kebangkitan yang muntij

Friday, November 27, 2009 Posted by ayyash 8 comments
Assalamualaikum wbt..

Keheningan pagi itu dipecahkan dek takbir yang bergema disekitar kawasan syare3 jam3a [university street]. Indahnya beraya di Negara Arab ini adalah dari segi penghayatan bangsa ini terhadap erti pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. melalui laungan takbir yang mengisi atmosfera irbid ini. Alhamdulillah, moga penghayatan ini terjelma dalam perlakuan fizikal sehari-harian baik saya, mahu pun mereka.

Melihat suasana masjid Yarmouk yang sesak dengan manusia menyedarkan saya akan masih ada segilintir manusia yang masih lena berulit mimpi kisah cinta laila majnun. Masih segar menghirup udara-udara jahiliah yang mengisi lapisan –sphere bumi baik atmos, stratos, tropos atau pun mesos. Masih enak menyantap bangkai dan najis yang dihidangkan oleh puak ideologi -isme seperti hedon. juga masih selesa berpayungkan sistem kapital mahu pun sekular.

2 minggu lepas, saya usai membaca satu risalah dari himpunan risalah-risalah Imam Banna untuk majalah mingguan Ikhwan, juga dikenali sebagai majmu’ rasaail, dibawah satu tajuk yang amat menarik iaitu, “Manhaj Ikhwanul Muslimin dan timbangannya”. Manhaj yang telah dibawa oleh Ikhwan sedari awal penubuhannya pada tahun 1929, lewat 5 tahun kejatuhan khilafah Islam ialah bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dimana aplikasi untuk mencapai keberhasilan manhaj ialah dengan berpandukan seerah Nabawiyah.

Apa yang cuba di’high-light’kan oleh Imam Banna adalah untuk menghasilkan sesuatu kebangkitan, antara perkara asas yang diperlukan ialah sebuah manhaj. Manhaj yang bagaimana? Seperti yang telah saya katakan diatas. Manhaj yang berpandukan Al-Quran juga sunnah. Namun manhaj tidak akan dapat dicapai tanpa dilakukan sebarang gerak kerja atau pun operasi. Lalu, seerah Nabawiyah menjadi rujukan kepada gerak kerja yang bagaimana harus dilakukan oleh umat-umat yang bekerja ini.

Namun, disebalik manhaj dan operasi yang hebat dan mantap ini, semuanya tidak akan beroleh keberhasilan sekiranya tiada pekerja-pekerja yang ingin bekerja untuk melaksanakan manhaj. Lalu tinggallah manhaj sebagai teori yang ditulis diatas kertas-kertas kajang sahaja. Maka, atas kesedaran yang jitu akan kepentingan pekerja-pekerja yang mampu bekerja untuk keberhasilan manhaj ini, Imam Banna telah merekrut pemuda-pemuda mesir pada zaman itu dengan cara menambah kefahaman mereka terhadap Islam. Seterusnya melahirkan sosok-sosok tubuh yang rela berkorban dan terkorban untuk Islam.

Kini, 85 tahun khilafah jatuh ditangan Mustafa Kamal Ataturk, keadaan ummat makin hari makin bejat dengan masalah-masalah jahiliah. Dunia Islam makin tenat dan tenggelam dengan kerakusan kuasa kuffar menguasai setiap aspek kehidupan. Saya melihat pemuda-pemuda dihadapan saya baik syabab mahu pun sobaya, ramai yang hanyut dengan kegilaan dunia. Takut. Gusar. Melihat keadaan ini.

“Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..Lailahailallah wallahu akbar”..

Lamunan terhenti dek keriuhan jemaah masjid berbalas ucapan dan doa Aidiladha tahun ini. Sahabat menghulurkan tangan, tubuh dipaut, ukhwah mengalir.

“Selamat hari raya. Kullu 3am wa antum bikheir”, kedengaran ceria suara sahabat.

“Selamat hari raya. Kullu 3am wa antum bi alfun kheir”, balas saya.

Moga Allah bantu ummat ini.

Moga Allah bantu setiap jiwa dan sosok yang bekerja untuk Islam.

Moga Allah hidupkan tiap hati yang bekerja untuk Islam ini dengan cahayaNya kerana hati yang mati itu tidakkan mampu untuk menghidupkan hati-hati lain.

Allah, rahmati ummat ini.

Psst1..kehadiran syabab bertakbir dirumah dan kemeriahan adik-adik dan sahabat-sahabat datang berziarah menjadikan eid kali ini sangatlah bermakna.
Psst2..saya telah beraya ke 10 buah rumah hari nih. Wah! Satu pencapaian yang baik.
Psst3..esok, jadual saya penuh. Moga Allah jauhkan saya dari kehidupan yang sia-sia.
Psst4..saya terlupa nk padamkan api lepas panaskan kuah kacang, rentung seperiuk kuah kacang. asap berkepul-kepul memenuhi ruang tamu dan dapur rumah. dan saya asyik dalam bilik, taip entri ni. cis! patutla hangit semacam. ingatkan arab masak hangit (rupa2nya aku masak hangit]. Ampun U, M dan I.. [aku x sengaja]

irbid,the hashemite kingdom, 5.44pm
Labels:

jiwa basah

Thursday, November 26, 2009 Posted by ayyash 5 comments
Assalamualaikum wbt..

9 Zulhijjah 1430H. Esok Aidiladha. Kepala berdenyut-denyut. Langkah kaki diperkemaskan menuju ke masjid Yarmouk. Janji dengan sahabat-sahabat Quranic Circle[memandai-mandai je aku bagi nama] untuk bertemu di masjid Yarmouk tepat jam 1.30pm nampaknya tidak kesampaian. Jam telah pun menunjukkan angka 1.40pm. Langkah dipercepatkan.

Suasana masjid bertambah syahdu dek ketiadaan jemaahnya. Minit-minit berlalu, akhirnya semua sahabat tiba. Bulatan duduk kami dirapatkan. Majlis dibuka. Serak-serak basah suara jiwa-jiwa segar itu mengalunkan kalam Rabb juzu’ 7. Selesai tilawah juzu’ 7.

Suara sifu M menerangkan ayat 82 dan 83 surah Al-Maidah memecah kebekuan suasana dek kesunyian kami menahan kesejukan suhu petang itu.

“Pasti kamu akan dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan musyrik. Dan pasti akan kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya kami adalah diantara orang-orang Nasrani”. Yang demikian itu kerana di antara mereka terdapat para rahib dan pendeta, kerana mereka tidak menyombongkan diri.”

“Dan apabila mereka mendengarkan Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad, kamu lihat air mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui dari kitab-kitab mereka sendiri seraya berkata, “ Ya Tuhan, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Nabi Muhammad.”

Terngiang-ngiang suara sifu M mengingatkan kami untuk sentiasa mengulang hafalan. Agar tak hilang dek kealpaan dan kelekaan menghadapi kesibukan menguruskan kehidupan dunia.

Jangan jemu dengan Quran sebab ia adalah kalam yang paling adzim sekali atas muka bumi ini. Kalam pencipta semesta. Kalam yang menghubungkan antara langit dan bumi melalui perantaraan Jibril a.s kepada manusia agung, nabi Muhammad s.a.w. Juga kalam yang menuntun hamba pulang ke pangkuan Tuhan Pencipta.

“Mulakan hari kita dengan Quran, biar kita mulakan hari kita dengan perkara yang paling baik sekali. Pastikan diri kita tak jauh dengan Quran, tegas suara sifu M mengingatkan jiwa-jiwa lembut itu.

Majlis ditutup. Alhamdulillah, betapa Allah menjaga aku dengan biah dan sahabat-sahabat yang solehah. Yang selalu membuatkan aku tersentak bahawa hidup ini sentiasa diawasi oleh Allah. Bahawa aku tak pernah keseorangan dalam hidup ni. Bahawa Dia sentiasa ada untuk mendengar setiap rintihanku. Wah, ketahuilah. Nikmatnya hidup dalam pengawasan Allah dan bersyariatkan Islam. Alhamdulillah.

Psst 1..esok raya aidiladha. Selamat hari raya ummah. Takbir!
Psst 2..osmate2 n aku masak rendang, lodeh ngan kuah kacang eh. Haha. Ktrg plan nk pakai baju tema ungu/pink. Huh.
Psst 3..huu, kepala aku makin sakit.

irbid, the hashemite kingdom
Labels:

aku penulis amatur

Wednesday, November 25, 2009 Posted by ayyash 7 comments
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah dah bagi dalam hidup seharian kita. Tak terkira banyaknya. Idea penubuhan blog ni dah lama terdetik dalam kepala ni, tapi terlalu banyak perkara yang membantutkan daripada perkara yang menggalakkan.. hurmm..

Kenapa ye saya buat blog?

Biarlah saya sendiri yang tahu kenapa. [jawapan yang langsung tak membina, eheh]

Kenapa saya pilih nama ladangakhirat?

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" [Al-An'am:32]

saya kira cukup jelas kalam-kalam Allah yang menegaskan juga mengingatkan hamba lemah macam saya ni bahawasanya dunia ini hanyalah tempat transit sebelum kita sampai ke destinasi yang menentukan bahagia derita hidup ini.

so mari nikmati hidup dan “jalan” ni dengan bahagia biarpun beribu rintangan yang datang menghalang. Wah, sejak akhir-akhir ni, hidup terasa indah sekali. Terima kasih Allah. Terima kasih juga untuk insan-insan yang membawa kemanisan dan keindahan dalam hidupku ini.

dengan penuh rasa kehambaan kepada Dzat yang Maha Menciptakan, ku memohon agar Allah meneguhkan pendirian dan keimananku dalam menghadapi fatamorgana dunia yang tampak indah secara zahirnya ini. Ya Allah, jauhkanku dari kehidupan yang sia-sia.

sekian dahulu entri first yang tahape2 ni..

irbid, the hashemite kingdom
Labels: