penjana TNB

Tuesday, December 15, 2009 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Semalam, 14 Disember, pulang dari jamiah bersama seorang sahabat. Sepanjang perjalanan kami bercerita mengenai bakal-bakal graduan university perguruan atau pun maktab perguruan, yang mana kelak, insan-insan inilah yang bakal menjadi pencorak serta pewarna kepada generasi-generasi khalifah Islam akan datang. Tidak dinafikan, tarbiah secara langsung dari rumah oleh ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik si khalifah kecil, tetapi peranan guru-guru disekolah turut menyumbang kepada perkembangan dan tumbesaran para khalifah kecil ini baik fizikal, spiritual mahu pun mental.

Melihat kepada masalah sosial yang melanda segenap lapisan umat, sedari yang belum akil baligh, hinggalah kepada si bongkok tiga, cukup merisaukan minda dan menyesakkan dada para pemikir umat. Harapan dan impian para ibu bapa untuk melihat anak-anak terdidik dengan asuhan Islam semakin mengendur pabila melihatkan gelagat bakal-bakal pendidik ini. Aksi dan gaya romeo serta julietnya, inikah golongannya yang ingin kita sandarkan bongkah kepercayaan untuk mendidik khalifah-khalifah kecil akan datang?

Hairan juga dengan telatah siswa-siswi, muda-mudi mutakhir ini.

“Takde mende lain ke nak pikir, tak abes2 cerita pasal girlfren boyfren, patut la negara tak maju-maju, orang-orang muda semua asyik fikir masalah cinta”, antara luahan hati sang sahabat tatkala kaki kami melangkah ke bangunan Shu’un Tholabah.

Teringat saya kepada isi kandungan buku At-Thoriq Ilal Qulub, karangan Sheikh Abbas As-Sisi yang saya baca sedikit sebelum pergi ke kelas pagi semalam. Beliau menyifatkan seorang daie itu seperti seorang penjaga pusat jana kuasa. Bayangkan saja TNB. Dimana setiap rumah didalam satu daerah akan mendapat sumber tenaga daripada satu pusat janakuasa. Jika sang penjaga menutup plak penjana, maka bergelap gelitalah seisi daerah.

Begitu juga, dalam kehidupan para duat, penjana elektrik diibaratkan seperti Al-Quran, sumber utama kalam Rabbu Jalil. Manakala si daie pula seperti orang yang menjaga pusat janakuasa elektrik itu, yang punya peranan untuk membuka serta menutup suis penjana, yakni orang yang seharusnya kembali mengejutkan umat yang lena ini dengan simbahan cahaya Al-Quran.

Yang juga mengingatkan akan nikmat dan ganjaran kepada si pengejar akhirat.

Yang juga mengingatkan akan siksa dan sengsaranya si hamba dunia.

Yang juga mengingatkan akan perintah dan larangan Tuhan Pencipta.

Maka, disinilah peranan setiap yang mengaku dirinya daie, untuk memainkan peranan, amanah dan tanggungjawab mengejutkan uda dan dara, laila dan majnunnya,serta romeo dan juliet. Saya terfikir, dalam keadaan saya dikelilingi sahabat-sahabat yang hati dan jiwanya hidup dengan cahaya Al-Quran, betapa ramainya ummat yang masih merangkak mengeja juga langsung tidak mengenal hurufnya Al-Quran. Dalam keadaan saya dikelilingi sahabat-sahabat yang tegar dan teguh melaksanakan syariatNya, betapa ramai ummat yang hanyut dan lebur dengan syariat syaitan durjana.

Aduh! Banyaknya amanah dan tanggungjawab. Hendak mengejar redha Allah, ingin menjadi graduan terbaik university tarbiah sambil berlari mengejar ijazah sekolah perubatan, punya impian untuk menjadi hamlatul Quran, juga punya peranan sebagai penjaga pusat janakuasa elektrik meski pun bukan di TNB.

Ayuh diri! Ayuh sahabat!

Dunia ini ladang semata, ladang kepada akhirat. Gerakkan diri untuk menggerakkan ummat. Tarbiyahkan diri untuk mentarbiyah ummat.


psst..hari ni adik saya habis exam SPMnya..doakan kelapangan masa yang diberikan kepadanya dapat membawa dia untuk lebih memahami syahadahnya, Islam..dengan doa dan kasih sayang, saya mohon kepadaNya..


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 6.26am
Labels:
  1. Anonymous
  2. cik moon

    have a nice day kak ayyash ! ! !

  3. tarbiyyah dzatiyah penting..

  4. hD

    wah..
    aku pon nak menjadi "penjana tnb" pasni

  5. huhu.. bertapak2 ke hadapan ni
    teruskan menulis..

    Dalam Quantum Dakwah dan Tarbiyah. kaedah ketiga yang dihghlightkan dalam buku ini.. seorang daie itu perlu menulis.. nti tahu kenapa?

    kerana dengan menulis nti akan membaca... huhu..

    terasa nak pinjam buku ni? (saja nak wat jeolous)


    p/s:ana baru update.

  6. salam alaik..

    to anonymous n cik moon..
    barakallahulakum..

    to yellowrose..
    yep..tarbiyah dzatiyah tu penting..
    tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
    mengikut tahapan..
    klu org baru berjinak2 dgn tarbiyah nih, tarbiyah jam'iyah lebih aula..ye dak?

    to ezzah al islam..
    sangaaaaaaaaaaaaat setuju menulis akan membuatkan kita membaca..
    cis! ada niat lain disitu..

  7. hehe..akk highlightkan kalau nak sentiase jadi TNB & PENJANA TENAGA ..diri ini kena tidak2 putus2 mentarbiyyah dzatiyah ..baru sentiasa boleh menerangi memberi kuasa kat org lain..Ensyallahhh..

  8. salam alaik..

    to yellowrose..
    huhu..alfun jazakillah..time kasih atas igtnnya..

    to hD..
    huu..moga kite jadik penjana TNB yang bukan takat supply power ke satu daerah tp, ak doakan kite jadik main penjana TNB yg supply tenaga ke lautan ummah..aminn..sayang ko [ak btol2 maksudkan ni]..

  9. cik ayyash ape kabor??hik3

  10. salam alaik..

    cik wawa..ade mksd lainkah ketawa anda disitu?
    hoho..ahlen2 ke ruang picisan ak nih..

  11. owh..tidak ada maksud terserap lagi tersirap dalam kalam "hik3" yang hamba titipkan pada komen sebalom ini..

    ho3..
    ak link blog ko kat blog ak..[ltak nama Dr.Ayyash]

    ~aku kan suke kumpul link org(disamping kumpul pamplete program)..ho3~