Showing posts with label kembara tabib. Show all posts
Showing posts with label kembara tabib. Show all posts

biri-biri comot

Wednesday, March 10, 2010 Posted by ayyash 9 comments
Biri-biri gemuk riang bermain di tengah-tengah padang pasir. Debu-debu yang melekat dibadannya menukarkan bulu putih bersihnya menjadi coklat. Comot. Rumput-rumput muda kehijauan diragutnya rakus. Gembira dan pastinya ia bersyukur kepada Tuhan yang memberinya rezeki, Tuhan yang mengatur segala isi alam ini dengan penuh keseimbangan.

Dicelah-celah kawanan bebiri, ternampak kelibat anak kecil setinggi biri-biri dewasa sedang mengacah jemaah biri-biri supaya kekal berada didalam kawasan dan kawanannya. Bimbang akan keselamatan biri-birinya atau mungkin juga bimbang dimarahi oleh sang bapa jika terjadi perkara yang tidak diingini kepada biri-biri peliharaan mereka.

Sedar tak sedar juga, sudah sepurnama laluan sutera ke sekolah perubatan dilalui saban hari sambil memerhati perkembangan biri-biri comot. Bermakna juga, sudah sepurnama penghuni-penghuni mudarraj ulum thani duduk menadah telinga, mendengar tiap butir ilmu yang keluar dari mulut doktor-doktor tersohor dunia arab mengajar mereka ilmu otak. Sedar tak sedar juga, sudah menjelang tibalah hari yang mendebarkan lagi mencarik-carik perasaan seluruh bakal-bakal tabib tahun 3 akan peperiksaan pertengahan semester yang bakal dilalui pada hari Ahad ini.

Mohon Allah memberikan mereka..

kesihatan terbaik..

waktu dan amal usaha yang berkat..

juga kejayaan yang bermanfaat..

Doakan kejayaan mereka!


p/s..esok result spm keluar..maka misi hari ini adalah menelepon dan menakut-nakutkan budak yang sedang menunggu keputusan di kampung halaman..haha..

irbid the hashemite kingdom, 5.34am
Labels:

just a little sign

Sunday, February 28, 2010 Posted by ayyash 10 comments
“Wei, berkerut sangat muka ko ni, senyum sket”, kata Bonez sambil senyumannya sengaja dilebarkan, menampakkan barisan gigi putih tersusunnya. Seperti dentate gyrus sahaja.

Suasana suam-suam panas makmal anatomi melekakan mereka. Suara lembut Are-are menerangkan satu persatu bahagian-bahagian model otak itu menerobos laju salur sempit gegendang telinga mereka, menampakkan persedian rapinya sebelum datang ke makmal hari itu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada model otak tiruan manusia yang tersadai diatas meja makmal.

Nun dihujung makmal, terdapat sampel otak sebenar manusia yang tidak diketahui pemiliknya. Terdengar suara garau Kyu menegur si Ululalbab yang rakus mencucuk-cucuk sampel otak tersebut dengan mata pennya. Bau formalin dan otak yang bercampur-baur menimbulkan aroma memualkan. Sesekali kelihatan Auriss menyeka cecair yang keluar dari rongga hidungnya menggunakan hujung labcoatnya. Pembelajaran mereka hari itu sangat menyeronokkan, dibantu pula oleh kakak makmal baik yang tidak jemu melayan kerenah mereka.

Diluar makmal, langit mendung. Awan seolah memuntahkan benih-benih wap air yang dikandungnya semusim lalu. Membasahkan dataran tandus ini. Teringat akan doctor yang mengajarnya Natural Resource, subjek elektif yang diambilnya bagi mencukupkan jam kreditnya di sekolah perubatan ini.

“Kalau kita ada teknologi menarik awan, saya akan gunakan teknologi tu untuk tarik awan ke Jordan ni, biar hujan turun kat sini”, kata-katanya disambut gelak tawa para pelajarnya. Betapa hujan itu sangat dinantikan oleh penghuni-penghuni dataran tandus ini.

Kata Khalifah Harun Ar-Rasyid pula, “hai awan, pergilah kemana sahaja kau hendak pergi, hasilnya tetap akan kembali kepadaku jua”. Kata-kata yang diucapkan oleh sang khalifah Abbasiyah saat Islam menjadi world order, menunjukkan betapa luasnya tanah yang bernaung dibawah system khilafah Islam tika itu. Cuba membayangkan keadaan dirinya berada didalam BaitulHikmah di kota Baghdad sambil menikmati angin semilir dari Sungai Tigris. Wah! Jauh merentas zaman anganannya hari ini.

Melihat lopak-lopak air yang berwarna coklat kehitaman sepanjang perjalanannya pulang kerumah tadi seakan melihat hitamnya Sungai Tigris dengan dakwat dari buku-buku yang dicampak oleh tentera Hulagu Khan saat mereka kebuntuan cara untuk menyeberangi sungai itu. Mujur sahaja ada Saifuddin Qutuz, panglima Islam dari Mesir yang berjaya menebus kekalahan tentera Islam di Baghdad. Seorang panglima tentera yang hebat, beliau mengatur strategi perangnya dengan menyatukan pimpinan umat Islam lewat kejatuhan Abbasiyah. Memilih medan Ain Jalut, kawasan yang terletak diantara tapak perang Yarmouk dan perang Hittin bagi menaikkan semangat tenteranya melawan tentera-tentera bengis Hulagu Khan. Dengan izin dan kehendakNya, kejayaan Qutuz dirakam sejarah.

Hari ini kepala didongak ke langit.

Mencari-cari kelibat sang mentari.

Hampa tidak ketemu.

Lalu dititip pesan pada sang awan.

Sampaikan pada mentari.

Bersinarlah selagi ada anak-anak Islam atas muka bumi ini.



p/s..
Memperkenalkan Bonez, Are-are, Kyu, Ululalbab dan Auriss ke pentas ladangakhirat..huhu..

irbid the hashemite kingdom, 4.59pm
Labels:

such a perfect order

Tuesday, February 16, 2010 Posted by ayyash 1 comments
Assalamualaikum wbt..

Jasadnya duduk membatu di kerusi yang telah ditetapkan oleh coordinator CNS, hati dan fikiran melayang entah ke mana. Bulan ini bulan Central Nervous System. Lampu kuning malap didalam mudarraj ulum thani, Science hall 2 sedikit sebanyak menambah kuasa kaca matanya. Sesal. Melihat manusia-manusia masuk ke dalam dewan gelap itu seperti melihat sekumpulan vampires berbondong-bondong melarikan diri daripada sinaran mentari. Manusia-manusia ini punya misi dan nawaitu berbeda. Ada ingin menjadi doctor kaya, ada ingin menjadi doctor yang berbakti pada jagat raya, ada juga sekadar melunaskan tanggungjawab pemegang biasiswa kerajaan Malaya.

Dia membelek-belek course schedule yang dibelikan sahabat baiknya. Tangan ligat menyelak helaian-helaian buku neuroanatomy sahabatnya tadi. Buku setebal lebih kurang 550 helai muka itu hanya membicarakan soal anatomi otak manusia. Pelik tapi hebat. Organ kecil yang terletak didalam tempurung kepala manusia ini punya peranan istimewa. Jasadinya yang terzahir adalah otak, tapi secara ruhinya ia adalah aqal yang menjadikan manusia itu ahsani taqwim sifatnya. Maka selayaknya kajian dan pengajian mengenainya sangat renyah dan rumit.

Sang ululalbab ada menaqalkan kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib yang mengatakan hati adalah buku tulis bagi mata. Setiap apa yang dilihat pasti membekas di hati samada ia bersifat positif mahu pun negative. Baginya, untuk sesuatu sampai ke hati, ia harus melalui proses penaakulan oleh aqal yang berjasadkan otak. Aqal memampukan sang manusia untuk berfikir dan hati menambah rencah rasa serta dzouq kepada produk fikir tadi. Aduh, ayat berbelit-belit apakah ini?

Antara point-point yang diutarakan oleh Al-Attas dalam bukunya Risalah untuk Kaum Muslimin ada menyebut sebab-sebab luaran masalah kegentingan umat mutakhir ini adalah disebabkan hilangnya maruah diri, kekurangan ilmu yang seteruskan mengakibatkan berkurangnya keimanan kepada Rabb pencipta. Apa yang ingin di’highlight’kannya disini adalah kurangnya ilmu pengetahuan dikalangan kaum muslimin. Mungkin disebabkan kurangnya penghayatan,pemerhatian serta penaakulan terhadap ‘ayat-ayat’ Allah yang berupa kehebatan ciptaanya serta dalil-dalil yang termaktub didalam Al-Quranul Karim menjadikan kemampuan otak manusia tidak dapat dimaksimumkan. Risau memikirkan keadaan pencapaian dirinya jika dibuat ujian IQ lantaran sedikitnya proses berfikir yang dilakukannya saban waktu.

3 hari kelas telah bermula, sesi ulangkajinya masih juga belum bermula. Tinggi benar thresholdnya kali ini. Lambat sekali spiritnya datang. Yang pasti, dia ingin mengkhatamkan buku Risalah Al-Attas, tertarik dengan tajuk-tajuk didalam buku yang dibeli oleh sahabatnya onebonez itu.Teringat kepada gambarajah penguasaan otak. Dia jadi pelik. penguasaan bidang sains tulen berupa subjek-subjek core sains seperti physic dan math menunjukkan lebihnya pengunaan otak kiri oleh pemiliknya manakala penguasaan bidang sains social berupa subjek seperti sejarah menunjukkan pemiliknya lebih menguasai otak kanan. Melihat kepada kecenderungan dirinya dewasa ini, dia jadi keliru. Dia hanya berotak kiri ketika berada didalam gua para vampires, selebihnya dia lebih suka kepada material otak kanan. Sejarah sangat menyeronokkan bagi dirinya dan ululalbab walaupun ia satu mimpi ngeri untuk kebanyakan sahabat-sahabatnya.


Irbid, the Hashemite Kingdom, 11.59pm
Labels:

the struggle's just too much

Tuesday, January 12, 2010 Posted by ayyash 6 comments
Assalamualaikum wbt..

Jalan-jalan di rausyanfikir.com dan jumpa quote 2 orang cendekiawan Islam yang hebat ni,

Kata Imam Ghazali,

“Akal itu umpama penglihatan yang selamat dari cacat cela, dan al-Qur’an itu umpama matahari yang menyinari jagat raya, dengan keduanya seseorang dapat memperolehi hidayah. Seorang yang mengambil salah satunya tergolong dalam orang-orang yang bodoh, orang yang menolak akal hanya cukup dengan cahaya al-Qur’an sama kedudukannya dengan orang yang mendapatkan cahaya matahari tetapi menutup hati, maka tidaklah berbeza dia dengan orang yang buta. Maka akal dengan Shara’ adalah cahaya di atas cahaya”.

Kata Sheikhul Islam Ibn Taimiyah pula,

“Akal itu syarat dalam mencapai ilmu pengetahuan dan kesempurnaan amal soleh, dengannya akan sempurna ilmu dan amal. Ia seperti kuatnya penglihatan bagi mata maka ketika bertemu dengan cahaya iman dan al-Qur’an maka umpama bertemunya cahaya mata dengan cahaya matahari dan api dan jika mencukupi dengan salah satunya tidak akan dapat seseorang itu memahami segala sesuatu”.

The life that gives us hopes,
But..the struggle's just too much..
Arghh, fatrah exam yang membantutkan. Doakan ye!

14th January - Endocrine Sytem MidTerm
17th January - Endocrine Sytem Final
21st January - Musculoskeletal System Final
27th January - Gastrointestinal System Final


p/s..
1.Teruja dengan aliran pemikiran professor Syed Naquib Al-Attas..membaca memang kunci ilmu..
2.Andalus, semangat Tareq bin Ziyad, silalah meresap ke dalam diri..pheww, exam dulu ye..
3.Jatuh cinta dengan Dr.Hakam Hadidi, beliau sangat baik..wuhuhu..


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 8.42am
Labels:

pre-exam syndrome

Wednesday, December 09, 2009 Posted by ayyash 12 comments
Assalamualaikum wbt..

Satu.

Usai membincangkan liver cirrhosis case dalam group discussion bersama rakan-rakan dan doctor KAUH, King Abdullah University Hospital. Mata pun agak mengantuk dek sepinggan nasi Mat3am Hadramaut. Huhu. Sedang membaca nota mikrob, tiba-tiba terdetik untuk membuka buku patologi, pocket companion robin and cotran yang dihadiahkan oleh seorang sahabat lewat usia saya menghampiri 20 tahun semester lepas.

Daripada saudara seaqidahmu..
Ukhuwah antara kita umpama seutas tasbih, ada awal tiada penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk cintaNya, diratib demi redhaNya. Kematian itu motivasi bagi muslim. Moga bertemu di syurga abadi. Sayang kamu kerana Allah..

Ya. Saya juga sayangkan anda kerana Allah.

Dua.

Wohaa! Exam makin dekat.

Doakan sahabat-sahabat dan saya cekal untuk terus membaca dan membaca helaian-helaian kertas yang menyesakkan dada dan menyerabutkan minda ini. Sungguh, jika mahu di hiperbolakan, jari sudah bengkok menulis dan mencoret, berbatang-batang pen Montex sudah bertukar ganti dek kehabisan dakwatnya, pinggang sudah terasa peritnya lantaran duduk terlalu lama menghadap nota, mungkin juga cecair intervertebral disc sudah haus, mata juga sudah penat dek tekunnya menatap tulisan-tulisan kecik lectures note didalam tetingkap laptop, tetap juga tidak bisa melawan kecekalan dan kesungguhan cendekiawan-cendekiawan terdahulu menuntut ilmu.

Langsung tidak memerlukan peperiksaan dan ujian semester untuk menyuntik semangat dan iltizam mereka terhadap ilmu.

Juga tidak memerlukan system pendidikan yang disusun oleh university dan kementerian.

Jauhkan lagi mengharap tajaan pendidikan oleh mara, jpa, mindef mahu pun bank negara, bisa saja mereka menjelajah segenap pelosok alam untuk menuntut ilmu.

Lihat saja kepada Imam Shafie, Imam Ahmad bin Hambal, juga imam-imam mazhab lain. Jangan engkau lupakan ilmuan-ilmuan abbasiyah juga ulama-ulama Azhar.

“Malulah kamu wahai si penulis ladangakhirat!”.

Keras jeritan suara menggemakan minda, membuntangkan mata yang kuyu untuk terus belajar agar bisa jadi orang yang faham, seterusnya menyampaikan dan memahamkan manusia lain. Agar hidupmu tidak menjadi parasit, membebankan si penanggung. Bukankah sudah acapkali engkau mengingatkan dirimu, hidup itu biarlah berprinsipkan mutualisma. Saling. Memberi dan menerima.

Masukkan dalam mindamu, fahamkan dengan hati. Belajar ya!

psst..itula akibatnya klu malas beli nota, main download je nota segala..hadaplah laptop tu, celikkan mata..btw, tetap menyokong med4just cawangan atyaf..ye2..troskan menyokong kutlah islami..rasa2nya malek domeidat naik utk next election, ye ke?..

irbid, the hashemite kingdom, 1.33pm
Labels: