seruan kesatuan

Sunday, December 27, 2009 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

10 Muharram 1431H

"Kawan Cina saya penah cakap, kalau orang Cina berjaya menguasai Malaysia, dorang akan halau sume orang Melayu kuar dari Malaysia ni", kata seorang kawan.

Saya menginterpretasi kata-kata ini keluar dari mulut seorang budak sekolah menengah, yang masih belum memahami sepenuhnya sentimen-sentimen perkauman didalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

“Kenapa kita nak cakap pasal kepentingan bangsa, kenapa tak bercakap soal kepentingan agama, itukan lebih penting”, luah seorang kawan rentetan lahirnya kerisauan terhadap status bumiputra yang makin terhakis dari masa ke masa, ketika sesi LDK baru-baru ini.

Saya berminat untuk berbicara soal hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputra walaupun saya bukanlah orang yang mahir didalam perbahasan mengenainya, kerana saya punya pendapat saya sendiri. Saya merasakan adalah perlu untuk bangsa Melayu diberi hak-hak istimewa melihatkan kepada survival bangsa Melayu yang masih belum boleh dikira independent dari sudut kesinambungan dan kekuatan bangsa. Masih beratapkan langit dan berlantaikan bumi, kita melihat penguasaan ekonomi oleh kaum Cina di Malaysia, rasionalnya sudah cukup untuk membuktikan bangsa Melayu masih belum mampu untuk bersaing secara total. Saya tak menafikan kewujudan golongan perintis ekonomi Melayu seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary. Tetapi peratusan Melayu miskin tegar lebih tinggi sehinggakan cukup untuk menenggelamkan nama hebat seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Saya dibesarkan di kawasan luar bandar, melihat kakak sulung saya, antara pelajar luar bandar yang bertuah ketika itu, mendapat buku-buku rujukan dibawah yayasan pendidikan Al-Bukhary turut mencerminkan soal kelangsungan pendidikan anak melayu tika itu, yang kini, generasi itu merupakan penghuni-penghuni fakulti di IPT. Saya melihat masih terdapat keperluan untuk mengekalkan hak istimewa bumiputra didalam permohonan ke institusi pengajian tinggi juga tajaan pelajaran seperti biasiswa mahupun pinjaman kewangan, melihatkan kepada tangga pencapaian pendidikan anak Melayu yang masih kurang memberansangkan.

Saya bukanlah seorang racist, anti kepada golongan bermata sepet juga berkulit gelap manis, tetapi saya merasakan survival orang Melayu masih tidak dapat lari lagi daripada hak-hak istimewa tersebut, atau dalam erti kata lain, masih tidak mampu untuk berdiri dengan kaki sendiri rentetan kesan kolonialisasi yang menetapkan bangsa Melayu hanya sekadar bermukim dan bekerja di kawasan kampung sahaja. Apa yang saya lihat, hak-hak istimewa ini masih tidak menafikan peluang dan penglibatan kaum-kaum lain dalam segala bidang, juga tidak menunjukkan penguasaan total bangsa Melayu ke atas sesuatu lapangan.

Anak-anak Melayu!

Pemegang-pemegang tajaan pendidikan!

Penghuni-penghuni IPT!

Tempa kecemerlangan hari ini supaya hak-hak istimewa yang diberi berjaya menghasilkan golongan-golongan pembangkit ummah, pewaris siasah juga penggerak qiadah Islam, lalu melebarkan sayapnya melangkaui batasan darah keturunan dan ke'bangsa'an.

Anak-anak Islam!

Dengan lafaz Allahuakbar, Allah Maha Besar!

Seruan kesatuan aqidah bergema.

Menghapus ketuanan bangsa.


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 5.41pm
Labels:
  1. salam..nak tnye akak ni..
    akak rasa,atas dasar apa,
    non-muslim n muslim boleh disatukan??hhee

  2. This comment has been removed by the author.
  3. wslm wbt um..

    mksd um, non muslim ni mmg x revert to islam..so atas dsr apa kesatuan tu bleh dicapai?

    bg akk, kt sini, Islam tu agama yg harmonikan, menganjurkan kedamaian..mungkin kt sini, kesatuan yg bleh dicapai adalah selagi mana kesatuan tu tidak memasukkan ketaatan dan pengakuan kite bahawa agama dorg benar..

    surah Al-Kafirun [ayat 1-6]

    1.katakanlah Muhammad,"wahai org2 kafir!"
    2.aku tidak menyembah apa yg kmu sembah,
    3.dan kamu bukan penyembah apa yg aku sembah,
    4.dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yg kamu sembah,
    5.dan kamu tidak pula menjadi penyembah apa yg aku sembah.
    6.Utkmu agamamu, dan utkku agamaku.

    so, tiada kesatuan dalam perkara yg tidak mentauhidkan Allah seperti beragama..tapi byk kesatuan boleh dicapai utk mengharmonikan hidup ni, cth, dalam kita menjaga makhluk sprt binatang dan pokok2..

    ni pendapat akk la..um rase cam mane?

  4. arkayH7

    melayu,cina,arab,india,jakun,inuit,hotentot dan seribu satu bangsa dan puak adalah makhluk ciptaan Allah didunia ini.Indahnya dunia apabila Allah menciptakan variasi dan perbezaan !
    Mata kasar kita dapat melihat kerana adanya variasi warna.Apa agaknya yang kita nampak kalau semua nya gelap belaka,masyaAllah.

    Islam dan Nabi Muhammad adalah untuk semua bangsa dan suku kaum.Rahmat bagi sekalian alam;rahmat bagi mata bulat,sepet,buta,kulit hitam,sawo matang,putih,hidung mancung,penyek dan yang sewaktu dengannya.Islam untuk semua!

    Jangan sesekali berasa ragu keupayaan Islam menangani berbagai isu berkaitan bangsa.Kedangkalan ilmu dan pengalaman sudah pasti menjadi penghalang kefahaman kita terhadap penyelesaian masalah.
    Hak istimewa Melayu sudah terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia.Ini termasuk agama,bahasa,raja,tanah rizab dan biasiswa.Perkara ini hanya boleh diubah dengan undi dua pertiga di parlimen.Agaknya dapatkah orang Cina mengusai dua pertiga undi di parlimen ?Realiti politik Malaysia kini hampir mustahil satu-satu bangsa boleh dapat majoriti dua pertiga. Perlembagaan Malaysia ialah hak rakyat yang tertinggi.Sudahkah kita memiliki sebuah buku perlembagaan supaya dapat dirujuki.Jika tiada,dapatkan segera buku perlembagaan itu.

    Ketahuilah hak-hak anda yang terjamin di dalam perlembagaan tersebut.Ketahuilah uslub bagaimana Islam dapat ditegakkan di negara Malaysia tercinta.

    Jalan terbentang di depan kita;melalui dakwah,jihad,perang,siasah syariyyah,taklim,toriqat,sufi,sendiri-sendiri,jamaah,tahaluf,tergesa-gesa,tadarruj,sambil lewa,serius,masa lapang,ikut orang atau apa-apa cara yang lain?

    Buka al-Quran,sunnah,sirah,sejarah dan rujuk ulamak !

  5. salam alaik..

    to encik arkayH7 aka my dad..
    umi slalu pesan, jgn argue dgn ayah klu rasa point x cukup mantap dan bernas..yeh, here im absolutely agree with her..terasa kekerdilan dan kecetekan ilmu pengetahuan beserta pengalaman..wuhuhuu..

  6. Aleen kawannye Ayyash

    SubhanaAllah..

    Pak cik mmg mantap.
    Teruskan usaha ayyash..!! Anda akan menjadi sehebat ayah anda, insyaALlah.

    Dari benih yang baik, akan terhasil pokok yang baik..

    p.s : ni rasa bersungguh2 nak kaji baitul muslim punye peranan sbnr..!! Xcukup jelas lagi.. hehe.

  7. salam kak ayyash..
    ohh,maen berbalas soklan pula di sini ye..

    pd hemat kita(ceh~),
    dalam sebuah negara itu spt malaysia yg berbilang kaum..
    non muslim n muslim boleh disatukan dr segi ketenteraan/pertahanan negara..
    tp jgn la bg dorg jd ketua pulak..haha

    kenapa kita cakap cmtu?
    sbb jika disingkap kembali sejarah pemerintahan Rasulullah S.A.W dahulu,
    dimana Rasulullah memerintah negara Madinah yang berbilang bangsa dan agama..
    dalam perjanjian Madinah,Rasulullah meminta semua penduduk x kira agama supaya mempertahankan negara madinah..

    dr segi politik,mungkin agak susah..
    dr segi ekonomi pula,saya x tahu~heee

    sekian,wassalam
    wallahu a'lam bissawab~

  8. salam...kalau kita gaduh soal bangsa memang tidak dapat menyatukan masyarakat..kerana stp bangsa akan tuntut hak2 mereka..

    walau kita claim kita "bangsa malaysia" 1malaysia yg toleransi sbgnya,tp masih wujud golongan2 xpuas hati dgn hak2 mereka..nih semua sbb ape?sbb kite xdpt menyatukan masy melalui dasar bangsa.

    sedangkan kalau kita lihat ,dgn ISLAM sahaja yg dapat menyatukan semua bangsa berbilang2 berkaum2 dalam 1 tempat dgn harmoni..

    sebab di bawah ISLAM ,semua bangsa boleh menganut islam,takde batasan.
    so sesapa yg MUSLIM xkesah bangsa apa cam jadi "bumiputera" negara tuh..bukannye melayu ..sesape non-muslim masih diraikan ,dikekalkan hak2nya selagi mereka tak tentang islam..dan same2 pertahankan negara. alangkah indahnya.

    tak perlu tgk jauh2..madinah adalah 1 contoh negara ideal dibentuk R dgn ISLAM..so hanya ISLAM lah jalan penyelsaian untuk KESATUAN..

    mari kita sama-sama aim malaysia sbg NIC -new islamic country satu masa akan datang.


    [just my 2 cents]