sabar macam alam

Monday, April 11, 2011 Posted by ayyash 3 comments

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah atas segala nikmat.

Minggu ini saya round di Hospital Mafraq Hukumi. Sedar  tak sedar juga, sudah 5 minggu rotation surgery berlalu. Namun otak masih terasa ‘ringan’ dan ‘kosong’ dek kekurangan ‘makanannya’. Dush!!

Perjalanan ke Mafraq yang memakan masa lebih kurang 30 minit memang tak pernah menghampakan. Jiwa seakan terhibur melihat ‘gelagat’ alam yang sabar menyantuni seisi makhluk diatasnya. Dari kawanan bebiri yang terkedek-kedek berjalan tatkala tangan si penggembala ligat mengacah-acah kayu yang dipegangnya ke tubuh montel si biri hinggalah kepada lembutnya daun-daun pokok tirus yang tinggi beralun mengikut rentak sang angin yang perlahan bertiup. Pohonan zaitun yang rendang juga kelihatan comel apabila ditanam didalam satu barisan. Harmoni, kan!!

Pandang rumput pula, hijau dan segar.  Rasa nak baring je atas rumput-rumput ni sambil menikmati langit biru yang gagah memayungi bumi.  Melihat burung-burung mengembang dan mengatupkan sayapnya, terbang melayang didada langit. Lepas bebas dilangit luas sambil meratib tasbih cintanya kepada Yang Maha Mencipta. Oh, saya juga suka pandang tanah yang coklat tu. Sabar menumbuhkan rerumput dan pepohon, sabar menaungi segala aneka  hidupan tanah, juga sabar apabila dilanyak oleh traktor-traktor yang menggembur tanah. Alam kelihatan seimbang  dalam kesabarannya mentaati dan mematuhi Khaliqnya.

Sabar.

Sabar dalam ketaatan.

Sabar dalam kesusahan.

Sabar dalam kesenangan.

Sabar dalam kesakitan.

Sabar dalam membuat keputusan.

Sabar atas segala amanah yang terbeban.

Sabar menempuh jalan yang panjang.

Pokoknya, segalanya perlukan kesabaran.

Sabarlah macam sabarnya alam mentaati Khaliqnya.

fasbir sabran jamila.





pesan sang kakak,
dan bernafaslah dengan helaan nafas yang panjang, agar tak lelah dipertengahan jalan.

ayyash
bertemu kerana mengasihiMu
berkumpul untuk mendokong syariatMu

irbid, the hashemite kingdom, 1148pm.





Labels: