manusia logam

Friday, April 16, 2010 Posted by ayyash
Pembinaan jiwa dan aqal adalah lebih sukar dari pembinaan bilangan dan barisan. Secebis kata Syed Qutb yang dipetik dari muqadimah ringkas surah Al-Qalam. Seolah masuk ke dalam terowong masa merentas zaman, kembali ke era Mekah yang gemerlap dengan warna dan sirna nubuwah untuk diteladani. Kisah hidup manusia-manusia berjiwa rabbani. Kisah tadhiyah yang penuh warna warni.

13 tahun pertama ditumpukan untuk membersih dan menggilap jiwa-jiwa kering yang tunduk menghamba diri kepada yang dinamakan Latta dan Uzza selaras dengan penurunan wahyu ilahi yang mengisi kebutuhan jiwa manusiawi ketika itu. Supaya bersih dari segala tabiat kuno nenek moyang yang jahil. Berkonsepkan tauhid, satu cara hidup yang bukan baru, juga telah digunapakai oleh manusia pertama Adam a.s, diperkenalkan ke seantero Mekah. Hasilnya lebih kurang 300 orang sahaja yang menerima dan menyahut seruan. Ini bukan kegagalan, ini penapisan. Pemilihan sulbah-sulbah yang sanggup ke hadapan tika Islam jadi taruhan.

Gerabak dipacu ke Madinah. Perlembagaan digubal, daulah terbina rentetan kesatuan dan kesepaduan jiwa-jiwa mukmin meneladani tanzim sosok terpuji, Rasulullah saw. Ummah makin meriah dengan gerombolan manusia-manusia seluruh pelosok menyahut seruan ilahi yang didatangkan bersama seorang manusia nubuwah. Ini kisah insan mulia, Muhammad saw berserta generasi ulung Al-Quran yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemimpin dan umat terdahulu baik terkemudian.

Lewat beberapa hari ini, aku duduk mengakui pembinaan jiwa dan aqal itu lebih sukar dari pembinaan bilangan dan barisan. Hendak melentur jiwa sendiri lagikan susah, inikan pula hendak menyantuni jiwa-jiwa lain. Juga semakin memahami bahawa pembinaan bilangan dan barisan itu bermula dari hati dan jiwa yang dibina dan dididik dengan sebaik-baik adunan dan ramuan seperti graduan-graduan yang dihasilkan oleh kuliah tarbiyah Rasulullah saw. Mereka seperti logam.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham [faquhu]” –Sahih Bukhari-

Dan aku.

Ingin jadi kuat dan kuat.

Supaya boleh memberi manfaat.


p/s.. sedang melalui tenggang terbaik fasa pembentukan diri. Maka hulurkan tangan, mari bergandingan.
[makin kagum dengan ketahanan dan kegigihan osmates dentist menjalani malam-malam exam dengan tidak berperasaan, didoakan urusan korang dipermudahkan..hemoih..]


pusat pemulihan akhlak..
irbid the hashemite kingdom, 1050pm..
Labels:
  1. al_leen

    Assalamualaikum..

    Hehe. Cuma mahu berkongsi sesuatu yg dapat time berbual-bual dgn syeikhah haritu.. Jeles, asyik orang tu je dpt bebrbual dgn syeikah.. hemoih, hemoih..

    Kat dalam hadeeth dlm post ni, Rasulullah sebut "maadin".. Logam.

    Dan dalam Al-Quran pulak, ada sebut "hadiid", iaitu Ferum.

    Kite tanye syeikhah, apa sebenrnya beza antara dua tu?

    Jawapan syeikhah rahimahullahi alaiha,

    1) "Maadin" adalah himpnan berbagai jenis logam, termasuklah, magnet, aluminium, ferum (hadiid) tu sendiri.

    2) Dalam hadeeth tu Rasulullah gne "maadin" nak tunjukkan bahawa,

    - manusia ni asalnya dijadikan dari tanah yg berbeza2 warna, jadi unsur yang kita ada mungkin berbeza antara satu sama lain, ade yg berkulit merah, sawo matang, kuning langsat, rambut putih dsbg.

    - "maadin" diekat sini jugak menunjukkan kelebihan yg dipunyai oleh manusia itu, dan sama seperti penciptaan kita, kelebihan kita pun berbeza-beza juga.. Sbb tu la mungkin kite ada sanguine, melancholic, phlegmatic n choleric.. bak kata pepatah "different folks, different strokes", "rambut sama hitam, hati lain-lain" hehe..


    Sekian sahaja melaporkan dari
    Pusat Pemulihan Akhlak.

    p.s : Doakan, kali pertama berkongsi sejarah nnt.

    p.s.s : Masih tak jelas lagi, adakah kite ini Aluminuim yg sesuai dibuat periuk nasi, atau kuprum untuk dipateri dlm cip elektronik, atau titanium utk rangka basikal.. Still tak jelas apakah kelebihan diri yg boleh dimanfaatkan.. Sila bantu.. hee..

  2. wslm wbt..

    aleen leen aileen..
    waa..penjelasan yg best..cume terpikit, cmne plak aleen bleh tetiba ty pasal maadin n hadiid kt sheikhah..pheww..

    pasal kelebihan diri, together we discover our own self coz u know urself better than me..

    p/s..best of luck for ur "history class" today..may Allah bless all of u.. we did ours yesterday and today its ur turn..hehe..

  3. al_leen

    Heee..

    Sebnarnye time tu rasa nak bermanja2 dengan syeikhah..

    Pastu sambil selak2 Quran.. Terbukak surah Al-Isra, "Qul kunu hadiida..", pastu teringat hadith "kelas Sirah" tu.. hehe.

    Betul2.. insyaAllah. Doakan ye.

    Hee.. Betul2, sama2 pun kene sampaikan, kalau tidak, basi la.. InsyaALLAH, saya akan cuba..!!!

  4. Salam, Cik Ayyash.

    Aku nak komen, tapi aku tatau nak komen ape huhu. (-_-!)

    Suke bahasa ko. Bunga2, dan berjaye buat aku kerut2 kening huhu. Teruskan, Cik Ayyash. Aku sokong dari kiri kanan depan belakang hoho lebih2 pulak.

    Good luck Management. :D

    ps : Cepat lah kawen. Aku lapar nasi minyak. (Haha tade kaitan dgn entri)

  5. wslm wbt rossa..

    ak hingat bahasa ak dh abes skema dh ni..haha

    -ALARMED!! WARNING-
    [perkataan pelik mengandungi 5 abjad k.a.w.e.n dijumpai]

    phewwwww..tak bleh bla la p/s ko..ak tade kene mengena langsung dgn sebarang isu kawen di irbid ni okeh..batuk2 sbb terkezut sgt dgn komen ko..hemoih2..

  6. Salam,
    'tangan dihulur gandingan disepadukan' ^__^

    Ukhuwwah yang padu itu bukan dinilai pd quantiti yg dikumpulkn tapi qualiti hati-hati yg benar ingin bersatu mengikat janji tuhan dan yakin pada kebangkitan islam.

    ^^,jom sama-sama tingkatkan ilmu di dada, bersihkan diri dan hati dari kekotoran dan nafsu serakah, dan belajar dan belajar...

    bagai gelombang terus menerjang...

  7. wslm wbt..

    nicely written teja..
    tq atas igtn dr teja..

  8. salam ayyash.

    "Pembinaan jiwa dan aqal adalah lebih sukar dari pembinaan bilangan dan barisan"

    ya! lagi2 untuk orang yang keras kepala dan banyak membaca entah dari banyak2 sumber.. [pembinaan aqal] jenuh nak kena tapis..haha..

    penulisan nti ni semakin mantap.. ni ruh si raheek makhtum la ni..

  9. salam ayyash..

    gambar kapal terbang kat tepi tu amek dr blog timon2 ye.. apekah signifikan nya? errrmm..

  10. wslm wbt ezzah..

    erk, keras kepala.. mtx maaf..
    aah kapal terbang tu amek dr blog timon.. tade pape kaitan pon..

  11. cik moon

    KNP X ON9 YM ????????