no Conqueror except Allah

Wednesday, March 17, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

Dalam kesibukan study leave untuk CNS1 yang lalu, pergi berlayar ke ruang sesawang xifuxx, sahabat baik semasa berada di Integrasi Gopeng dahulu. Terasa aura kematangannya daripada penulisan yang terzahir. Sahabat ini juga suka membaca, dan pasti bahan bacaan yang telah dibacanya jauh meninggalkan saya yang masih termanggu-manggu mencari bahan bacaan dalam ruang masa yang juga sedikit terbatas. Novel dibawah ini dicadangkan oleh xifuxx.

Isabella – A comparative study of Islam and Christianity. Buku yang telah didownload dari scribd semasa minggu study leave lepas. Membacanya selama 3 hari tidak membuatkan masa terasa terbazir. Sebuah buku teologi yang ditulis dalam bentuk narratif, terasa santai walaupun isu yang dikupas amat berat. Isu ketuhanan dalam dua buah agama, Islam dan Kristian.

Kisahnya berlatar belakangkan kerajaan Islam Sepanyol, Isabella anak kepada ketua paderi gereja besar Cordova telah terdengar perbincangan 2 orang pemuda Muslim mengenai ‘curse’ yang menjadikan seluruh umat Kristian berdosa. Lalu Jesus Christ dijadikan korban di tiang salib bagi menanggung seluruh dosa penganut Kristian. Isu ketuhanan dan kemanusiaan Jesus Christ yang dipertahankan oleh paderi-paderi Katholik berjaya dipatahkan oleh seorang pemuda Islam yang hebat bernama Umar Lahmi melalui polemik interfaith yang telah diadakan di gereja besar Cordova.

Rentetan dari siri-siri perdebatan mereka, Isabella mula merasai akan kesamaran dan putar belit ajaran Kristian. Lalu pertemuan-pertemuan diatur antara Isabella dan para cendekiawan Islam. Akhirnya, Isabella anak ketua paderi Sepanyol telah kembali kepada Islam dan meninggalkan Kristian. Satu tamparan dan penghinaan besar kepada institusi agama Kristian apabila Isabella yang telah dididik dan diasuh sedari kecil mengenai ‘kebenaran’ agama Kristian akhirnya memeluk Islam.

Tauhid. Perkataan yang dijawab oleh Umar Lahmi saat dia dicabar untuk menyimpulkan seluruh ajaran Islam didalam satu perkataan. Berbeza dengan agama Kristian yang memilih kasih sayang sebagai intipati penting keseluruhan ajaran agama mereka. Para paderi menuduh Islam sebagai agama keganasan dan menyuruh Umar Lahmi membuktikan Islam sebagai agama kasih sayang. Melalui konsep ubudiah yang ditekankan didalam ajaran Islam, sudah cukup untuk menunjukkan secara langsung akan kasih sayang antara Pencipta dan hamba, yang seterusnya melahirkan kebahagian dan keharmonian dalam tatacara kehidupan masyarakat muslim seharian.

Sangat menarik untuk dibaca!


Take notes guys!

1. Berdasarkan pemerhatian saya, kisah ini berlaku sebelum era reconquista yang telah menundukkan kerajaan Islam Andalus dibawah kuasa besar Kristian Katholik, Ferdinand of Aragorn dan Isabella of Castille. Maka Isabella yang hidup dalam zaman kegemilangan Islam Sepanyol ini adalah orang yang sama sekali berbeza dengan Isabella sang puteri raja dari Castille.

2. Agak sedikit pelik, Isabella adalah anak kepada ketua paderi. Sedangkan paderi dan rahib tidak dibenarkan berkahwin, satu perkara luar tabii yang sama sekali bertentang dengan fitrah penciptaan manusia yang dicipta berpasang-pasang. Erm, pelik..pelik..macam mana ketua paderi boleh ada anak?


Irbid the hashemite kingdom, 7.10am
Labels:
  1. 2 isabella yg berbeza zaman.

    [tros search nk donlod]

  2. aisyah, aku jumpa banyak buku english kat library just weih..novel classic banyak, buku biografi ada, buku novel n history ada. Buku teologi pun banyak.. terus mata aku yang mengantuk pagi tadi terbukak bersinar-sinar punggah library.. hehe.. baru ada misi nak khatam library sebelum naik klinikal.

  3. salam ziarah.

    Rasanya yang tak boleh kahwin tu paderi katholik.

    Protestan boleh.

    Dah lama download novel nh, tapi tak habis baca. kne print r rase'y..bce kat laptop x selesa la.

  4. to kak ros kuning..

    jumpe tak akk? klu tak jmpe, bleh roger2..InsyaALLAH nti sy emelkn..

    to tepianmuara..

    td akk de bincang ngan kwn gak pasal ni..kesimpulan kite sama, maybe paderi protestan bleh kawin..erm, baca la bg abes..mmg berfaedah!!

  5. assalamualaikum
    kamu seronok kacau2 di blog saya ye cik ayyash..siap nnti kita jumpa..
    hehe..

    seronok kalau dapat baca novel tu..
    boleh x nak cik ayyash emailkan kat kita??

  6. wslm wbt..

    bleh3..hehe..nti mesej emel kt sy..
    InsyaAllah nti sy emelkn..
    yep tak sabar nk jmpe..
    sy ada byk soalan ekonomi nk ty..

  7. Anonymous

    ayyah,
    salam.

    i'll try to read the book.uhu,masa oh masa...


    tun teja

  8. wslm wbt..

    takpe2.. takes ur time tun.. uh..

  9. baru perasan.
    lagu isabela yg evergreen kt msia dulu, ruoenye cter sal isabella kristian tu erk..

    nak gak crte ni..
    hantar trus ke bilik ku..
    kih3..
    tak maen la emel2 ni..
    haha

  10. tak tau plak klu lagu tu cite pasal isabella ni..

    cik kulat..haha..
    sbb ko yg mtx, ko kene msk laksa letak bunga kantan ngan daun kesom dlu bru ak bg..hemoih3..

  11. pasal isabella..pelik tapi benar..pasal anak paderi..lagi pelik tetapi benar..haha