such a perfect order

Tuesday, February 16, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Jasadnya duduk membatu di kerusi yang telah ditetapkan oleh coordinator CNS, hati dan fikiran melayang entah ke mana. Bulan ini bulan Central Nervous System. Lampu kuning malap didalam mudarraj ulum thani, Science hall 2 sedikit sebanyak menambah kuasa kaca matanya. Sesal. Melihat manusia-manusia masuk ke dalam dewan gelap itu seperti melihat sekumpulan vampires berbondong-bondong melarikan diri daripada sinaran mentari. Manusia-manusia ini punya misi dan nawaitu berbeda. Ada ingin menjadi doctor kaya, ada ingin menjadi doctor yang berbakti pada jagat raya, ada juga sekadar melunaskan tanggungjawab pemegang biasiswa kerajaan Malaya.

Dia membelek-belek course schedule yang dibelikan sahabat baiknya. Tangan ligat menyelak helaian-helaian buku neuroanatomy sahabatnya tadi. Buku setebal lebih kurang 550 helai muka itu hanya membicarakan soal anatomi otak manusia. Pelik tapi hebat. Organ kecil yang terletak didalam tempurung kepala manusia ini punya peranan istimewa. Jasadinya yang terzahir adalah otak, tapi secara ruhinya ia adalah aqal yang menjadikan manusia itu ahsani taqwim sifatnya. Maka selayaknya kajian dan pengajian mengenainya sangat renyah dan rumit.

Sang ululalbab ada menaqalkan kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib yang mengatakan hati adalah buku tulis bagi mata. Setiap apa yang dilihat pasti membekas di hati samada ia bersifat positif mahu pun negative. Baginya, untuk sesuatu sampai ke hati, ia harus melalui proses penaakulan oleh aqal yang berjasadkan otak. Aqal memampukan sang manusia untuk berfikir dan hati menambah rencah rasa serta dzouq kepada produk fikir tadi. Aduh, ayat berbelit-belit apakah ini?

Antara point-point yang diutarakan oleh Al-Attas dalam bukunya Risalah untuk Kaum Muslimin ada menyebut sebab-sebab luaran masalah kegentingan umat mutakhir ini adalah disebabkan hilangnya maruah diri, kekurangan ilmu yang seteruskan mengakibatkan berkurangnya keimanan kepada Rabb pencipta. Apa yang ingin di’highlight’kannya disini adalah kurangnya ilmu pengetahuan dikalangan kaum muslimin. Mungkin disebabkan kurangnya penghayatan,pemerhatian serta penaakulan terhadap ‘ayat-ayat’ Allah yang berupa kehebatan ciptaanya serta dalil-dalil yang termaktub didalam Al-Quranul Karim menjadikan kemampuan otak manusia tidak dapat dimaksimumkan. Risau memikirkan keadaan pencapaian dirinya jika dibuat ujian IQ lantaran sedikitnya proses berfikir yang dilakukannya saban waktu.

3 hari kelas telah bermula, sesi ulangkajinya masih juga belum bermula. Tinggi benar thresholdnya kali ini. Lambat sekali spiritnya datang. Yang pasti, dia ingin mengkhatamkan buku Risalah Al-Attas, tertarik dengan tajuk-tajuk didalam buku yang dibeli oleh sahabatnya onebonez itu.Teringat kepada gambarajah penguasaan otak. Dia jadi pelik. penguasaan bidang sains tulen berupa subjek-subjek core sains seperti physic dan math menunjukkan lebihnya pengunaan otak kiri oleh pemiliknya manakala penguasaan bidang sains social berupa subjek seperti sejarah menunjukkan pemiliknya lebih menguasai otak kanan. Melihat kepada kecenderungan dirinya dewasa ini, dia jadi keliru. Dia hanya berotak kiri ketika berada didalam gua para vampires, selebihnya dia lebih suka kepada material otak kanan. Sejarah sangat menyeronokkan bagi dirinya dan ululalbab walaupun ia satu mimpi ngeri untuk kebanyakan sahabat-sahabatnya.


Irbid, the Hashemite Kingdom, 11.59pm
Labels:
  1. Salam.

    sangat suka gaya penulisan ini.
    setuju dengan akak.
    sejarah is my passion!