amplifier

Sunday, April 04, 2010 Posted by ayyash
“Hanya hati-hati yang hidup mampu menghidupkan hati-hati yang mati”, kata sang sahabat yang terzahir melalui penulisannya lewat beberapa hari lalu.

Juga menggerakkan jasad yang kaku menghadapi taufan dan tsunami dunia yang dihuni manusia berhati Adolf Hitler juga Pol Pot. Meletakkan kemanusiaan sebagai taruhannya. Berperanan seperti sang pemangsa dalam ekosistem alam. Adolf pejuang sosialis Jerman ini sinonim dengan kisah holocaust bangsa yahudi. Pol Pot pemimpin komunis pada zaman Khmer Rouge ini juga tidak dapat lari dari sejarah kemanusiaan dunia, membunuh berjuta manusia Kemboja yang didapati menentangnya. Ini kisah ‘human genocide’ yang dilakukan oleh tangan manusia yang tidak percaya adanya Tuhan.

Menyorot sejarah masa hadapan yang sedang ditempa anak watan pula berputar disekeliling tempat pembuangan sampah majlis perbandaran, lorong-lorong gelap juga ditepian tangga masjid. Akhbar ralit memaparkan cerita rakyat jelata yang sudah lupa Tuhan, membuang anak seperti membuang anak patung Barbie. Anak yang dikandung siang dan malam selama 9 purnama itu menjadi santapan anjing-anjing jalanan yang kelaparan. Selayaknya tindakan manusia-manusia yang mengaku adanya Tuhan ini dikeji.

Disatu sudut yang lain pula, aku berkeyakinan kefahaman Islam yang sebenar-benar faham sehingga merasakan diri sentiasa dalam pengawasan dan pemerhatian Tuhan Pencipta tidak memungkinkan manusia berkelakuan seperti itu. Kefahaman Islam yang benar-benar faham itu menjadikan manusia bergerak dari kegelapan mencari cahaya buat penunjuk jalan. Konklusinya, wajarkah manusia-manusia ini dikategorikan dalam kumpulan manusia yang tidak faham peranan mereka diciptakan sehingga menjadikan mereka hanyut dalam keseronokan dunia separa sedar mereka?

Solusi?

Ada dalam diri aku dan kamu.

Manusia-manusia faquhu..

Jangan kaku dan beku..

Sudah tiba waktu.. gerakkan jasadmu!



p/s..Kalian macam amplifier, yang menambah terang mentol malap dalam diri aku..


irbid the hashemite kingdom, 5.35pm
pusat pemulihan akhlak
Labels:
  1. Aleen, al_leen =)

    Assalamualaikum..

    Kak Ayyash..

    Haila, jasadku ini dah lama beku, keras, kaku, seperti daging cincang frozen.

    Terima kasih atas desakan "Gerakkan Jasadmu..!!" itu.

    Terasa ada tangan yang menyayangi menarik diri ini untuk sama2 berlari ke arah Syurga abadi.

    Doakan daku..

    p.s: Benar-benar terasa kesusahan itu dan kelemahan diri. Sila bantu adikmu ini.



    Kawan katil bawah,
    Dorm Tapisan QS,
    Pusat Pemulihan Akhlak,
    Irbid, Jordan, Dunia.

  2. Adolf Hitler, Pol Pot, faquhu mereka, membentuk kejayaan jahiliah mereka.

    kita?

  3. salam ayyash.

    Alhamdulillah. Terus bersama melangkah demi mencapai rabithah perasaan, fikrah dan tanzim itu. Bitaufeeq exam CNS 2 ini.. penulisan kamu makin mantap. kat ganti diri pertama menunjukkan rasa yakin diri smakin meningkat. huhu.. daku hanya tersenyum dari jauh^^,

  4. (asSalam)

    btw ayyash,letak shoutbox kat tepi..
    nak bagi salam pun susah...^^,
    kan dah shout kat sini...

    all the best CNS dearie... :X