in touch with tomorrow

Friday, January 29, 2010 Posted by ayyash 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Sahabat saya ada berkata,

“Hidup ni macam naik kereta api. Dalam masa yang sama, diatas landasan yang sama, ada sebuah lagi kereta api sedang menuju ke arah kereta api yang sedang kita naiki. Dua buah kereta api, diatas landasan yang sama, saling menuju antara satu sama lain. Saat itu kita mesti panic dan fikir,

“Alamak, macam mane ni? Sape yang salah landasan ni? Kereta api aku atau kereta api kat depan ni?”, kata sahabat saya itu.

Kereta api dan hidup kita, kedua-duanya memerlukan landasan untuk bergerak. Tapi, kadang-kala, kita tersilap percaturan. Langkah kita tersasar. Landasan yang sedang kita lalui salah. Makanya tindakan yang kita buat juga salah.

Sahabat saya berkata lagi, untuk tahu samada landasan yang kita sedang lalui betul atau salah, kita tengok pokok-pokok yang ada diluar tingkap kereta api kita. Pokok-pokok itu tidak bergerak. Dan pokok-pokok itu adalah Al-Quran. Al-Quran sebagai kayu ukur terbaik samada kita sedang melalui landasan yang betul atau salah. Kalau dalam hidup ni, semakin jauh kita meninggalkan pokok-pokok itu, makin jauh jugalah kita melalui landasan yang salah, dan makin dekatlah jadinya kita dengan kereta api lagi satu. Kalau bertembung, apa jadi ye?

Macam mana pula kalau kita hentikan sahaja kereta api kita?

Apa jadi jugak kalau kita bunyikan hon kereta api kita?

Erm, satu muhasabah terbaik darimu sahabat. Dan saya semakin menyayangi dan menghargai persahabatan kita sifu M. Jazakillah khair jaza’ kerana mengingatkan saya, mungkin saya sedang melalui landasan yang salah, maka percaturan saya dalam hidup ini silap.

Aku

Gembira dan sedih. Gembira kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sangat baik. Sedih kerana saya menjadi sahabat yang teruk. Untuk setiap kesalahan, kesilapan dan compang-camping diri saya dimata kalian, saya dengan rendah hatinya memohon maaf, seinfiniti kemaafan dari kalian. Untuk setiap percaturan saya yang silap dalam hidup ini, saya sandarkan ia sepenuhnya ke atas kelemahan diri saya. Saya sama sekali tidak merasakan diri saya terbaik, sangat baik dan sempurna berbanding kalian. Saya tidak minta kalian menerima dan memahami saya, tetapi saya meminta kalian jangan menghakimi peribadi diri saya, lebih-lebih lagi sekiranya ia datang dari seorang outsider. Sebaiknya, hakimi tindakan saya sekiranya ternyata ia salah.

Kawan-kawan, selamat bercuti. Semoga redha Allah sentiasa mengiringi hidup kalian. Jumpa lagi semester depan, insyaAllah.


p/s..
1. saya ada terlalu ramai sahabat yang suka berfikir..salah seorang daripada mereka ada berkata.."aku benci tengok bangsa melayu yang hidup dengan provokasi..bergerak dan berfikir bila ada provokasi"..erm, menarikkan apa yang dia fikir..
2. saya menipu sekiranya saya tidak takut hendak berhadapan dengan orang yang menilai seperti anda, "seorang kawan"..

irbid the hashemite kingdom, 1019am
Labels:

rabithah

Monday, January 25, 2010 Posted by ayyash 10 comments
Assalamualaikum wbt..

Hujan masih menitis-nitis lagi diluar. Cuaca mendung hari ini. Hati tersentuh melihat status YM seorang sahabat. Dulu dia ada berkata, saat dia hendak mengepos entri berkenaan tadarruj diblog cucumbertimon yang dikongsinya dengan adiknya..

"Kalau Allah tak izinkan entri ni keluar, maknanya Aleen belom cukup bersedia atau masih belom mampu untuk mempraktikkan apa yang Aleen tulis", ini kata-katanya kepada saya.

Dalam hati, MasyaAllah tingginya pergantungan sahabat ini kepada Allah.

Semalam pula dia menangis. Menangis kerana merasakan tulisannya yang dipos ke YG mengundang sengketa. Walau hakikatnya, percaturannya ada benarnya. Pandangan manusia itu berbeza, maka pemahamannya juga berbeda. Maka Aleen, cari kekuatan anda dengan kata-kata yang pernah anda ucapkan tiap kali anda mengepos entries di blog timon itu..hihi..

Aleeeeennnnn! Jangan sedih-sedih lagi. Tengok dekat luar tingkap, tadi ada hujan ais batu.. hehe, InsyaAllah boleh turun salji ni. Aleen, jom aminkan doa dekat bawah ni..

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini..
telah berkumpul kerana mengasihiMu..
bertemu untuk mematuhi perintahMu..
bersatu memikul beban dakwahMu..

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu..
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya..
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya..

Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..
lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan..
dan keindahan tawakal kepadaMu..
hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu..

Jika Engkau mentaqdirkan mati..
maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu..
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

p/s..
1. Moga Aleen dan semua sahabat sentiasa gembira.. Live life to the fullest, love and radiate seperti kata the most popular malaysian student [bluwekkk], cik tqah dahalan kita..kuikui..
2. Kyu, siap sedia! Mungkin salji kita malam ni..phewww..
3. Selamat hari lahir kepada cik seezhasanah..didoakan hidup anda sentiasa dipenuhi dengan kebaikan dan ketenangan..aminn..

irbid the hashemite kingdom, 1229pm
Labels:

hujan itu rahmat

Monday, January 18, 2010 Posted by ayyash 17 comments
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, antara perancangan paling cantik yang Allah tentukan untuk hidupnya adalah dengan mencampakkannya ke bumi Sham ini. Bumi dimana dia betul-betul mengenal Islam dalam konteks kefahaman dan pengaplikasian konsep syahadah yang ditajdidkannya 5 kali sehari semalam dalam sujud kepada Ilahnya. Bumi yang menemukannya dengan teman-teman yang hebat. Bumi yang membawanya menyoroti kemelaratan dan kebejatan masyarakat Islam yang satu ketika dahulu melahirkan Anbiya’, ulama juga para mujaddid ummah. Serta bumi yang menumbuhkan bibit dan semangat kepemudaan yang seharusnya ada dalam diri seorang pemuda Islam. Segala-galanya membawa ibrah yang cantik bagi akal yang berfikir. Selayaknya syukur itu untuk Rabbnya.

Tertarik dengan entri sahabatnya, soal lagu yang kita dengari juga merupakan satu tarbiyah kepada hati dan fisiologi badan pemuda muslim. Betapa persekitaran juga mempengaruhi proses pembentukan diri dan minda. Seingat dia, proses pembentukan diri dan fikrah Imam Banna yang membawa kepada tertubuhnya gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 1929 juga datangnya dari persekitaran Mesir yang dijajah oleh British. Pembentukan fikrah yang menjurus kepada tertubuhnya gerakan kebangkitan ini bermula sekitar usia Al-Banna menjejak angka 20-an selain daripada tarbiyah langsung mujaddid ini yang diperolehnya sedari kecil. Satu waktu usia yang hijau dan segar, proaktif juga produktif dalam rangka idea dan gerak kerja memperbaiki maslahat ummah.

Begitu juga dia, pertengahan tahun ini usianya akan menginjak angka 21 tahun sekira diizinkanNya, turut merasakan tenggang waktu yang ada sebagai satu peluang keemasan untuk membentuk pemikiran [baca:fikrah] yang bebas dari sebarang bentuk penjajahan rentetan kesan pasca-kolonialisasi watannya satu ketika dahulu. Dan proses pembentukan itu memerlukan kepada satu system tarbiyah yang tersusun, supaya dapat melahirkan sosok-sosok penggerak seperti anak-anak didik insan agung, Nabi Muhammad saw.

What is education?

Education is a process of instilling something into human being. Tanpa menjelaskan maksud mendalam word-by-word education, itu takrif pendidikan [baca:tarbiyah] secara literalnya dari Al-Attas

In this answer ‘a process of instilling’ refers to the method and the system by which what is called ‘education’ is gradually imparted; ‘something’ refers to the content of what is instilled; and ‘human beings’ refers to the recipient of both the process and the content.
Dalam satu ekosistem kehidupan, “something” boleh juga diibaratkan seperti persekitaran, dimana persekitaran itu sendiri mengandungi banyak elemen sama ada bersifat baik atau buruk. Dan “human beings” pula adalah manusia-manusia yang berada didalam persekitaran tersebut. Jadi, persekitaran adalah satu elemen muhim yakni penting untuk membentuk pemikiran dan peribadi yang syumul bertunjangkan Islam, Iman dan Ihsan. Dan untuk kesekian kalinya, dia bersyukur kerana persekitaran yang ada mampu menggerakkan akal warasnya untuk menilai serta menjustifikasi apa itu haq dan batil mengikut neraca iman. Walau seringkali dia jatuh dan bangun seiring dengan yazid-wa-yanqus iman yang ada dalam dirinya.

Kepada Allah Tuhan pencipta, petunjuk dipinta.


p/s..
1. Exam berbaki 2 papers, tolong doakan dia dan sahabat-sahabatnya!
2. Hari ni hujan sepanjang hari, mengingatkannya akan katak dan kodok dikampung halamannya. Dia memang anak kampung.
3. Mabruk alaiki untuk sahabat yang baru bergelar makcik. Namakan saja Ayyash. Moga-moga kelak dia jadi sehebat Yahya Ayyash..hehe..
4. Entri ini hanyalah hasil dari pembacaannya yang sedikit dan hasil pemikirannya yang dangkal.


irbid the hashemite kingdom, 5.40pm
Labels:

annular solar eclipse

Friday, January 15, 2010 Posted by ayyash 5 comments
Assalamualaikum wbt..

Cerita pagi

Tit-tit..Salam A1, jom g masjid.. Solat gerhana pukul 8..[mesej masuk jam 7.18am dari A2]

Cerita petang

Mata ralit menatap skrin laptop saat nota-nota menjerit minta dibaca. Dia lemas, inkuirinya kadangkala mengalahkan prioritinya. Dia harus tahu juga mengenai alam yang didiaminya ini. Alam yang menyaksikan saat dia dilahirkan, dibesarkan sehingga menjadi manusia sebegini rupa dan akan kembali semula ke dalam perut alam ini. Semua tercatit di Lauh Mahfuz, meski segala-galanya sudah sedia ada dalam pengetahuan Rabbnya.

Jumaat ini Jumaat yang baraqah. Solar eclipses for Beginners. Begitu tajuk halaman elektronik yang sedang ditatapnya. Fenomena annular solar eclipse yang baru sahaja berlaku pagi tadi memandu jemarinya menaip kata kunci solar eclipse. Lalu memaksa ruang sesawang memuntahkan segala ‘isi dan bendalir’ mengenai fenomena kusuf yang jarang-jarang sekali berlaku itu. Dia cuba memahamkan mindanya meski soal gerhana ini pernah dipelajarinya saat dia merangkak mengeja di sekolah kebangsaan kepulauan Melayu satu tika dahulu.

System pendidikan yang bermanhajkan exam-oriented dinegara pertiwinya sedikit sebanyak menjadikan dia pelajar yang beku pemikirannya. Segala-gala yang dipelajarinya 3-4 tahun lalu hampir dilupakannya. Jika mahu dibuat graf, dia pasti graf ilmunya hanya akan mencanak naik saat-saat dia hendak menghadapi peperiksaan. Salah dirinya sendiri juga, mungkin tidak bersungguh dalam menuntut ilmu. Idea Professor Syed Naquib Al-Attas yang dibacanya lewat asar tadi mengenai pendidikan sangat menarik minatnya. Kepalanya sedikit berat tatkala mindanya cuba menghadam dan memproses idea Al-Attas yang dibacanya dari excerpt The Concept of Education in Islam, kertas kerja Al-Attas mengenai pendidikan yang dibentangkannya dalam First World Conference on Muslim Education di Makkah Al-Mukarramah. Balik kepada cerita gerhana cincin matahari.

Annular eclipse of the sun will occur over central Africa, the Indian Ocean and east Asia on January 15. It will be the longest lasting solar eclipse since 1992. During annular eclipse, moon is further away from Earth than in total eclipse so outer edge of sun (annulus) is seen.
Begitu maklumat yang diterimanya. Gerhana matahari berlaku saat matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah yang sama. Lalu menyebabkan kawasan bumi yang berada setentang dengan kedudukan bulan dan matahari menjadi gelap. Saat itu cahaya matahari telah ditutupi oleh bulan. Kawasan bumi yang gelap itu dinamakan umbra, kawasan sekitar umbra dinamakan penumbra.

Seingat dia otaknya pernah memproses maklumat sebegini rupa satu ketika dahulu. Mungkin masa menyebabkan dia lupa. Dan jarinya harus berhenti menaip, sedar akan keadaan dan tanggungjawabnya. Dia harus belajar supaya dia jadi manusia yang tahu, tidak berotak beku, jauh sekali berhati batu.

p/s..
1.Exam berbaki 3 papers lagi. Doakan dia.
2.Tadi sahabat bercerita lagi mengenai Strawberry hemangioma yang dihidapi oleh adik sahabat, Nur Raihan. Moga-moga Raihan membesar dengan sihat, itu yang penting, kan sahabat?


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom,7.16pm
Labels:

the struggle's just too much

Tuesday, January 12, 2010 Posted by ayyash 6 comments
Assalamualaikum wbt..

Jalan-jalan di rausyanfikir.com dan jumpa quote 2 orang cendekiawan Islam yang hebat ni,

Kata Imam Ghazali,

“Akal itu umpama penglihatan yang selamat dari cacat cela, dan al-Qur’an itu umpama matahari yang menyinari jagat raya, dengan keduanya seseorang dapat memperolehi hidayah. Seorang yang mengambil salah satunya tergolong dalam orang-orang yang bodoh, orang yang menolak akal hanya cukup dengan cahaya al-Qur’an sama kedudukannya dengan orang yang mendapatkan cahaya matahari tetapi menutup hati, maka tidaklah berbeza dia dengan orang yang buta. Maka akal dengan Shara’ adalah cahaya di atas cahaya”.

Kata Sheikhul Islam Ibn Taimiyah pula,

“Akal itu syarat dalam mencapai ilmu pengetahuan dan kesempurnaan amal soleh, dengannya akan sempurna ilmu dan amal. Ia seperti kuatnya penglihatan bagi mata maka ketika bertemu dengan cahaya iman dan al-Qur’an maka umpama bertemunya cahaya mata dengan cahaya matahari dan api dan jika mencukupi dengan salah satunya tidak akan dapat seseorang itu memahami segala sesuatu”.

The life that gives us hopes,
But..the struggle's just too much..
Arghh, fatrah exam yang membantutkan. Doakan ye!

14th January - Endocrine Sytem MidTerm
17th January - Endocrine Sytem Final
21st January - Musculoskeletal System Final
27th January - Gastrointestinal System Final


p/s..
1.Teruja dengan aliran pemikiran professor Syed Naquib Al-Attas..membaca memang kunci ilmu..
2.Andalus, semangat Tareq bin Ziyad, silalah meresap ke dalam diri..pheww, exam dulu ye..
3.Jatuh cinta dengan Dr.Hakam Hadidi, beliau sangat baik..wuhuhu..


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 8.42am
Labels:

kanvas hidup kita

Friday, January 08, 2010 Posted by ayyash 13 comments
Assalamualaikum wbt.

Saya baru selesai membaca tulisan 2 orang manusia sulbah dimana saya yakin mereka telah menjadikan kehidupan ini sebagai satu pelaburan terbaik untuk dibawa menemui ‘pelabur’ mereka kelak. Impuls dan neuron seakan-akan ikut sama ter’excite’ pabila membaca karya hidup mereka. Membenihkan kefahaman dalam jiwa, juga melembutkan hati yang seakan keras lantaran buta dan tulinya mata telinga hidup dibawah system kuffar hari ini. Seakan juga memberitahu saya bahawa cinta dan rindu kepadaNya hanya akan hadir apabila hidup ini berpaksikan aqidah dan dalam kerangka melaksanakan syahadah tanda ubudiah kepada Ilah yang satu itu. Dan saya, semakin kagum dengan jalan yang mereka pilih, ingin turut serta dalam gerabak mereka, meski saya hanya seperti sebutir debu dalam lautan pasir.

Untuk kau sahabat!

Semalam, sahabat itu menangis lagi. Untuk yang ke berapa kali, saya juga tidak pasti. Perit barangkali, ditinggalkan tatkala hati berkobar-kobar ingin memberi. Saya yang kehilangan kata, duduk membatu ditepi. Langsung tidak memberi solusi. Sekadar memahami didalam hati. Jalan ini jalan penuh duri. Sabar dan ikhlas buat memujuk hati. Mudah-mudahan kelak usahamu diganjari ilahi.

“Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia [Allah] telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan begitu pula dalam [Al-Quran] ini, agar Rasul [Muhammad] itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." [Al-Hajj:78]

Ya, hanya Dia sebaik-baik penolong.

Kahfi dipagi Jumaat
Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 9.23am
Labels:

dear comrade

Monday, January 04, 2010 Posted by ayyash 23 comments
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, selesai membaca review seorang sahabat mengenai Medic Gathering batch kami semalam. Hampir menyentuh semua aspek yang kami bincangkan untuk mengemudi bahtera batch ke satu tahap yang lebih baik. Dalam banyak-banyak idea dan buah fikir yang dilontarkan, saya sangat tertarik dengan teguran seorang super senior dalam batch kami mengenai kelebihan batch kami yang rata-ratanya memang sudah sedia maklum, batch paling ramai.

“Sepatutnya bila kita jadi batch paling ramai dan besar, lebih banyak idea dan sumbangan yang boleh diberikan kepada komuniti kita”, ini ayat yang saya olah dari kata-kata senior tersebut.

"Sungguh Allah telah menolong kamu [mukminin] di banyak medan perang, dan ingatlah perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membangakan kamu, tetapi jumlah yang banyak itu sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang. [At-Taubah:25]

Bilangan yang ramai bukan untuk dimegahi dan dibanggai andai hidup bukan untuk memberi [macam ayat saifulislam plak, haha]. Tidak perlu sekadar menambah bilangan buih-buih dilautan. Keberadaan kita disini untuk meramai dan menguatkan saf-saf seperti teguhnya sulbah-sulbah Ansar dan Muhajirin dalam perang Hunain tatkala bilangan yang ramai itu menjadi sedikit dek ramainya bilangan yang cintakan dunia.

Dulu, desas-desus mengatakan bilangan yang ramai merupakan satu kekurangan, mengurangkan kualiti dan sensitiviti siswa-siswi, banyak ragam, banyak idea, pendek kata banyak mehnah dan tribulasinya pabila berada dalam sebuah batch yang besar. Dan tempoh 2 tahun setengah ini, sedikit sebanyak membuktikan kebenaran dan kepincangan khabar angin yang dijaja si tukang karut. Ditambah lagi dengan genetic trait bangsa Melayu yang rata-ratanya bersifat judgemental ini menambahburukkan lagi keadaan. Segala-galanya mahu dihakimi dan diadili mengikut neraca timbang emosi.

Ye, disini, kepercayaaan menjadi taruhannya. Keikhlasan dan sikap saling hormat-menghormati menjadi gadaiannya pabila kita berpaksikan sikap judgemental dalam berhubungan. Hari ini bermulanya segala usaha untuk membuktikan kata-kata semalam. Moga impian dan angan-angan semalam menjadi kenyataan dan realiti hari ini untuk kita sama-sama mengecap manis dan wanginya hari esok.

Sahabat, salam persaudaraan!

Saya yang masih saya

Semalam juga saya gagal lagi. Gagal memecahkan bongkah-bongkah iceberg yang mengurung saya dalam dunia bisu yang saya cipta sendiri. Dunia tanpa kata-kata. Dunia yang menyebabkan diri saya berada ditakuk yang sama. Tidak punya keberanian untuk meluahkan pendapat dan buah fikir saya sendiri. Ini bukan soal malu atau tidak, ini soal keyakinan diri.

Lack of confidence. Itu masalah saya. Huh, pelik dengan diri sendiri, apalah yang susahnya untuk berkata-kata.

I just wanna clarify these, to make things clear..

Diamnya saya tidak bermaksud saya tidak peduli!

Diamnya saya tidak bermaksud saya seorang egois!

Diamnya saya juga tidak bermaksud saya membenci!

Harap tidak disalaherti kelemahan diri. Masih melalui proses memperbaiki diri.


soksek-soksek..perjumpaan semalam sgt cool! jazakumullah khair jaza' kpd sume kawan-kawan..

Ardh Ar-Ribath, the Hashemite Kingdom, 11.16am
Labels:

hatta yughaiyiruu ma bi anfusihim

Friday, January 01, 2010 Posted by ayyash 11 comments
Assalamualaikum wbt..

Petang khamis semalam, saya bersama seorang sahabat telah menghadiri satu talk berkenaan American Medical Clinicals [AMC] di Red Hall, KAUH, merupakan satu badan yang menyediakan peluang kepada International Medical Students dan International Medical Graduates untuk membuat elective dan residency di negara Statue of Liberty itu. Mendengar taklimat ringkas dari doktor kelahiran Beirut, Lebanon yang saya lupa namanya itu, sedikit sebanyak memberi gambaran ringkas tentang peluang dan syarat untuk diterima ke program AMC ini.

Rata-rata doktor dan bakal doktor arab yang hadir ternyata kelihatan sangat berminat untuk menempatkan diri mereka di negara "polis dunia" itu, mungkin ingin meneguk lautan mutiara dan pengalaman buat dicurahkan kepada anak bangsa kelak,atau mugkin juga ingin keluar dari dunia dalam kotak masyarakat sendiri. Satu pemandangan yang menyedihkan tatkala masyarakat awam masih lagi tenggelam timbul mengikut arus suram dan kelam negara membangun.

"We are smarter than them, but we didnt read, we are not systematic..... bla..bla..bla.."

Kelemahan dan sikap negatif yang disedari sendiri oleh golongan intelektual ini, tapi agak susah untuk diubah lantaran sudah terlalu sebati dalam pemikiran dan fisiologi badan masyarakat. Alangkah baiknya jika sikap rajin membaca, pembersih dan segala sifat terpuji itu dipraktikkan oleh setiap individu, lalu melahirkan masyarakat yang bersistematik. Benarlah kata Amr Khaled, hatta yughaiyiruu ma bi anfusihim.

Malam itu pula, saya menggantikan naqibah MEKAP saya ke perjumpaan nuqaba’ PERMAI, menaiki teksi dari Bawabeh Syimaliyah ke Subermarket Simsimah, melihat ragam dan gaya Arab menghadapi tahun baru. Kebanjiran pemuda-pemuda disepanjang Syare3 Jamiah, ternyata tidak jauh bezanya dengan sambutan tahun baru di Malaysia. Pemuda-pemuda kota irbid ini juga rupa-rupanya laparkan hiburan, sama seperti hari-hari biasa.

Membaca laporan sekitar sambutan tahun baru ternyata menghampakan. Konsert Ambang Merdeka 2010, persembahan tarian 1Malaysia daripada kumpulan Permata Negara, persembahan bunga api dan seribu satu macam lagi cara sambutan. Belum lagi melihat kepada video-video sambutan ambang merdeka yang diupload di youtube. Pasti mengecewakan.

Perubahan

“Sungguhpun begitu, matlamat jangka panjang kita bukan semata-mata untuk pulih daripada krisis, tetapi yang lebih penting ialah mengambil peluang ini untuk meletakkan asas-asas kukuh bagi kemakmuran dan masa depan negara dengan pembaharuan berterusan,” [PM Najib]

“Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.” [DS Anwar Ibrahim]

Tanya pula kepada pimpinan-pimpinan gerakan dan persatuan, kawan mahupun lawan dan kepada sesiapa sahaja. Pasti perkataan perubahan juga yang akan keluar. Tahun baru semestinya datang dengan azam, resolusi dan juga perubahan. Saya bersetuju dengan perubahan yang dimaksudkan oleh DSAI, iaitu perubahan yang memerlukan satu tindakan jitu berasaskan kefahaman terhadap perubahan yang ingin dilaksanakan. Perubahan yang menghasilkan tindakan, bersifat praktikal dan mampu dilakukan biarpun perubahan yang ingin dilakukan kelihatan agak remeh dan kecil. Contoh terdekat, kehidupan siswa-siswi seharian, dari sikap suka ponteng kuliah kepada ingin sentiasa hadir ke kuliah. Impaknya, saya pasti besar. Mencerminkan sikap tanggungjawab, menunaikan amanah, mendapat kepercayaan doctor dan pensyarah, menambah ilmu, juga beroleh keberkatan majlis ilmu.

Medic Gathering MEP7, majlis muhasabah batch saya yang akan diadakan pada hari Ahad, 3 Januari ini juga pasti mengharapkan perubahan kepada batch secara amnya, antara objektif pihak penganjur ialah kehadiran atas rasa tanggungjawab untuk memperbaiki bahtera batch ke satu tahap yang lebih baik, agak sukar untuk dicapai pabila rasa kebersamaan masih belum menjadi darah daging atau fisiologi dalam hubungan kami, adik-beradik MEP7 ini. Ego barangkali. Kasihan melihat sang sahabat, buntu mencari titik persefahaman dalam komuniti kecil kami ini. Satu cabaran juga kepada semua untuk mengharmonikan masam, masin, dan manis dalam berhubungan, meraikan semua pandangan dari pelbagai sudut baik yang bersifat skeptik, sinis mahu pun sekadar menjadi pak turut, juga mengambil seribu satu maanfaat dari segala perbezaan dan persamaan yang ada.

Moga Allah menghadirkan rasa ikhlas ke dalam hati saya dan hati sahabat-sahabat untuk saling menguat dan mengukuhkan binaan ukhwah antara kami. Tempoh 6 tahun yang agak lama untuk menghadapi hubungan yang beku pastinya menyakitkan ramai pihak. Suka untuk mengambil kata-kata Dato Seri Anwar Ibrahim didalam perutusan tahun barunya,

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah!

psst..1 Jan yang jatuh pada hari jumaat, moga lebih berkat hendaknya!!
huu..sedih di pagi jumaat, perbezaan yang harus dirai..


Ardh Ar-Ribath, the Hashemite Kingdom, 10.33am.
Labels: