panji kebaikan

Monday, June 07, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Iqbal rahimahullah telah berkata,

“Bumi telah meningkatkan kekuatan gravitinya lalu,
Bulan pun beredar disekelilingnya tanpa henti”..

Lewat beberapa hari ini, Turki sekali lagi mengibarkan panji “wehdatul ummah”nya. Dulu pernah sekali ia berkibar dengan megahnya dibawah naungan sistem khilafah Turki Uthmaniyah, serata alam mencakupi setiap strata kehidupan memberikan sepenuh ketaatan kepada apa yang dikatakan khilafah ini. Pendek kata, Islam sebagai ketuanan alam. Bezanya kali ini, panji kesatuan yang dikibar Turki berputar kepada isu kemanusiaan Gaza, secara langsung menyatukan manusia berlainan agama dan bangsa didalam satu armada kemanusiaan. Ini satu permulaan yang baik untuk Turki, kerajaan “ex-khilafah” dan ummat Islam dimana secara tidak langsung kesyumulan Islam yang menyentuh segala aspek kehidupan, khususnya kemanusiaan terpamer.

Mona Fendi, sosok manusia yang sering menghantui zaman kanak-kanak era 90-an di Kepulauan Melayu dan Mao Zedong, sahabat baik Karl Marx dan Stalin di Tanah Besar China, keduanya pasti punya sifat kemanusiaan disebalik tiap keganasan yang dilakukan [cuma musykil, yahudi ada sifat kemanusiaan gak ke?]. Inikan pula masyarakat awam antarabangsa, pasti punya sifat kemanusiaannya. Mereka melihat panji kebaikan yang dikibarkan Turki sebagai satu opportuniti baik bagi membantu masyarakat Gaza yang dinafikan hak-hak manusiawinya. Kredit kepada masyarakat antarabangsa yang prihatin dan bertindak, sekaligus membuka mata ramai manusia untuk lebih menghayati apa yang dikatakan oleh Syed Qutb sebagai,

“Pada saat-saat kita hidup untuk diri sendiri, nampaklah kehidupan ini sempit dan pendek. Tetapi jika kita hidup untuk orang lain hidup ini akan lebih panjang dan bererti”

Mudah-mudahan panji kebaikan [baca:Islam] yang dikibarkan Turki ini dapat menjadi gravity yang menarik  manusia untuk berbondong-bondong kembali kepada fitrah asal usul mereka, Islam. Juga melahirkan manusia yang bersungguh-sungguh bekerja meletakkan Islam ditempat yang ia selayaknya berada. Melaungkan slogan “Islam sebagai deen” ke seluruh petala alam, melangkaui setiap sempadan politik, menyentuh hati, membuka mata dan telinga setiap manusia hatta di hutan Amazon sekali pun, untuk mentauhidkan Allah yang bersifat Ahad juga mengerakkan diri untuk menyahut risalah nubuwwah yang mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyah-jahiliyah kuno mahu pun moden.

Graviti itu sifatnya menarik, begitu juga Islam.

Graviti itu sifatnya menarik, begitu juga daie.

Gravity itu sifatnya menarik, begitu juga dakwah dan tarbiyah.

Ayuh jadi penarik!!


pasca bab 11:Panji Kebaikan, Al-Muntalaq..
pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom.. 12.24am..


Labels:
  1. al_leen creeps like a feline

    Assalamualaikum

    MasyaAllah, I love this..!! SubhanaAllah..


    p.s : Mintak izin bagi mak & ayah baca post yg ini boleh..? Hee..

    p.s.s :macam dah khatam Muntalaq je ni.. Mabruuuk alaiki..!! \(^__^)/ (hee.. icon favorite kak Ayyash)

  2. pasca Bab 11: muntalaq.

    hoho.. anologi bendera putih di lubang golf.

    Orang berhati manusia yang baik-baik ramai bersepah-sepah, tinggal menunggu seorang sahaja bangun utk mengibar bendera lantas melaung "mari.. mari bersatu di sini ya semua".

    tahniah kpd IHH a.k.a ee-ha-ha. satu panji kebaikan telah dikibarkan. menanti panji-panji lain turut dipacakkan.

    ayuh tingkatkan graviti!


    p/s: antara isu hot di wall fb ana ialah fb ayyash.. hoho... dimanakah janjimu?

  3. Wslm wbt..

    kpd aleen..
    aleen merayap macam kucing? erk..
    bg mak ayah baca? erk..
    dh khatam muntalaq? erk..

    kpd ezzah..
    analogi itu menarik.. analogi touch and grow, bile nk kuar entri izz?? bila? bila?
    ohh, buat2 lupe janji itu.. haha.. tak sampai seru lg.. tgk dr jaoh jek sambil mendoakn DnT makin subur dgn kehadiran izz.. boley?

  4. wehdatul ummah.

    Semoga penyatuan itu makin subur sbg perintis menarik manusia-manusia kepada fitrah.

    dan semoga penyatuan itu akan semakin berbunga di bumi Jordan ini.


    Kesatuan hati yg indah.*_*
    salam.

  5. Anonymous

    aku nak join jugak mengkomen, walau pun aku blur-blur siket nih lalala.

    best best.