Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

hujan itu rahmat

Monday, January 18, 2010 Posted by ayyash 17 comments
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, antara perancangan paling cantik yang Allah tentukan untuk hidupnya adalah dengan mencampakkannya ke bumi Sham ini. Bumi dimana dia betul-betul mengenal Islam dalam konteks kefahaman dan pengaplikasian konsep syahadah yang ditajdidkannya 5 kali sehari semalam dalam sujud kepada Ilahnya. Bumi yang menemukannya dengan teman-teman yang hebat. Bumi yang membawanya menyoroti kemelaratan dan kebejatan masyarakat Islam yang satu ketika dahulu melahirkan Anbiya’, ulama juga para mujaddid ummah. Serta bumi yang menumbuhkan bibit dan semangat kepemudaan yang seharusnya ada dalam diri seorang pemuda Islam. Segala-galanya membawa ibrah yang cantik bagi akal yang berfikir. Selayaknya syukur itu untuk Rabbnya.

Tertarik dengan entri sahabatnya, soal lagu yang kita dengari juga merupakan satu tarbiyah kepada hati dan fisiologi badan pemuda muslim. Betapa persekitaran juga mempengaruhi proses pembentukan diri dan minda. Seingat dia, proses pembentukan diri dan fikrah Imam Banna yang membawa kepada tertubuhnya gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 1929 juga datangnya dari persekitaran Mesir yang dijajah oleh British. Pembentukan fikrah yang menjurus kepada tertubuhnya gerakan kebangkitan ini bermula sekitar usia Al-Banna menjejak angka 20-an selain daripada tarbiyah langsung mujaddid ini yang diperolehnya sedari kecil. Satu waktu usia yang hijau dan segar, proaktif juga produktif dalam rangka idea dan gerak kerja memperbaiki maslahat ummah.

Begitu juga dia, pertengahan tahun ini usianya akan menginjak angka 21 tahun sekira diizinkanNya, turut merasakan tenggang waktu yang ada sebagai satu peluang keemasan untuk membentuk pemikiran [baca:fikrah] yang bebas dari sebarang bentuk penjajahan rentetan kesan pasca-kolonialisasi watannya satu ketika dahulu. Dan proses pembentukan itu memerlukan kepada satu system tarbiyah yang tersusun, supaya dapat melahirkan sosok-sosok penggerak seperti anak-anak didik insan agung, Nabi Muhammad saw.

What is education?

Education is a process of instilling something into human being. Tanpa menjelaskan maksud mendalam word-by-word education, itu takrif pendidikan [baca:tarbiyah] secara literalnya dari Al-Attas

In this answer ‘a process of instilling’ refers to the method and the system by which what is called ‘education’ is gradually imparted; ‘something’ refers to the content of what is instilled; and ‘human beings’ refers to the recipient of both the process and the content.
Dalam satu ekosistem kehidupan, “something” boleh juga diibaratkan seperti persekitaran, dimana persekitaran itu sendiri mengandungi banyak elemen sama ada bersifat baik atau buruk. Dan “human beings” pula adalah manusia-manusia yang berada didalam persekitaran tersebut. Jadi, persekitaran adalah satu elemen muhim yakni penting untuk membentuk pemikiran dan peribadi yang syumul bertunjangkan Islam, Iman dan Ihsan. Dan untuk kesekian kalinya, dia bersyukur kerana persekitaran yang ada mampu menggerakkan akal warasnya untuk menilai serta menjustifikasi apa itu haq dan batil mengikut neraca iman. Walau seringkali dia jatuh dan bangun seiring dengan yazid-wa-yanqus iman yang ada dalam dirinya.

Kepada Allah Tuhan pencipta, petunjuk dipinta.


p/s..
1. Exam berbaki 2 papers, tolong doakan dia dan sahabat-sahabatnya!
2. Hari ni hujan sepanjang hari, mengingatkannya akan katak dan kodok dikampung halamannya. Dia memang anak kampung.
3. Mabruk alaiki untuk sahabat yang baru bergelar makcik. Namakan saja Ayyash. Moga-moga kelak dia jadi sehebat Yahya Ayyash..hehe..
4. Entri ini hanyalah hasil dari pembacaannya yang sedikit dan hasil pemikirannya yang dangkal.


irbid the hashemite kingdom, 5.40pm
Labels:

annular solar eclipse

Friday, January 15, 2010 Posted by ayyash 5 comments
Assalamualaikum wbt..

Cerita pagi

Tit-tit..Salam A1, jom g masjid.. Solat gerhana pukul 8..[mesej masuk jam 7.18am dari A2]

Cerita petang

Mata ralit menatap skrin laptop saat nota-nota menjerit minta dibaca. Dia lemas, inkuirinya kadangkala mengalahkan prioritinya. Dia harus tahu juga mengenai alam yang didiaminya ini. Alam yang menyaksikan saat dia dilahirkan, dibesarkan sehingga menjadi manusia sebegini rupa dan akan kembali semula ke dalam perut alam ini. Semua tercatit di Lauh Mahfuz, meski segala-galanya sudah sedia ada dalam pengetahuan Rabbnya.

Jumaat ini Jumaat yang baraqah. Solar eclipses for Beginners. Begitu tajuk halaman elektronik yang sedang ditatapnya. Fenomena annular solar eclipse yang baru sahaja berlaku pagi tadi memandu jemarinya menaip kata kunci solar eclipse. Lalu memaksa ruang sesawang memuntahkan segala ‘isi dan bendalir’ mengenai fenomena kusuf yang jarang-jarang sekali berlaku itu. Dia cuba memahamkan mindanya meski soal gerhana ini pernah dipelajarinya saat dia merangkak mengeja di sekolah kebangsaan kepulauan Melayu satu tika dahulu.

System pendidikan yang bermanhajkan exam-oriented dinegara pertiwinya sedikit sebanyak menjadikan dia pelajar yang beku pemikirannya. Segala-gala yang dipelajarinya 3-4 tahun lalu hampir dilupakannya. Jika mahu dibuat graf, dia pasti graf ilmunya hanya akan mencanak naik saat-saat dia hendak menghadapi peperiksaan. Salah dirinya sendiri juga, mungkin tidak bersungguh dalam menuntut ilmu. Idea Professor Syed Naquib Al-Attas yang dibacanya lewat asar tadi mengenai pendidikan sangat menarik minatnya. Kepalanya sedikit berat tatkala mindanya cuba menghadam dan memproses idea Al-Attas yang dibacanya dari excerpt The Concept of Education in Islam, kertas kerja Al-Attas mengenai pendidikan yang dibentangkannya dalam First World Conference on Muslim Education di Makkah Al-Mukarramah. Balik kepada cerita gerhana cincin matahari.

Annular eclipse of the sun will occur over central Africa, the Indian Ocean and east Asia on January 15. It will be the longest lasting solar eclipse since 1992. During annular eclipse, moon is further away from Earth than in total eclipse so outer edge of sun (annulus) is seen.
Begitu maklumat yang diterimanya. Gerhana matahari berlaku saat matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah yang sama. Lalu menyebabkan kawasan bumi yang berada setentang dengan kedudukan bulan dan matahari menjadi gelap. Saat itu cahaya matahari telah ditutupi oleh bulan. Kawasan bumi yang gelap itu dinamakan umbra, kawasan sekitar umbra dinamakan penumbra.

Seingat dia otaknya pernah memproses maklumat sebegini rupa satu ketika dahulu. Mungkin masa menyebabkan dia lupa. Dan jarinya harus berhenti menaip, sedar akan keadaan dan tanggungjawabnya. Dia harus belajar supaya dia jadi manusia yang tahu, tidak berotak beku, jauh sekali berhati batu.

p/s..
1.Exam berbaki 3 papers lagi. Doakan dia.
2.Tadi sahabat bercerita lagi mengenai Strawberry hemangioma yang dihidapi oleh adik sahabat, Nur Raihan. Moga-moga Raihan membesar dengan sihat, itu yang penting, kan sahabat?


Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom,7.16pm
Labels: