annular solar eclipse

Friday, January 15, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Cerita pagi

Tit-tit..Salam A1, jom g masjid.. Solat gerhana pukul 8..[mesej masuk jam 7.18am dari A2]

Cerita petang

Mata ralit menatap skrin laptop saat nota-nota menjerit minta dibaca. Dia lemas, inkuirinya kadangkala mengalahkan prioritinya. Dia harus tahu juga mengenai alam yang didiaminya ini. Alam yang menyaksikan saat dia dilahirkan, dibesarkan sehingga menjadi manusia sebegini rupa dan akan kembali semula ke dalam perut alam ini. Semua tercatit di Lauh Mahfuz, meski segala-galanya sudah sedia ada dalam pengetahuan Rabbnya.

Jumaat ini Jumaat yang baraqah. Solar eclipses for Beginners. Begitu tajuk halaman elektronik yang sedang ditatapnya. Fenomena annular solar eclipse yang baru sahaja berlaku pagi tadi memandu jemarinya menaip kata kunci solar eclipse. Lalu memaksa ruang sesawang memuntahkan segala ‘isi dan bendalir’ mengenai fenomena kusuf yang jarang-jarang sekali berlaku itu. Dia cuba memahamkan mindanya meski soal gerhana ini pernah dipelajarinya saat dia merangkak mengeja di sekolah kebangsaan kepulauan Melayu satu tika dahulu.

System pendidikan yang bermanhajkan exam-oriented dinegara pertiwinya sedikit sebanyak menjadikan dia pelajar yang beku pemikirannya. Segala-gala yang dipelajarinya 3-4 tahun lalu hampir dilupakannya. Jika mahu dibuat graf, dia pasti graf ilmunya hanya akan mencanak naik saat-saat dia hendak menghadapi peperiksaan. Salah dirinya sendiri juga, mungkin tidak bersungguh dalam menuntut ilmu. Idea Professor Syed Naquib Al-Attas yang dibacanya lewat asar tadi mengenai pendidikan sangat menarik minatnya. Kepalanya sedikit berat tatkala mindanya cuba menghadam dan memproses idea Al-Attas yang dibacanya dari excerpt The Concept of Education in Islam, kertas kerja Al-Attas mengenai pendidikan yang dibentangkannya dalam First World Conference on Muslim Education di Makkah Al-Mukarramah. Balik kepada cerita gerhana cincin matahari.

Annular eclipse of the sun will occur over central Africa, the Indian Ocean and east Asia on January 15. It will be the longest lasting solar eclipse since 1992. During annular eclipse, moon is further away from Earth than in total eclipse so outer edge of sun (annulus) is seen.
Begitu maklumat yang diterimanya. Gerhana matahari berlaku saat matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah yang sama. Lalu menyebabkan kawasan bumi yang berada setentang dengan kedudukan bulan dan matahari menjadi gelap. Saat itu cahaya matahari telah ditutupi oleh bulan. Kawasan bumi yang gelap itu dinamakan umbra, kawasan sekitar umbra dinamakan penumbra.

Seingat dia otaknya pernah memproses maklumat sebegini rupa satu ketika dahulu. Mungkin masa menyebabkan dia lupa. Dan jarinya harus berhenti menaip, sedar akan keadaan dan tanggungjawabnya. Dia harus belajar supaya dia jadi manusia yang tahu, tidak berotak beku, jauh sekali berhati batu.

p/s..
1.Exam berbaki 3 papers lagi. Doakan dia.
2.Tadi sahabat bercerita lagi mengenai Strawberry hemangioma yang dihidapi oleh adik sahabat, Nur Raihan. Moga-moga Raihan membesar dengan sihat, itu yang penting, kan sahabat?


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom,7.16pm
Labels:
  1. Aleen kakak Raihan

    Assalamualaikum..!!

    Hehe.. orang pertama lagi yg comment..

    Tula, study week ter"peruk" kat dalam bilik je, keluar pun utk makan, g tandas n discuss dgn nurul.. Mmg salah satu cara meng"slow"kan pemikiran otak walaupun tgh stadi..!! hehe..

    Best la ayat-ayat dalam post ni.. 5 star punye tu.. tahniah..!! keep it up kak ayyash.. =)

    yer, betul.. Yang penting Raihan jadi hamba, khalifah, anak dan adik yang solehah, that'll be more precious than the world. Ameen.

    btw, nak promote blog adik after kteorg kongsi bdua.. haha..

    www.cucumbertimon.blogspot.com

    Lagi 3 paper..!! Jiayou..!!

  2. hoho.. memg segar
    even saat kritikal begini.. haha.
    tak picisan dan memberi kesan..

    btw,thinks i'm in the same boat with you la.. prioriti letak mana2 je..

    oowhh.. Allah je boleh selamatkan hambanya ni..

    berjuang2!! final ni wei.. final!

  3. wslm wbt..

    to aleen kakak an..
    i call my 2nd sister k.an..
    juz wanna mention word "an"..hehe..
    im humbly asking Allah to grant An patience as she'll growing up to face dis world..Allah always knows..

    to ezzah al-Islam..
    ya finally the final comes..haha..Alhamdulillah to have u friend..keep reminding the sub-consious-mind of me [latih tubi baiki english, abaikn grammatical error ok]..haha..ada hati lg buat karangan tempek dlm blog..hehe..

  4. nmpk ke sbnanye gerhana tuh kat joden?huhu

  5. salam k.yellowrose..

    x nmpk sebab kite dlm kawasan penumbra..huu..