surat dari cordoba

Wednesday, February 03, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, permohonan saya untuk menyertai sebuah yahoogroups telah diapprove. Harap-harapnya segala perkongsian ilmu didalam yahoogroups tersebut dapat membuka minda dan skop pemahaman saya terhadap waqi´ masyarakat yang akan saya hadapi nanti. Mudah-mudahan juga dapat mengikis sikap intelectual laziness yang membarah dalam diri seperti kata seorang sahabat.

Alhamdulillah juga, baru tadi saya diberi peluang oleh Allah untuk melawat sebuah tinggalan hebat kerajaan Islam Andalus, Alhambra atau Al-Hamra´ yang dibina oleh kerajaan terakhir Umayyah, kerajaan Nasrid sebelum ia jatuh ke tangan kerajaan Kristian Katholik, Ferdinand dan Isabella. Sempat juga bergegas ke sebuah perpustakaan yang dikhususkan untuk pengkajian Islam, menempatkan hasil tulisan Ibn Battuta. Sedikit kecewa kerana tidak dibenarkan masuk, perpustakaan ini ialah research library, bukan public library. Maka ia tidak dibuka untuk kegunaan masyarakat umum.

Alhamdulillah, banyak pengalaman menarik kebelakangan ini. Berada diantara sebuah negara maju kesatuan Eropah ini mengajar saya, manusia yang hidup di negara membangun ini untuk lebih menjaga waktu. Segala-galanya punctual. Nampak remeh, tetapi memberi impak yang besar dalam kehidupan, lebih-lebih lagi soal pembangunan tamadun. Masa terlalu penting. Setiap saat yang berlalu, menjadi sejarah kepada dunia akan datang. Sama sepèrti tamadun Islam Andalus ini. Kegemilangan dan kejatuhannya dirakam sejarah. Menjadi pedoman dan peringatan untuk umat Islam hari ini. Tidak mahu menjadi manusia yang sekadar menghafal teori 10 muwasafat individu muslim, antaranya haris 3la waqtihi, menjaga masa, tetapi masih ramai lagi manusia yang menjadi korban masa disebabkan kelalaian diri menjaga masa.

Alhmdulillah lagi, disebalik segala masalah peribadi yang timbul, terlalu banyak juga pengajaran dan kegembiraan yang datang. Semestinya manusia itu harus menjadi makhluk yang bersyukur. Alhmdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Untuk sahabat baik yang kini berada di Mesir, yang selalu mengingati saya dalam doanya, merci bak kata orang perancis. Kata orang Sepanyol pula, mucha gracias. Anda juga selalu dalam ingatan saya.


Cordoba, Sepanyol, 9.45pm
Labels: