keindahan yang plastik

Wednesday, December 23, 2009 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Jumaat 18 Disember

Kelas Multaqa Ilmi Aqidah baru-baru ini, ustaz membincangkan tentang ketidakpercayaan masyarakat terhadap adanya Tuhan yang mencipta semesta ini. Boleh juga dibaratkan seperti malignant tumor stage 3, semakin merosakkan dan menghancurluluhkan lautan cells akibat daripada process necrosis dan apoptosisnya. Semakin manusia diuji dengan ketidakmampuan atau kemiskinan untuk meneruskan survival hidup, semakin manusia ingkar akan sifat Allah Yang Maha Memberi Rezeki, apakan lagi kewujudan Tuhan itu sendiri. Semakin manusia diuji dengan kebijaksanaan dan ilmu yang ada, semakin ia meragui akan adanya Allah Yang Maha Bijaksana, yang mengatur segala makhluk atas muka bumi ini.

“Kalau betul ada Allah, kenapa aku menang merempit malam Jumaat”, kata mat rempit.

“Kalau betul ada Allah, kenapa aku sangat miskin, nak hidup pun susah”, kata si miskin.

“Kalau betul ada Allah, kenapa aku kene rogol dengan abang aku sendiri”, kata perempuan lemah.

Kenapa ya? Teruskan berfikir!

Selasa 22 Disember

Semalam Hari Malaysia anjuran Kedutaan Malaysia-Jordan, diadakan buat pertama kalinya bagi memperkenalkan Malaysia dimata dunia, atau pengkhususan skopnya dimata masyarakat tempatan Jordan. Melihat kepada pengenalan Malaysia daripada pelbagai aspek, pemakanan, adat budaya, pendidikan, sampailah kepada pembangunan, menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat ideal untuk didiami oleh seantero masyarakat dunia. Cantik. Indah. Maju dan moden juga didiami oleh masyarakat yang berakhlak mulia. Segala-galanya kelihatan harmoni.

Namun, disebalik segala keindahan plastic yang ditunjukkan semalam, ada seribu satu, mungkin lebih cacat merba, onak liku, serta hanyir kehidupan masyarakat yang memakai hedon sebagai pedoman hidup, hanya dapat dihidu dan dirasai oleh mata hati yang hidup dengan cahaya ilahi, tidak dapat dilihat dengan mata kasar walau simple microscope yang dicipta oleh Anton van Leeuwenhoek hinggalah kepada secanggih-canggih spinning electron mikroskop digunakan. Hakikat yang mungkin sukar diterima oleh segelintir arab yang sangat mengagumi rakyat Malaysia yang kononnya sangat mutadayyin juga muaddabin. Saya tak nafikan, memang ada segelintir yang masih berakhlak mulia selaras dengan ajaran Islam.

Melihat kepada 2 keadaan masyarakat semalam, bangsa melayu dan arab, apa yang dapat saya simpulkan, kedua-dua masyarakat memandang kepada material kehidupan untuk mengukur tahap kemajuan, pembangunan, kekayaan juga kebijaksanaan sesuatu bangsa. Memang tak dinafikan, semua itu sebagai aspek penting untuk mencipta sebuah tamadun yang hebat, tapi ia bukanlah matlamat utama untuk dicapai. Bukanlah mercu tanda menara KLCC, menara petronas, masjid kristal sebagai pelengkap ketamadunan sesuatu bangsa, tetapi penghayatan kepada agama dan syariatlah sebagai panduan utama untuk melengkapkan kehidupan.

Lihat saja kepada tamadun Firaun si bangsa Qibti, pyramid juga gizanya!

Nak yang lebih dekat. Lihat pula tamadun puak Nabatean yang menghuni Red Rose City,Petra!

Bangsa yang dimusnahkan dek kerana kehidupan tidak bertuhan yang dijalani mereka, merasakan kehebatan tamadun mereka hanya kerana mereka mampu mengukir gunung-ganang untuk dijadikan istana, hanya kerana mereka punya orang suruhan, si bangsa Israel untuk dikerah membina pyramid.Begitu juga sebaliknya, jika agama dan syariat menjadi dukungan, saya yakin tidak akan ada manusia yang mengeluarkan statement menggugat aqidah seperti si miskin, mat rempit dan perempuan lemah diatas.

Saya suka untuk men'dedicate'kan satu dialog daripada sebuah filem yang diceritakan oleh sahabat saya, “jangan pilih jalan hitam” kepada semua sahabat sepengajian saya, sama-sama kita mula bertatih di INTEC, mengenal suka noda alam university, hinggalah sudah hampir separuh perjalanan kita dalam sekolah perubatan dan pergigian ini, untuk sama-sama memuhasabah juga mengoreksi jalan pilihan masing-masing. Hidup kita bukan untuk sehari dua sahaja, makan, tidur, berhibur. Jika dipanjangkan umur, kita mungkin berkesempatan melihat Islam itu tertegak atau pun makin ditindas, jadi tidak mahukah kita termasuk dalam golongan orang yang bersusah payah untuk Islam dan umat mutakhir ini? Jom belajar dan faham Islam, bukan sekadar syahadah dan Islam warisan, langsung tak membekas dihati!

"Aku jumpa segala-galanya di US, tapi aku tak jumpa ruh disana",kata Syed Qutb lewat keberadaannya di bumi Uncle Sam.

Takut untuk membayangkan kalimah ini diucapkan di Tanah Melayu pasca 52 tahun kita mengecap nikmat kemerdekaan sesama manusia.


psst..
1. arghh! saya terlupa mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke24 kpd kedua ibu bapa saya semalam..huh..apa2 pun, saya mendoakan keberkatan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi bahtera rumahtangga umi dan ayah yang disayangi..barakallahulakum!
2. mabruk atas kerja keras ajk pelaksana malaysia day.
3. lawak pun ada melihat sahabat sekelas sewaktu sekolah dulu naik pelamin! haha, lakonan yang mantap..

Ardh-Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 6.54am
Labels:
  1. salaam...aah,confusin..ape pun menarik~

    btw,sape ni ek??
    (alamak tak perasan plak sape sahabat ana yang sorang ni..ayyash??ayark!)

    :)

  2. salam alaik..

    to ezzah al-islam..
    kenapa plastik eh?
    sbb yg hakiki tidak terzahir..wahaha..lagi la konfius!!
    camni la, org arabkan salu puji org msia mutadayyin ngan muaddabin, tp klu dorg pegi msia, x ke trkezut tgk realiti sbnr disebalik ilusi optik yg dorg nmpk tntg msia yg dikataknnya sbg negara islam..brand-marketing..kan3?


    to izzah faqihah..
    hehe..kwn sebatch anda kt gopenghagen dulu..x igt xpe..x kecik hati pon..hehe..

  3. to ayyash,
    haha..luruslah ana kalau tak faham yg tu..

    maksud soalan ana
    mengapa nti guna plastik sbg elemen yg tipu.. apa ciri2 plastik dan apa elemen asal yg disangka indah tu?

    cth disangka permata rupanya kaca..
    yg anologi nti ni?

    disangka .... rupanya plastik?

    p/s: rasa cam tertanya soalan tak penting plak..hihi.. ^^,

  4. This comment has been removed by the author.
  5. salam ezzah..

    ana x buat analogi pon..
    cuma nk katanye, apa yg digambarkan time msia day tu nmpk sgt harmoni,dgn pelbagai etnik ngan bangsanya,nmpk sgt moden n maju dgn bgnn2 pencakar langit,etc..hakikinya, klu tgk sekadar dgn mata kasar, nmpk la segala2 tu hebat..maju dan berteknologi.. tp bile tgk blk segala kebejatan sosial kt msia tu, realiti yg arab2 ni x tau, sgt la dasyat....tu la keindahan plastik yg ana mksdkan..haha, sekadar pndgn ana..xpe, nk guna analogi lain, x kisah..hoho..


    pssst..x kan la nk tunjuk plak kan video2 masalah2 sosial..hehe..

  6. tebu

    assalamualaikum xkira2...
    nak nyebuk gak :)
    plastik tu rasanya (rasa sj ok)
    klu kita beli brg selalu kan mesti kita akan nilai ori ke x..
    and biasanya plastic is almost always significant with nonoriginals...ye x?
    Plastik aka x asli lah

    okes...nti free sy dtg lg bye2

  7. woho.. tebu kembali menjelma..

    salam cik tebu.. lama tak jumpa..lama uzlah..kiki

    btw, cik tebu amat memahami soalan ana.. terimakasih atas pndangan. ^^,

  8. salam alaik to tebu n ezzah..

    ana salah guna perbandingan kot..haha, org ke3 x paham..sah2 la salah..
    btol gak apa yg dikatakn oleh tebu..
    btw, time kasih sbb jadik sahabat yg sudi menegur den..yoyo..barakallahulakum..

  9. cik moon

    salam kak ai....proses necrosis dan apoptosis???ape maksudnye kak ai???

  10. cik moon

    Salam untuk semue pembace blog ladangakhirat....saye pasti semue tertanye-tanye siape cik moon ni...
    betol x???untuk pengetahuan anda, semue cik moon ni adalah adik bongsu tuan punye blog ni...iaitu
    ayyash...wakakaka...kejap saye nak tulis biodata saye jap ye...name penuh saye nurul iman.tahun depan genap usia saye 12 tahun..saye bersekolah di sekolah kebangsaan bota kanan,perak..saye lahir pade 15.5.1998.sekian....eh kejap. haritu kak ezzah al-islam ke yang nak berkenalan dengan saye???kalau betul salam perkenalan..kalau salah sorylah kak ezzah al-islam.ha,satu lagi,baru saye ingat nk cakap,cik moon ni panggilan dalam keluarge untuk saye...okey lah assalammualaikum....

  11. salam alaik..

    utk cik moonku..

    apoptosis ngan necrosis tu keadaan sel-sel sesuatu organ dlm badan kita ni rosak..klu sume sel dah mati, rosak la organ tu..kesimpulannya, jgn mkn keropok, cekelat ngan aiskerim byk2 ye cik moon..huhu..

  12. haha.. salam sayang cikmoon..

    nurul iman ye.. sedap nama..
    wah.. tahun depan nak ambil UPSR. kena belajar rajen2 ni..
    nanti boleh datng Jordan ngan kak ayyash..

    nnti kalau akak dtg perak, boleh main2 ngan cikmoon ^^, insyaAllah..
    suruh kak ayyash jemput akak tau..hihi

  13. cik moon

    salam..kak ezzah ni org mne???kak ezzah ni kwn kak ayyash ke???ala saye ingtkn kak ezzah ni org perak..haha..okeylah kak ezzah...
    salam..<"-">wakakaka

  14. Aleen kawanye Ayyash

    Assalamaualaikum...


    Waa..!! Comelnya cik moon tu. hehe.. You make me miss my little sisters back in Malaysia my dear.

    Cik moon belajar betul2, jadi mcm kak Ayyash ye. insyaAllah. Kak Aleen doakan.


    hehe..
    Ayyash (panggilan ku padamu dalam blog shj utk keselamatan =P)
    Best analogy ni.

    Plasticated us.. Malaysians abroad.. huhu.

    p.s :riasu benor, xdpt nak bukak page tasjil..

  15. cik moon

    SALAM....time ksh kak Aleen...haha
    Kak Aleen ni kwn kak ayyash ek????
    haha.kak Aleen,adk kak Aleen tu bape umr dye???sebaye saye ke???
    haha..