdom, 10.33am.
Labels: