fityah

Saturday, May 08, 2010 Posted by ayyash
Hanin si kecil baik duduk diam-diam di riba Makcik Nebula. Sambil telinganya mendengar Makcik Ululalbab membacakan surah Al-Kahfi di hari Jumaat yang hening itu. Mata kanak-kanak berusia tiga tahun itu tidak berkedip-kedip melihat setiap aksi dan reaksi manusia-manusia yang kelihatan seperti raksasa jika mahu dibandingkan dengan saiz dirinya yang kecil.

Sesekali angin nyaman Sweileh bertiup mengeringkan keringat-keringat yang tumpah dek teriknya mentari memancarkan sinaran imannya ke seluruh jagat raya, dataran syuhada’ Sham. Hanin si comel masih lagi diam mendengar, langsung tidak menangis. Gembira barangkali mendengarkan suara Makcik Mimi bercerita perihal pemuda Kahfi. Baru tadi Hanin melihat Makcik Mimi menelaah suratul Kahfi daripada tafsir Al-Azhar yang ditulis oleh Buya Hamka.

Kata Makcik Mimi,

“Kami ceritakan kepadamu [Muhammad] kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda [fityah] yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka” [Kahfi:13]

Makcik Mimi : Apa yang Makcik nak highlightkan kat sini adalah perkataan "fityah" ni. Sape tahu apa maksud fityah?

Makcik Timon : Fityah tu pemuda, wahai Makcik Mimi.

Makcik Mimi : Betul tu Makcik Timon, dan apakah persamaan antara pemuda-pemuda dalam kisah Ashabul Kahfi ni?
[Suasana sunyi seketika. Sayup-sayup terdengar suara imam membacakan khutbah Jumaat dari masjid berhampiran]

Makcik Mimi : Apa yang menyatukan pemuda-pemuda Kahfi ni adalah keimanan mereka kepada Tuhan Rabbul Alamin, dimana Allah menemukan mereka dibawah sepohon pokok tatkala mereka keluar dari majlis keramaian yang batil di kampung mereka. Kehendak Allah, akhirnya keimanan mereka sampai ke pengetahuan Raja yang zalim, lantas perintah penangkapan mereka dikeluarkan. Lalu...
[Makcik Mimi berhenti seketika menghirup udara segar, semput barangkali]

Makcik Cahaya : Lalu apa Makcik Mimi?

Makcik Mimi : Lalu “Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri [menghadap raja yang zalim dan sombong] lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran” [Kahfi:14]

Makcik Intellingent : Oo, begitu juga kita. Apa yang menyatukan hati-hati kita saat ini adalah keimanan kepada Allah, daripada Dia sahaja petunjuk itu datang.

Makcik Salih : Dan Tuhan kita adalah Tuhan langit dan bumi, dan kita tidak menyeru selain daripada Dia.

Makcik Mimi : ye, didoakan kite sume dapat jadi macam pemuda Kahfi ni..

Makcik Lily : Innahum fityatun amanu bi Rabbihim wa zidnahum huda..
Hanin yang innocent (^__^), senyumlah.
Penat tau raksasa-raksasa Shrek makcik-makcik sume nak tunggu Hanin senyum (T__T)

~Skrip telah diedit dan diolah~

Moga Allah menyatukan hati-hati mereka dalam keimanan kepadaNya..

Rabbuna Rabbu samawati wal ardh..

ayyash..
pusat pemulihan akhlaq..
sweileh-irbid, the hashemite kingdom.. 1127am..








Labels:
  1. Timon

    ..Assalamualaikum..

    Best, best.. =)
    I looike..!!

    Terima kasih kerana bantu "menurunkan hujan untuk membasahkan" hari yang "kering" semalam.

    Ada ayat baru,

    - "budak-rajin-belajar" yang "intelligent" dan "tokey" yang "salih", makan "timon" yang dijual oleh "peladang" di atas "batu bata" sambil memrhatikan alam dan berdoa agar semua menjadi "ulul albab".. Ameen.

  2. amboi!.. tinggi olahan imaginasi. hanin nampak apathy je spnjg ari.. kena report kat kak wawa ni.. hoho

    btw, suka contoh dari kak mimi:

    apabila kita berdiri atas dasar mantiqah[ cth masa KARISMA].. hati dipisah2 dengan kegooan dan semngt kepuakkan.. lagi2 bila bertandang utk menjulang nama.. bukan kerana ukhwah.. kesannya? kesatuan yang sepatutnya dibina runtuh dek mulut yang tak tertapis gelojak nafsu amarah..


    namun apabil the_fityah yang berdiri atas kesatuan akidah. berkumpul kerana persamaan cinta kepada rabb yang agung. walau berlainan mantiqah hati2 itu seolahnya melekat menjulang kalimah tauhid menyeru kepada kebenaran.

    cadangan tema KARISMA tahun hadapan kena kehadapankah isu akidah yg sama walau mantiqah berbeza. mudah2an dapat mengelakkan perpecahan. wallahu'alam

  3. wslm wbt..

    timon.. comel ayat tu.. sambil memerhatikan alam dan berdoa agar sume jadi ululalbab.. i looike it too..

    ezzah..
    hanin yang apathy sbb sume makcik macam shrek..haha..

    erk, karisma.. no komen, sbb ambo tengok dari jaoh jah.. haha, sukati je merosakkan bahasa klate..

  4. p/s:cik timon ceceh..mkn timon sdap ke?heheheh


    karisma mansuhkan jek..kui3


    best2 entry nih..menjejak smgt the fityah dgn aura akhawat kahfi.

  5. aunty mimie

    nicely written. =0!!

    aunty mimi ingin mengucapkan makaseh kpd farmer yg menghadiahkan pad aunty mimi buku tue.. sgt best whoaa.

    rasa zouq berfityah jumpe model fityah sebenarr!! Allahu Akbar!!

  6. Kyu
  7. next time, i'll be there insyallah. pray for me~

  8. > sama2 aunt mimie..

    > Kyu, siap tulih caps lock lg JELES ko.. haha.. next time insyaAllah..

    > camtu jugak ko cik nul..ak doakan ko stat berlari..

  9. Anonymous

    Teja said:

    Owh, begitu rupenye.

    Siapa si hanin itu ?[wondering who...?]

  10. cik moon

    lme dh cik m00n x menjelme..hu8.