rabithah

Monday, January 25, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Hujan masih menitis-nitis lagi diluar. Cuaca mendung hari ini. Hati tersentuh melihat status YM seorang sahabat. Dulu dia ada berkata, saat dia hendak mengepos entri berkenaan tadarruj diblog cucumbertimon yang dikongsinya dengan adiknya..

"Kalau Allah tak izinkan entri ni keluar, maknanya Aleen belom cukup bersedia atau masih belom mampu untuk mempraktikkan apa yang Aleen tulis", ini kata-katanya kepada saya.

Dalam hati, MasyaAllah tingginya pergantungan sahabat ini kepada Allah.

Semalam pula dia menangis. Menangis kerana merasakan tulisannya yang dipos ke YG mengundang sengketa. Walau hakikatnya, percaturannya ada benarnya. Pandangan manusia itu berbeza, maka pemahamannya juga berbeda. Maka Aleen, cari kekuatan anda dengan kata-kata yang pernah anda ucapkan tiap kali anda mengepos entries di blog timon itu..hihi..

Aleeeeennnnn! Jangan sedih-sedih lagi. Tengok dekat luar tingkap, tadi ada hujan ais batu.. hehe, InsyaAllah boleh turun salji ni. Aleen, jom aminkan doa dekat bawah ni..

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini..
telah berkumpul kerana mengasihiMu..
bertemu untuk mematuhi perintahMu..
bersatu memikul beban dakwahMu..

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu..
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya..
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya..

Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..
lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan..
dan keindahan tawakal kepadaMu..
hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu..

Jika Engkau mentaqdirkan mati..
maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu..
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

p/s..
1. Moga Aleen dan semua sahabat sentiasa gembira.. Live life to the fullest, love and radiate seperti kata the most popular malaysian student [bluwekkk], cik tqah dahalan kita..kuikui..
2. Kyu, siap sedia! Mungkin salji kita malam ni..phewww..
3. Selamat hari lahir kepada cik seezhasanah..didoakan hidup anda sentiasa dipenuhi dengan kebaikan dan ketenangan..aminn..

irbid the hashemite kingdom, 1229pm
Labels:
  1. Aleen

    Assalamualaikum..

    MasyaAllah, terharuuuuuuu sangaaaaat ni.. Sampai nangis lagi sekali, tapi bukan sebab sedih..

    YaAllah, betapa kau memberi aku nikmat yang sangat besar, ada kawan-kawan yg sanggup berbuat apa sahaja asalkan aku gembira..

    Alhamdulillah, Kau berkatilah mereka, berikan mereka syurga paling tinggi milikMU, kurniakan mereka pasangan yg soleh, anak-anak yang soleh dan solehah. Permudahkanlah jalan mereka semua menuju keredhaanMu. Jangan biarkan seorang pun dari mereka sedih di akhiraat nanti, temukan kami semua dalam keadaan saling bergembira memberi salam di syurgaMU.. Ameen ya Rabb.

    Jatuh berdebuk sekali kerana kasut sendiri yang licin dan jalan di tengah lopak air, pastu datang semua orang beri tangan untuk tolong angkat.. Alhamdulillah, tak tau nak cakap macam mana.. Allah sahajalah yang membalas kalian semua..

    Dari callnya, sms, email, ym, yahoogroups, status ym, lawak, komen cbox blog, e-card, sampailah ke entri khas blog, dan doa2 dalam diam.. yaAllah, lagi special dari besday haritu.. dari kakak2, adik2, siap ade yg hantar sms compound lagi.. yaAllah.. Terima kasih semua, kalau Aleen mati harini, insyaAllah mati dalam senyuman lebar.. Nikmatnya ukhuwwah Islam tu..

    Tak boleh dah nak tulis, perasaan yg tak dapat digambarkan.. Moga Allah tak tarik nikmat ini andai Aleen berlaku zalim lagi pada diri sendiri.. Ameen.

    Ambillah kami semua sebagai para syuhada'Mu yaAllah..Ameen.

    p.s : bercita-cita tak nak nangis harini sbb mata dah bengkak semalam, tapi nampak frost, nangis lagi. Pastu bace ladangakhirat n lain2, nangis lagi.. Hai, mmg "gembeng" (bahasa org jawa yg bermaksud kuat nangis) betul Aleen ni.. huhu..

    Kak Ayyash, Allah yujzikil khair..

    Kawan-kawan, Jazakumullahu khoiran.

    Aleen, g stadi GIT..!!!

  2. teardrop

    Buat Aleen& kwn2 sekalian:

    Mari jadikan hati seluas dunia..*hugs*

    Alkisahnya.. ada seorang guru yang terkenal bijaksana. Pada suatu pagi didatangi seorang pemuda dengan langkah lonalai dan rambut kusut masai..

    Pemuda tersebut sepertu dirundung masalah. Tanpa membuang masa, dia mengungkapkan keresahannya : impiannya gagal, karier, cinta dan hidupnya tak pernah berakhir bahagia.

    Sang guru mendengar dengan teliti dan saksama. Dia lalu mengambil segenggam garam dan meminta tetamunya itu untuk mengambil segelas air. Dia taburkan garam itu ke dalam gelas, lalu dikacau denga sudu.

    "Cuba minum ini, dan katakan bagaimana rasanya?" tanya guru tadi.

    "Masin dan pahit, pahit sekali," jawab pemuda itu lalu meludah ke tanah.


    Si guru hanya tersenyum. Dia lalu mengajak pemuda berjalan ke tepi telaga di hutan tempat kediamannya. Si guru lalu menaburkan segenggam garam ke dalam telaga. Dengan sebilah kayu, diaduknya air telaga, membuat gelombang dan riak kecil.

    Setelah air telaga tenang, ia pun berkata, "Cuba ambil air daripada telaga ini, dan katakan bagaimana rasanya,"


    "Segar," jawab pemuda tadi.

    "Apakah kamu masih merasa garam di dalam air tersebut?" tanya guru.


    "Tidak," jawab pemuda.


    Si guru menepuk-nepuk belakang anak muda tersebut lalu mengajaknya duduk bersimpuh di tepi telaga.

    "Anak muda, dengarlah! Pahitnya kehidupan seumpama segenggam garam. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang tetap akan sama. Tetapi kepahitan yang kita rasakan, sangat bergantung kepada wadah yang kita guna.

    Kepahitan itu selalu berasal daripada bagaimana cara kita meletakkan segalanya. Itu semua bergantung pada hati kita. Jadi saat kamu merasakan kepahitan atau kegagalan dalam hidup, ada satu hal yang boleh kamu lakukan.


    LAPANGKANLAH DADAMU UNTUK KAMU TERIMA SETIAP KEPAHITAN ITU. LUASKAN CARA PANDANG TERHADAP KEHIDUPAN.


    Kamu akan banyak belajar dari keluasan itu.

    HATIMU anakku, adalah wadah itu.


    BATINMU adalah tempat kamu menampung segalanya.


    Jadi jangan jadikan hatimuitu seperti gelas, buatlah hatimu seluas telaga yang mampu merendam setiap kepahitan….

    HATI YANG SELUAS DUNIA"
    -copyright not reserved: SOL.hehe -

    p/s:
    -ak mengaku emotionally suffered ats apa yg berlaku. tapi hikmah tuhan,siapa tahu kan?
    ak tetap sayang korg.

    -Aleen:..senyum ye Aleen.dgr ckp kak ayyash tau.jangan sedih2! ktorg sume ade la..nnt kt pg menjejak firaun sama2 keh.jom jadikan hati seluas dunia! luv you ;)

    -menanti salji yang tak turun..huhu

  3. wslm wbt..

    to aleen..
    yeay!!
    aleen gembira akhirnye..phewww..
    hatiku turut merasa gundahnye saat melihat status ym mu..sayang aleen..

    to teardrop..
    waaa..sgt memberi kesan kisah ini..hihi..
    "menjejak firaun"..err, takot ak mendgrnye..kuikui..sayang teardrop..

  4. Athirah Sanusi

    Salam Dr. Ayyash dan semua.

    Sunggu sweet entry ni. Terima kasih Dr Ayyash. Moga mendpat ganjaran Allah.

    Alhamdulillah aleen upin ipin dah kembali ceria mengupin-ipinkan sahabat2 semua. Hihi. You are one of a kind la. Seyes.

    Cerita kak tqah memang buat darah tersirat gak. Betul2. Broaden ur mind dlm mghadapi ketegangan gitu..aiseh.

    Banyak betul org quote Tqah Dahalan punye kata2. Bangga ahli2 rumah dia. Tahniah One.Haha. Anyway, kita perlu lahirkan lebih ramai famous malaysian students nih..

    All the best semua insyallah.

    ps: Patut ke aku memasang niat nak rebut title upin ipin dari aleen tahun depan? Ke kena cermin diri dulu? Asyik dpt title DNA yg complex je.. hihi

    ps: Sy mimpi hari Rabu ni salji.. hmm???

  5. wslm wbt to Dr Athirah yg budiman..

    huhu..honest from the deepest part of my heart, u r so special in the way u are, wpn anda dpt title DNA kompleks tu..DNA komplks anda itu menyebabkn org lain berfikir, lalu mengaktifkan neurons2 yg agak slow disebabkn sikap malas berfikir..hihi..

    yep, nanti trah dh buat blog, sy quote kata2 awk plak..

    trah, bittaufeq ye exam GIT..

  6. Akak ni tak tahu menahu sangat..cumanya bila tgk adik2..macam ada sesuatu yang berlaku..
    Moga adik2 diberikan kekuatan dan ketabahan..setiap dugaan itu ada hikmah yang terselindung..

    Bila kita cuba meneliti apa yang dikirimkan Allah pada kita, pandanglah dengan mata hati, kamu bakal tersenyum dengan kesabaran yang akan membuahkan kegembiraan dan ketenangan di hujung jalan..

    Kesabaran itu pahit, tapi manisnya akan dituai kemudian..banyakkan berdoa moga Allah memudahkan segalanya..Rabbana Yusahhil..

  7. waalaikumsalam wbt,

    mengaminkan doa rabithah ayyash dan doa sweet Aleen. Bila dah nama family, begitulah asam garamnya ^^,

    berfamily hingga ke syurga.. insyaAllah~

    btw,DNA complex nak rebut upin ipin? kuburkan impianmu :p haha.. ana rasa ada peluang ana nak rebut title mu athirah..kuikui.. ke ada pencalonan lain yg lebih sesuai? errmm..

  8. salam alaik..

    to k.farah..
    huhu, time kasih akk doakn ktrg..moga sume org lebih dewasa utk hadapi hari mendatang..aminn..

    to ezzah..
    tak bleh rebut title trah tu..tu mmg prominent kt dy sorg je..sbb melibatkn DNA kan..tp sgt special la title trah tu..kuikui..
    bkn cik ezzah dpt title kepimpinan mcm tun mahathir ke? hehe..

    to trah..
    baca blk semula bru faham..
    rabu salji? haha
    klu salji, tunda exam la jwbnnye..
    tanak tunda, nanti terseksa jiwa raga..

  9. salah fakta. sila ulangkaji. tun mahathir- Cik fathiyah KH kita ye. ana ni org2 suruhan belakang2 je. harap maklum.

  10. salam alaik..

    oo fathiyah eh anugerah tun mahathir? lupe..
    eleh izz, org blkg2 kunun..hahaha..
    ana nk kempen pencalonan izz utk anugerah the out of the box thinker..hehe..stat kempen awal setaon..huhu..

    okeh izz, bittaufeq..hari ni family umi smpi jrdn..yeay..pas exm, bleh la dtg umh ktrg melawat..