nostalgia dan doa

Wednesday, December 30, 2009 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Kata Yusuf Al-Qardhawi,

Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah
Anda hidup untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk aqidah yang terbesar
yang menyelesaikan
Urusan alam yang lampau

Jawablah soalan yang disoal oleh orang-orang yang tertanya-tanya
Semasa mereka menghayati petunjuk
Dari manakah aku datang?
Kemanakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?
Adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah keyakinan didalam jiwa
Terusir segala keraguan yang nakal dan derhaka
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng
Kepada jalan yang benar dan lurus

Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang disegala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi dan mulia
Lalu hiduplah kamu didunia untuk akhirat
Disanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’

Kau tudung bumimu dengan langit
Dan para malaikat menjadi saksi
Itulah aqidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
Dengan namanya, dialah orang yang berbahagia!

-diambil dari Al-Muntalaq, buah fikiran Sheikh Muhammad Ahmad Ar-Rashid, saya dedikasikan kata-kata ini khas untuk difikirkan dan dihayati oleh insan dibawah-

Sekitar tahun 1999

“ Azam tak pegi mengaji malam ni. Kim salam je kat makcik Nur, kata kat dia Azam dah genius”, katanya kepada saya.

“Mengaji gagap-gagap, dah genius konon”, saya pasti ini jawapan saya kepada dia.

Nostalgia. Dialog 10 tahun lepas. Dialog antara 2 orang budak hingusan yang hanya kenal gembira dan seronok sahaja, kadang-kala menangis kesakitan dirotan ayah, kadang-kala menarik muka masam apabila didenda tidur diluar rumah akibat kenakalan dan kedegilan diri sendiri, acapkali membantah kata-kata umi lantaran sikap lembutnya melayan kerenah kami, duduk diam-diam didalam bilik pabila tahu ada kesalahan dibuat, dan seribu satu macam kerenah lagi.

Hari ini, penghujung 2009

Tadi saya baru sahaja menelefon sahabat baik saya sedari kecil, kawan basikal, kawan mandi sungai, kawan main hujan, kawan kene rotan, pendek kata, kawan segala-galanya . Bersembang-sembang perihal dirinya dan saya lebih kurang 15 minit. Antara orang yang paling rapat dengan saya, sedari tadika sampailah dia tingkatan 2, saya tingkatan 3 di SMKA, masih lagi bersama-sama. Bezanya saya meneruskan pengajian menengah atas disalah sebuah SBP di Perak, dia terpilih meneruskan pengajiannya ke SBP diluar Perak setahun kemudian lantaran usianya yang lebih muda setahun dari saya.

4 Januari ini, adik saya ini akan melanjutkan pengajiannya di Malaysian Institute of Aviation Technology, MIAT apabila dia memilih untuk berhenti dari pengajian semasanya di Universiti Malaysia Pahang. Saya mendoakan keputusan yang dibuatnya adalah keputusan yang terbaik untuk dirinya, semoga Allah mencorakkan taqdir dan perancangan paling cantik dan hebat untuknya.

“Bape taon eh degree ni?”, tanya saya.

“4 taon”, jawabnya pendek.

“Oo, klu camtu, InsyaAllah K.Ai grad dulu la ni..haha, tu la, dulu berlagak lagi grad dulu”..

“Eleh, yeke? Ntah-ntah Azam grad dulu, tengok la nanti. Azam pakai kete dulu, nanti Azam amek kamu..haha”..

Saat ini

Moga Allah memudahkan segala-gala untuknya lebih lagi dari Allah memudahkan urusan saya.

Moga Allah menjaga dan mengawasinya dengan pakaian iman dan Islam yang ada padanya.

Moga dia lebih faham dan beramal dengan syahadah dan syariatNya.

Dalam doa, saya rindukannya.


Ardh Ar-Ribath, the Hashemite kingdom, 6.00pm
Labels:
  1. Apabila hidup itu kerana dakwah, jangka hayat kita menjadi selama-lamanya...

    Moga Allah redha dgn kita.

    Selamat melangkah tahun baru Masihi, moga terus maju ayyash!

  2. Aleen kawannye Ayyash

    Assalamualaikum..

    Acapkali (betul ke penggunaan ni???) kite lawat blog2 orang, termasuk blog adik kandung sendiri, mesti ada ditulis tentang adik-beradik sendiri.. Mmglah benar, bahawa ikatan hati yg lahir dari satu Rahim ibu, ada keeistimewaan tersendiri. (perhatikan..!! ada 3 perkataan "sendiri" digunakan, karangan yg teruk..!! hehe)..

    Tapi kite nak memahami apa agaknya perasaan Rasulullah, dan anak2 tunggal yg lain.. (dlm batch kite xde)

    Pape pun, sgt sweet post untik "adik-kak-ayyash-yg-sebaya-dgn-Aleen" ni.. hehe.

    Keep it up dear...!!

    p.S :Mcm terasa menyibuk pulak, tp tgn gatal nak tulis komen kat blog
    kawanku sorang ni.. hehe.

    Kata-kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauzy,

    "manusia adalah produk pengurusan waktu mereka"

    Aleen
    19th year
    Pusat Pemulihan Akhlak

  3. salam alaik..

    to ezzah al-Islam..
    selamat maju jaya jugak utk cik..
    berkobar2 eh cik nak pegi kem penulisan..btw, smlm jumpe cik nadhirah sahri selaku penganjur, beliau sgt mengalakkan penglibatan ahli..yep, penulisan pun satu cbg ilmu jugak, mostly ulama dan tokoh haraki hebat menguasai bidang penulisan!!


    teringat cita2 enti nk jadi penulis..may Allah bless u!!


    to aleen..
    Rasulullah kan manusia hebat, sume sahabat berebut2 n sanggup berkorban utk baginda lebih lg dr adik sanggup berkorban utk abg..penghayatan aqidah yg menghasilkan persaudaraan melangkaui batas darah keturunan..macam aleen kt sini jugak, kwn2 is everything kan? huuu..

    sgt berminat dgn pusat pemulihan akhlak anda!!

  4. salam..
    tahniah utk adik laki ksyangn tu..
    semoga Allah permudahkan segala urusan..

    ~dah lama tak dgr kabor brite adik ko..kalo dulu,tiap2 hr asyek dgr ko crite je..ngeh3~

  5. cik moon

    SALAM...kpde sume pembce blog
    ladangakhirat,slmt thn bru Masihi..
    smge hdp anda diberkati dan dilimpah rezeki oleh ALLAH S.A.W..
    Semoge thn ini anda akn mnjd insan yg soleh dan solehah,amin..

  6. cik moon(^ - ^)

    SALAM....huh rase nk tls blog sendiri....tapiiiiiiiiiiiiii x tahu.
    kpde sesiape yg bersimpati blh lah tlg ajrkan..semakin membuak-buak
    keinginanku hndk mmbt blog,tp itulah sbb nye x tahu...

  7. p/s: to cik moon
    ehehehe...g blogger.com
    atau wordpress.com
    kalo nak,byk lg pilihan laen.tp 2 nih plg femes.
    masuk dan register
    dan create new blog.tada siap.

  8. cik moon

    SALAM....time ksh kak yellowrose...
    Slmt thn bru Masihi....

  9. cik moon

    salam kak ai x on9 kew

  10. salam alaik..

    to cik wa..
    haha..adik2 ku ade 4, sama je sume..huhu..xde lebih, xde kurang..hihi..msti ko rindu kt ak kan wa, x-osmate ko yg sgt baik hati ni..hahaha..

    to cik moon..
    xyah la tulis blog, baik praktis tulis karangan upsr, lg bagos..

    to yellowrose..
    time kasih sbb ajarkn budak kecik ni..gembira sungguh hatinye sbb dh nk buat ic..haha..

  11. guess who am i

    to cik moon...jgn mimpi la nk bt blog...blajo j...kalo xdpt 5a...siap kne ganyang dgn org...