just a little sign

Sunday, February 28, 2010 Posted by ayyash
“Wei, berkerut sangat muka ko ni, senyum sket”, kata Bonez sambil senyumannya sengaja dilebarkan, menampakkan barisan gigi putih tersusunnya. Seperti dentate gyrus sahaja.

Suasana suam-suam panas makmal anatomi melekakan mereka. Suara lembut Are-are menerangkan satu persatu bahagian-bahagian model otak itu menerobos laju salur sempit gegendang telinga mereka, menampakkan persedian rapinya sebelum datang ke makmal hari itu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada model otak tiruan manusia yang tersadai diatas meja makmal.

Nun dihujung makmal, terdapat sampel otak sebenar manusia yang tidak diketahui pemiliknya. Terdengar suara garau Kyu menegur si Ululalbab yang rakus mencucuk-cucuk sampel otak tersebut dengan mata pennya. Bau formalin dan otak yang bercampur-baur menimbulkan aroma memualkan. Sesekali kelihatan Auriss menyeka cecair yang keluar dari rongga hidungnya menggunakan hujung labcoatnya. Pembelajaran mereka hari itu sangat menyeronokkan, dibantu pula oleh kakak makmal baik yang tidak jemu melayan kerenah mereka.

Diluar makmal, langit mendung. Awan seolah memuntahkan benih-benih wap air yang dikandungnya semusim lalu. Membasahkan dataran tandus ini. Teringat akan doctor yang mengajarnya Natural Resource, subjek elektif yang diambilnya bagi mencukupkan jam kreditnya di sekolah perubatan ini.

“Kalau kita ada teknologi menarik awan, saya akan gunakan teknologi tu untuk tarik awan ke Jordan ni, biar hujan turun kat sini”, kata-katanya disambut gelak tawa para pelajarnya. Betapa hujan itu sangat dinantikan oleh penghuni-penghuni dataran tandus ini.

Kata Khalifah Harun Ar-Rasyid pula, “hai awan, pergilah kemana sahaja kau hendak pergi, hasilnya tetap akan kembali kepadaku jua”. Kata-kata yang diucapkan oleh sang khalifah Abbasiyah saat Islam menjadi world order, menunjukkan betapa luasnya tanah yang bernaung dibawah system khilafah Islam tika itu. Cuba membayangkan keadaan dirinya berada didalam BaitulHikmah di kota Baghdad sambil menikmati angin semilir dari Sungai Tigris. Wah! Jauh merentas zaman anganannya hari ini.

Melihat lopak-lopak air yang berwarna coklat kehitaman sepanjang perjalanannya pulang kerumah tadi seakan melihat hitamnya Sungai Tigris dengan dakwat dari buku-buku yang dicampak oleh tentera Hulagu Khan saat mereka kebuntuan cara untuk menyeberangi sungai itu. Mujur sahaja ada Saifuddin Qutuz, panglima Islam dari Mesir yang berjaya menebus kekalahan tentera Islam di Baghdad. Seorang panglima tentera yang hebat, beliau mengatur strategi perangnya dengan menyatukan pimpinan umat Islam lewat kejatuhan Abbasiyah. Memilih medan Ain Jalut, kawasan yang terletak diantara tapak perang Yarmouk dan perang Hittin bagi menaikkan semangat tenteranya melawan tentera-tentera bengis Hulagu Khan. Dengan izin dan kehendakNya, kejayaan Qutuz dirakam sejarah.

Hari ini kepala didongak ke langit.

Mencari-cari kelibat sang mentari.

Hampa tidak ketemu.

Lalu dititip pesan pada sang awan.

Sampaikan pada mentari.

Bersinarlah selagi ada anak-anak Islam atas muka bumi ini.



p/s..
Memperkenalkan Bonez, Are-are, Kyu, Ululalbab dan Auriss ke pentas ladangakhirat..huhu..

irbid the hashemite kingdom, 4.59pm
Labels:
  1. teardrop

    "wei..berkerut sangat muka ko nie..senyum sket"

    patut jugak ditujukan kat ak hari nie.adeh
    konon2 nk tny bnde lain wktu jln balik dgn cik ladang akhirat& cik seez hasanah..last2 jaket mppm yg ak tnya. ceh.

    hari nie mendung.ak mendung jugak.
    hari ni dewan blackout.ak pun terasa blackout gak.
    *haih..ape2 la yg ak mngarut ni*

    bile free nk blaja amik BP dgn k s?
    :)

  2. Cuba membayangkan keadaan dirinya berada didalam BaitulHikmah di kota Baghdad sambil menikmati angin semilir dari Sungai Tigris.

    akk pon terfeeling skalik...
    salu sangat idam2kan hidup time islam menjadi world order.saat dan ketika tiada satu telinga2 atau hati2 pon yg tidak terlepas dari mengetahui Allah yg selayak2nya disembah,..ketika di mana Uluhiyyah Allah ditegakkan dan saat itulah Allah REDHA...alangkah indahnyaaaaaa !

    ttp jgn lupe ..beruntung mreka yg hidup di awal2 zaman..Allah menjajnjikan bahawa mereka BERBEZA dari umat islam yg smgt islam hanye lepas islam tertegak..
    beruntunglah mereka Ghurabaaa..!maka mereka itu yg hidupnya asing..asing ketika di mana die izzah dgn islam itu di tgh2 jahiliyyah..beruntunglah mereka..!

  3. wow....smart ah crite2 history akak....update la bnyk2 ok...

  4. salam ziarah..
    welcome to CNS.. sgt menarik!! i do love CNS 1&2..
    makin belajar psl otak, makin terasa ootak sgt complicated sbb tuh cara manusia berfikir & bertindak mmg complicated..
    Owh, Allah The Almighty..
    good luck dear ^^

  5. hoho.. sidang kembali dibuka..

    hoho.. bukankah skrip asal patutnya ululalbab yang baik hati mendermakan pen barcelonanya tuk dijadikan 'pointer'? teks rosak ni ..kuikui :p

    p/s: jangan conteng model lab!

  6. salam alaik..

    to teardrop..
    haha..mmg pelik ko ty soalan yg sama berkali2..asal nmpk muka ak, ty pasal jaket, layan je la..ceh..

    to yellowrose..
    susahnya nk jadik ghuraba'..huu..

    to tepianmuara..
    mtx maaf dh publish komen tp x kuar plak..yep, sejarah sgt dzouk..jom sama2 amek iktibar..

    to farhana rkh..
    k.an..rindu kmu juga..

    to guess who am i..
    sori, komen tak kuar..haha, ayat pon dh tau sape..jgn dera cik moon ye..

    to furqon..
    tak pasal2 tukar profession jd penglipur lara plak..eheh..

    to k.ain..
    lama tak jumpe k.ain..bittaufeq jugak utk k.ain..

    to ezzah..
    haha..skrip mmg korup..suara Kyu yg lembut tu pon dh tukar jd garau..baca dek cik auriss, abes la kene semelih..

  7. al_leen

    Assalamualaikum..

    Waa.. Comment allowed at last..!!

    Hehe.. Best2 kak Ayyash.

    ^_> (...wink2..)

    p.s : Adakah akan ade winter kedua selepas ini??

  8. seezhasanah

    ting tong!
    huhu..cik seezhasanah pun pelik masa nmpk teardrop..nmpk mendung..
    pastu pusing2 belakang tgk2 dah xder..mcm chipsmore..hehe
    kejap ade kejap xder..:p

    anyway, hr ni cik seezhasanah sungguh tak tahan lihat aksi arab dlm mudarraj 'ulum thani tuh..gelak smpai kena tego dgn cik ladangakhirat..haha

  9. kuang asam!!!!!!

    cess.. bertuah punya budak! siap aku buat gulai nanti... salahkan formalin yg kuat ok, aku bukan mengelap, aku mengelak .. ceh.. grrrrrr....

  10. Kyu

    Ya Tuhan, suaraku garau. Pen barcelona bulat tu, ko jgn main2.

    miss you la ayyash :(