hujan itu rahmat

Monday, January 18, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, antara perancangan paling cantik yang Allah tentukan untuk hidupnya adalah dengan mencampakkannya ke bumi Sham ini. Bumi dimana dia betul-betul mengenal Islam dalam konteks kefahaman dan pengaplikasian konsep syahadah yang ditajdidkannya 5 kali sehari semalam dalam sujud kepada Ilahnya. Bumi yang menemukannya dengan teman-teman yang hebat. Bumi yang membawanya menyoroti kemelaratan dan kebejatan masyarakat Islam yang satu ketika dahulu melahirkan Anbiya’, ulama juga para mujaddid ummah. Serta bumi yang menumbuhkan bibit dan semangat kepemudaan yang seharusnya ada dalam diri seorang pemuda Islam. Segala-galanya membawa ibrah yang cantik bagi akal yang berfikir. Selayaknya syukur itu untuk Rabbnya.

Tertarik dengan entri sahabatnya, soal lagu yang kita dengari juga merupakan satu tarbiyah kepada hati dan fisiologi badan pemuda muslim. Betapa persekitaran juga mempengaruhi proses pembentukan diri dan minda. Seingat dia, proses pembentukan diri dan fikrah Imam Banna yang membawa kepada tertubuhnya gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 1929 juga datangnya dari persekitaran Mesir yang dijajah oleh British. Pembentukan fikrah yang menjurus kepada tertubuhnya gerakan kebangkitan ini bermula sekitar usia Al-Banna menjejak angka 20-an selain daripada tarbiyah langsung mujaddid ini yang diperolehnya sedari kecil. Satu waktu usia yang hijau dan segar, proaktif juga produktif dalam rangka idea dan gerak kerja memperbaiki maslahat ummah.

Begitu juga dia, pertengahan tahun ini usianya akan menginjak angka 21 tahun sekira diizinkanNya, turut merasakan tenggang waktu yang ada sebagai satu peluang keemasan untuk membentuk pemikiran [baca:fikrah] yang bebas dari sebarang bentuk penjajahan rentetan kesan pasca-kolonialisasi watannya satu ketika dahulu. Dan proses pembentukan itu memerlukan kepada satu system tarbiyah yang tersusun, supaya dapat melahirkan sosok-sosok penggerak seperti anak-anak didik insan agung, Nabi Muhammad saw.

What is education?

Education is a process of instilling something into human being. Tanpa menjelaskan maksud mendalam word-by-word education, itu takrif pendidikan [baca:tarbiyah] secara literalnya dari Al-Attas

In this answer ‘a process of instilling’ refers to the method and the system by which what is called ‘education’ is gradually imparted; ‘something’ refers to the content of what is instilled; and ‘human beings’ refers to the recipient of both the process and the content.
Dalam satu ekosistem kehidupan, “something” boleh juga diibaratkan seperti persekitaran, dimana persekitaran itu sendiri mengandungi banyak elemen sama ada bersifat baik atau buruk. Dan “human beings” pula adalah manusia-manusia yang berada didalam persekitaran tersebut. Jadi, persekitaran adalah satu elemen muhim yakni penting untuk membentuk pemikiran dan peribadi yang syumul bertunjangkan Islam, Iman dan Ihsan. Dan untuk kesekian kalinya, dia bersyukur kerana persekitaran yang ada mampu menggerakkan akal warasnya untuk menilai serta menjustifikasi apa itu haq dan batil mengikut neraca iman. Walau seringkali dia jatuh dan bangun seiring dengan yazid-wa-yanqus iman yang ada dalam dirinya.

Kepada Allah Tuhan pencipta, petunjuk dipinta.


p/s..
1. Exam berbaki 2 papers, tolong doakan dia dan sahabat-sahabatnya!
2. Hari ni hujan sepanjang hari, mengingatkannya akan katak dan kodok dikampung halamannya. Dia memang anak kampung.
3. Mabruk alaiki untuk sahabat yang baru bergelar makcik. Namakan saja Ayyash. Moga-moga kelak dia jadi sehebat Yahya Ayyash..hehe..
4. Entri ini hanyalah hasil dari pembacaannya yang sedikit dan hasil pemikirannya yang dangkal.


irbid the hashemite kingdom, 5.40pm
Labels:
  1. tulisan anda membuatkan saya memikirkan idea ini di luar kotak.

    sudah tiba masanya untuk PERMAI mahupun MPPM untuk cuba meniru idea dibuat PERUBATAN MESIR untuk buat pertandingan TOP BLOG satu Jordan.

    baru orang kenal ini blog

  2. salam alaik..

    pheww..ini hanyalah sebuah blog conteng-conteng sahaja..tak qualify lgsg utk msk apa2 kompetisi..huh..btw, terima kasih atas komen membina anda..

  3. Assalamualaikum..

    Waa, kak ayyash.
    Hujan ini beralun bersama ku, amat damai, sehingga ku lupa yang....

    EXAM lusa..!!! hahaha..

    Alhamdulilllah ala kulli hal.
    Setuju dgn snr Munir.. Mmg patut diadakan supaya fikrah orang seperti kak Ayyash ni tersebar merata..

    Bukan kak Ayyash nak jadi "nila" kan?

    Setitik jatuh dalam susu habis sebelanga membiru..

    insyaAllah, Aleen sokong kak Ayyash..!!

    Teruskan usaha kawan, merangkap kakak ku =)

    TerBAEEEEK dari ladang.

    moooo (sound effect lembu.. haha)

  4. Nama dah diberi Nur Dini Dayyini. Cadangan ditolak, maaf! Nama Ayyash tggu nama anak nti :p

    Beza guru yang mengajar dan guru yang mendidik. Benar, perlu sistem yang teratur. Bukan cakap mudah saja.

    btw,to Senior Munir,
    Lebih cantek bg seorang pencadang sekiranya membuka jalan ke arah merealisasikan cdgn. Suka cdgn ini, cuma perlukan rijal penggerak. Siapakah?

    p/s: bak kata org2 tak matang "You suggest, you'll suffer". Saya tak suka kata2 ini tapi ada benarnya.

  5. salam alaik..

    to aleen..
    time kasih dtg ke rumah ku..membuatkanku ketawa setelah hampir 2 minggu tidak ketawa..hahaha..sadistik betol!!
    smpi disound oleh cik u yg tekun mghafal segala drug utk examnye esok..moga Allah mudahkn sahabat dents kite..
    hoho..terbaekk dari ladang, siap ada ost bunyi lembu..haha..alien [hehe]..aleen..

    to ezzah..
    nur dini dayyini..mesti comel kan kan kan?
    huu..menunggu2 kakak2ku kawin dan punya anak..haha..boleh buli..
    u suggest u'll suffer, btw itu mmg phrase yg cantik..

  6. rindunye kat adek2ku ini....ade jugak tulisan di kala tgh2 exam...rajen updet time tgh2 exam ye??hehehehe[sbb dek menatap laptop dan terperap dlmbilik hari2 ek..]
    btol tuh ezz,phrase "keramat" kita..=p.."u suggest u suffer."

    troskan mnulis ayyash.disebabkan ramai org suke bce blog..so dgn kehadiran blog nih..smoge persekitaran kita di kelilingi blog2 yg bermanfaat bukan yg picisan semata.

  7. salam k.ros kuning..

    huhu..exam mss sgt menyesakkan otak..
    byk sgt bones n muscles nk kene igt wpn dlu kt skolah ade junior kurang asam pngl sy kakak skeleton..cisss..

    psssstttt..doakn kami..

  8. seezhasanah

    salam.
    dah lama menyinggah blog ni, tp ni 1st time cik seezhasanah nak tinggalkan jejak.
    mantap lah!
    bak kata kak aleen (aleen, awak kakak kte 2mgu..huhu), terbaik dr ladang!

    suke2...
    slmt study utk GI pulak yer...
    jom kte merapatkan ukhwah brsama haiwan2 microb yg sgt best tuh..:D

  9. lebih cantek bg seorang pencadang sekiranya membuka jalan ke arah merealisasikan cdgn. Suka cdgn ini, cuma perlukan rijal penggerak. Siapakah?

    bak kata org2 tak matang "You suggest, you'll suffer". Saya tak suka kata2 ini tapi ada benarnya.

    __________________________________

    maaf, hamba ini mmg rijal. tetapi, rijal picisan. tidak berjawatan dalam MPPM mahupun dalam PERMAI.


    hanya mampu memberi buah fikiran. saya ingin berkongsi satu pepatah yang matang. saya cuba translate, tapi kalau dah translate kurang sedap lah.

    "hikmah orang tua, semangat orang muda"

    ada faham? jika kurang faham saya cuba jelaskan insyaAllah

  10. to senior munir,

    maaf sekiranya nada penulisan seolah2 nampak memperli atau adek beradeknya. no offense. tidak bermaksud. berkomunikasi secara tulisan begitulah, mudah disalahertikan.

    "Hikmah orang tua" dan "semangat orang muda" memng perlu sentiasa bergerak seiring. baru idea cantik berbuah. setuju2.

    idea anda cantik. cuma bernafas dalam dimensi persatuan ini. Rasa cuma lagi best kalau dapat hidupkan budaya supaya org yg mencadangkan sesuatu idea tu, habiskan idea anda dengan tolong bantu cadangkan org pggerak sekali ke, kalau diri sendiri tidak berkemampuan la. baru nampak lebih bergaya~ Bukan apa masalah utama persatuan kini adalah kekurangan sumber tenaga manusia. Manhaj dan idea ada. rijal susah cari. huhu

    kalau nak cadang saja2 pun tiada masalah. Masih berguna dan mencerahkan semua. cuma kurang bergaya aje.

    btw, kamu tidak kelihatan seperti rijal picisan. idea mantap begini pasti dari rijal berkesan.

    p/s: MPPM dan PERMAI bukan neraca bergerak manusia.

    suka tgok "orang2 tua" yang berhikmah ni. teruskan memberi panduan pada adek2 yang bersemangat ni ye. ^^,

  11. maaf sekiranya nada penulisan seolah2 nampak memperli atau adek beradeknya. no offense. tidak bermaksud. berkomunikasi secara tulisan begitulah, mudah disalahertikan.

    ___________________________________

    jangan risau, saya tidak terasa. cuma saya kurang faham idea yang hendak disampaikan. disitu saya menimbulkan persoalan bagi mendapatkan penjelasan. sebab murabbi saya pernah berkata.

    "La Yunsabu li sakitin Qaulun"
    (tidak dinisbahkan kepada seseorang apa-apa statement yang dia tidak kata)

    jadi saya lebih jelas bila dtg statement terbaru ini.

    p/s-payah juga kalau semua tiru gaya tulisan saudari ayyash. perlukan pembacaan sebanyak dua kali. dah mcm study medik

  12. idea anda cantik. cuma bernafas dalam dimensi persatuan ini. Rasa cuma lagi best kalau dapat hidupkan budaya supaya org yg mencadangkan sesuatu idea tu, habiskan idea anda dengan tolong bantu cadangkan org pggerak sekali ke, kalau diri sendiri tidak berkemampuan la. baru nampak lebih bergaya~ Bukan apa masalah utama persatuan kini adalah kekurangan sumber tenaga manusia. Manhaj dan idea ada. rijal susah cari. huhu

    ___________________________________

    benar sekali, saya setuju. ada misi dan perlu ada visi. sudah pasti saya ada cara pelan tindakan. cumanya, agak sukar untuk dikongsi di ruangan komen yang sekangkang kera.


    lagi satu, kekurangan sumber tenaga dalam persatuan adalah benda yang lumrah. itu pasal kita ada pecahan kerja untuk melicinkan kerja. dalam MPPM pun ada MT dan Badan Pengurus.

    selalunya, MT akan memberi idea. yang menggerakkan idea adalah BP. kemudian, ketua-ketua BP perlu memberi kerja orang dibawahnya.



    dah tua-tua ni. hanya mampu memberi nasihat. boleh jadi orang muda adalah penggeraknya.


    maaf saya banyak berceloteh disini. maaf saudari empunya blog

  13. salam alaik..

    to seezhasanah..

    bittaufeq utk GIT jugak..material yg byk, smgt membara nk cuti..pheww, mmg menguji..btw, didoakn Allah mudahkn sumenye..

    to ezzah n snr munir..

    bile org kuat mppm trn padang, berdialog dgn rakyat jelatanye..hehe, byk idea2 bernas rakyat ni, cume kurang medium saluran..akhirnye, tinggallah idea2 ni sekadar teori dlm blog2 picisan mcm ni..di peringkat kepemimpinan plak, kekurangan modal insan sbg pengerak menjd penyekat kpd pelaksanaan segala macam btk program, disamping kekangan2 lain..[ayat mcm dkt BTN plak]..mtx maaf, ckp lebih2 plak..

    erm, sy sbg rakyat yg tidak menyumbang pun kpd komuniti besar jrdn ni, mendoakn kepimpinan kali ini dpt melahirkn lebih ramai pemuda2 sprti cik ezzah dan snr munir yg sgt la proaktif juga produktif dlm menyampaikn idea [baca:fikrah] masing2..

    psst..hikmati syuyukh, hamasati syabab..bleh la bloggers sekalian buat entri pasal ni..peace!

  14. salam kak ayyash comel..
    hik3!!

    tak tau nk expressed kn perasaan skrg...
    bcampur baur...
    dgn exam esok lg... [huhu.. doakn]
    btw, mngkin nk syukran byk3 kot kat akk....
    saye slalu jngah2 blog akk x bace btul2 pun...
    tup2 esok nk xam patho smpt lg singgah lme....

    but one thing...
    akk buat saye tsedar drpd lamunan....
    mngkin sye x patut terlalu lama berhenti di ssuatu perhentian...
    masa utk kluar drpd kpompong mungkin?

    akk pening kot bace ayat saye..
    tapi xpe.. biar sye je phm.. [hehe.. bole ke gitu?]
    yg pnting....
    somehow i feel like its time to not become a typical person... hua3

    ok, dah3.. byk lak bebel.. doakn ktorg...
    daaa~

  15. wslm wbt..

    to sof_16..
    bittaufeq exam sume..
    time kasih dtg sini..hihi..

    p/s..btw, suke tgk awk, bile buat keje, buat sungguh2..inkuiri pun tinggi n tak malu bertanya..part ni mmg kene blaja dgn awk..huhu..

  16. to ayyash,

    takperlu jd public figure pun untk menyumbg. kamu lebih hebat. seperti air yg mengalir di celahan bumi, ghaib tapi terlalu berbakti. bercita2 ingin menjadi air yg ghaib itu, macamana ye mahu bersembunyi?[tak mahu menjadi public figure] adakah cara untuk berbakti tanpa perlu diketahui? [selain menggunakan nama samaran]

    to senior munir,
    terimakasih atas tunjuk ajar, smntara ada ruang dan medium, insyaAllah idea snior ini akan ana smpikan utk disyurakan. kalau ada cdgn lebih baik dan cantik, jgn segan2 boleh terus direct emel ana mahupun mppm. Padang sahara kami hulurkan.

    p/s: ayyash, mcm dah tamabh satu lg tggjawab AMT kena blogwalking cari idea bernas kat blog2 ahli plak.. takut terkubur.. kuikui..

  17. tok..tok...!

    mish ayyash, hupdate! hupdate!

    good luck exam~