yang dinamakan budaya..

Tuesday, July 20, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Mata tak boleh lelap lagi. Riuh rendah keluarga dot.dot berpesta seolah dunia ni keluarga dot.dot punya. Heh. Bak kata Cik One, common-sense itu perlu ada dalam kehidupan bermasyarakat. Yep setuju sangat.

Baru tadi jugak, kami berlima pergi memenuhi jemputan walimah sahabat Arab Cik S. Pertama kali merasai ‘kemeriahan’ walimah Arab, tachycardia dibuatnya. Selepas maghrib, pergi menjemput cik I dirumahnya. 15 minit kemudian, kami sampai ke tempat dituju. Solah Baroda di syare3 Huwwara. Dari luar lampu gemerlapan, menambah kemeriahan walimah.

Dari luar dewan..

Cik M : Wow..

Cik S : Waa.. [mata blink-blink]

Cik U : Fuiyoo..

Cik I : hihi.. hihi..

Cik A : oiii.. pehal sengih-sengih nih?

[Huhu, tipu jek sume ekspresi nih.. saje exaggerate.. tapi serius, dewan tu memang cantik tapi mahal..]

Sampai dipintu lif, penjaga lif memberitahu kami supaya pergi ke tingkat 2. Dewan untuk tetamu perempuan dan tetamu lelaki diasingkan. Pastinya untuk mengelakkan sebarang percampuran antara ajnabi.

Sampai dipintu dewan, semua pandangan tertuju tepat ke tengah dewan. Pertama kali tengok pengantin lelaki dan perempuan menari. Huh, rasa cam terkejut.. tapi bila difikirkan balik, lawak pon ada. Dalam dewan yang dipenuhi perempuan tu, ada seorang je lelaki which is pengantin lelaki. Semua tetamu lelaki dan kaum keluarga lelaki berada ditingkat satu dewan. Lebih kurang setengah jam kemudian, baru ahli keluarga lelaki naik ke dewan perempuan untuk sesi bersalaman. See, lain masyarakat, lain budaya.

Tetamu yang datang dihidangkan dengan sepotong kek dan segelas air pepsi. Tengok!! Arab dengan pepsi memang macam isi dan kuku, tak boleh dipisahkan. Tiada acara makan-makan yang meriah macam kat Malaysia. Dari satu lagu ke satu lagu, tetamu dan pengantin terus menari. Kami berlima sekadar duduk, melihat dan makan kek. Ini baru namanya culture-shock.

Majlis diteruskan, pengantin lelaki menghadiahkan satu set barang kemas kepada pengantin perempuan disaksikan oleh seisi dewan. Mak aihh, 2 utas rantai, subang, gelang dan cincin. Pastinya, untuk melangsungkan satu walimah sahaja memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi bagi warga Arab. Agak-agaknya, mungkin ada lelaki Arab yang tidak mampu melangsungkan walimah disebabkan demand yang boleh dikira tinggi dari pihak perempuan. Kesannya, berlakulah sexual harassment dilorong-lorong terpencil even dikala matahari masih menyinari jagat raya.

Sesekali melihat budaya orang banyak mengajar kita mengenal dan menghargai diri dan masyarakat sendiri. Ada perkara yang boleh dijadikan teladan dan ada juga perkara yang boleh dijadikan sempadan. Di mana-mana sahaja, adat selalu diletakkan mengatasi batas syariat serta  kehendak diri selalunya mengatasi keperluan manusiawi. Satu titik mencetus fikir buat muhasabah kita hamba fakir.

Akhir kata, semoga pasangan berbahagia hingga ke syurga dan sentiasa dalam redha Allah Taala.

“Barakallahulakuma wa Baraka alaikuma wa jama3a bainakuma fi khair”


ps.. tidak dinyatakan nama sebenar keluarga dot.dot kerana dikhuatiri menyentuh sensitiviti kabilah masyarakat setempat.. haha, walaupon konfem arab tak baca blog nih..
pss.. walaupon 41 minit berlalu meninggalkan 19july, tetap ingin mengucapkan selamat hari lahir ke20 utk Kyu.. Kyu!! semoga sehat dan cemerlang dunia akhirat..


pusat pemulihan akhlaq..
irbid the hashemite kingdom, 1241am..
Labels:
  1. ok. semalam tido kat umah baru cik I, beliau sudah tunjukkan gambar2 kamu semua. ada unsur tak puas hati disitu.

    muslim kena ada alternatif tuk cabar pepsi ni... sapa nak amek tggungjawab fardu kifayah ni? volunteer2...

  2. aah eh, lupe nk ajak izz..
    serius mmg nak ajak ramai2, tp kelam kabut gak time tu..

    pepsi.. muslim.. arab.. mungkin KITA..

  3. cepatnye kluar report..=P

    weh,
    kok ye pun nk komen,
    delete la nikname tu..
    haa..kan dah kantoi!!
    A****...A****

  4. kalau bawak aku mesti aku dah menari same dah. haha.

    pepsi gantinye ugarit. pasaraya dot dot ade jual.

  5. umiefull
    haha..
    oii klu terbongkar segala konspirasi, ak tau dh nk cari sape..
    ak letak kura-kura dalam kole ko.. esok jgk ak gi beli kura-kura.. hahaha..

    one..
    kedai dot.dot mmg terbaik..