pre-exam syndrome

Wednesday, December 09, 2009 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Satu.

Usai membincangkan liver cirrhosis case dalam group discussion bersama rakan-rakan dan doctor KAUH, King Abdullah University Hospital. Mata pun agak mengantuk dek sepinggan nasi Mat3am Hadramaut. Huhu. Sedang membaca nota mikrob, tiba-tiba terdetik untuk membuka buku patologi, pocket companion robin and cotran yang dihadiahkan oleh seorang sahabat lewat usia saya menghampiri 20 tahun semester lepas.

Daripada saudara seaqidahmu..
Ukhuwah antara kita umpama seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNya. Kematian itu motivasi bagi muslim. Moga bertemu di syurga abadi. Sayang kamu kerana Allah..

Ya. Saya juga sayangkan anda kerana Allah.

Dua.

Wohaa! Exam makin dekat.

Doakan sahabat-sahabat dan saya cekal untuk terus membaca dan membaca helaian-helaian kertas yang menyesakkan dada dan menyerabutkan minda ini. Sungguh, jika mahu di hiperbolakan, jari sudah bengkok menulis dan mencoret, berbatang-batang pen Montex sudah bertukar ganti dek kehabisan dakwatnya, pinggang sudah terasa peritnya lantaran duduk terlalu lama menghadap nota, mungkin juga cecair intervertebral disc sudah haus, mata juga sudah penat dek tekunnya menatap tulisan-tulisan kecik lectures note didalam tetingkap laptop, tetap juga tidak bisa melawan kecekalan dan kesungguhan cendekiawan-cendekiawan terdahulu menuntut ilmu.

Langsung tidak memerlukan peperiksaan dan ujian semester untuk menyuntik semangat dan iltizam mereka terhadap ilmu.

Juga tidak memerlukan system pendidikan yang disusun oleh university dan kementerian.

Jauhkan lagi mengharap tajaan pendidikan oleh mara, jpa, mindef mahu pun bank negara, bisa saja mereka menjelajah segenap pelosok alam untuk menuntut ilmu.

Lihat saja kepada Imam Shafie, Imam Ahmad bin Hambal, juga imam-imam mazhab lain. Jangan engkau lupakan ilmuan-ilmuan abbasiyah juga ulama-ulama Azhar.

“Malulah kamu wahai si penulis ladangakhirat!”.

Keras jeritan suara menggemakan minda, membuntangkan mata yang kuyu untuk terus belajar agar bisa jadi orang yang faham, seterusnya menyampaikan dan memahamkan manusia lain. Agar hidupmu tidak menjadi parasit, membebankan si penanggung. Bukankah sudah acapkali engkau mengingatkan dirimu, hidup itu biarlah berprinsipkan mutualisma. Saling. Memberi dan menerima.

Masukkan dalam mindamu, fahamkan dengan hati. Belajar ya!

psst..itula akibatnya klu malas beli nota, main download je nota segala..hadaplah laptop tu, celikkan mata..btw, tetap menyokong med4just cawangan atyaf..ye2..troskan menyokong kutlah islami..rasa2nya malek domeidat naik utk next election, ye ke?..

irbid, the hashemite kingdom, 1.33pm
Labels:
  1. yep! u r rite tp xde hadiah ye..huhu..

  2. haha.. warna warni sangat ke?
    x dela sgt kot. hee..

    saya ske sbnrnye warna warni nie. cume jgn terlalu sgt sudah. heheh..

    neway, nie.. kak ai..?? kak ai ape? mcm sngja dirahsiakn. btol? neway, selamat dtg ke alam belog..!! n_n

  3. to k.nik..
    time kasih..^_^

    to nima..
    k.ai tu singkatan tuk k.ayyash la..huhu..btw, time kasih ye..

  4. This comment has been removed by the author.
  5. ayyash:
    mari lah berjuang perajurit mep7 sekalian ke medan peperangan GI..persiapkan senjata, berusaha selagi terdaya..hehe
    bittawfiq:)

    fathiyyah:
    you will be surprised to know who ayyash is.

  6. Adik Ayash ...
    semuga kamu berjaya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar dan semuga ayah bonda mu sentiasa munajat khusus buat kejayaan kamu ....dan kamu jangan lupa melaksanakan dakwah dimana saja kamu pergi kerana dakwah itu adalah asbab bagi kejayaan seorang pelajar ...percayalah.

    " kamu bantu agama Allah, insyaalah Allah pasti bantu kamu "

    Pelihar iman dan amal dan syaksiyah sebagai seorang mukmin.

    Bro muharrikdaie

  7. ayyash,
    good luck! ^_^
    doakan aku sama~

  8. salam alaik..

    to teardrop..
    xde ape yg nak dikejutkan..
    bittaufeq juga utk anda..

    to muharrikdaie..
    terima kasih atas ingatan dan nasihat anda..barakallahulaka..

    to ainul arina..
    ye..moga Allah permudahkan urusan anda..

  9. cik moon

    have a nice blog....kak ayyash

  10. Anonymous

    Terima kasih atas maklumat menarik