biri-biri comot

Wednesday, March 10, 2010 Posted by ayyash
Biri-biri gemuk riang bermain di tengah-tengah padang pasir. Debu-debu yang melekat dibadannya menukarkan bulu putih bersihnya menjadi coklat. Comot. Rumput-rumput muda kehijauan diragutnya rakus. Gembira dan pastinya ia bersyukur kepada Tuhan yang memberinya rezeki, Tuhan yang mengatur segala isi alam ini dengan penuh keseimbangan.

Dicelah-celah kawanan bebiri, ternampak kelibat anak kecil setinggi biri-biri dewasa sedang mengacah jemaah biri-biri supaya kekal berada didalam kawasan dan kawanannya. Bimbang akan keselamatan biri-birinya atau mungkin juga bimbang dimarahi oleh sang bapa jika terjadi perkara yang tidak diingini kepada biri-biri peliharaan mereka.

Sedar tak sedar juga, sudah sepurnama laluan sutera ke sekolah perubatan dilalui saban hari sambil memerhati perkembangan biri-biri comot. Bermakna juga, sudah sepurnama penghuni-penghuni mudarraj ulum thani duduk menadah telinga, mendengar tiap butir ilmu yang keluar dari mulut doktor-doktor tersohor dunia arab mengajar mereka ilmu otak. Sedar tak sedar juga, sudah menjelang tibalah hari yang mendebarkan lagi mencarik-carik perasaan seluruh bakal-bakal tabib tahun 3 akan peperiksaan pertengahan semester yang bakal dilalui pada hari Ahad ini.

Mohon Allah memberikan mereka..

kesihatan terbaik..

waktu dan amal usaha yang berkat..

juga kejayaan yang bermanfaat..

Doakan kejayaan mereka!


p/s..esok result spm keluar..maka misi hari ini adalah menelepon dan menakut-nakutkan budak yang sedang menunggu keputusan di kampung halaman..haha..

irbid the hashemite kingdom, 5.34am
Labels:
  1. salam ayyash..

    ye sudah sepurnama jua tahap futur kita. kuikui..

    bitaufeeq utk otak! Doaku terbang menembakmu..

  2. All da best..gud luck to nall of u..moga Allah mudahkan segalanya..jaga kesihatan, jaga ibadat, jaga masa sebaiknya..take care ayyash san kawan2 lain juga.. bittawfeq wannajah.. Allah yusahhil umrukum..^_^

  3. to ezzah..
    haha..sepurnama ye kite futur..adeh, penat dh futur..bangun blk jom....

    to k.farah..
    tq kak..bittaufeq jugak..inspiring btol akk2 taon 6 nih..superb seniors..

  4. Aleen

    Assalamualaikum kak Ayyash..

    Nampaknya bukan kita2 sahaja.. Ramai juga sahabat lain kat luar tu yang futur sama..

    Mungkin pengaruh geografi terhadap psikologi minda dan fisiologi badan??? Hoho.. Hipotesis baru yg peru dibuktikan.

    Baru terlintas,

    Mungkin Allah bagi kita semua cubaan ni pada masa yang hampir sama kerana Dia mahu ajar kita sesuatu yang penting.

    Aleen yakin, insyaAllah, Allah sedang prepare kita semua utk kerja2 Jundiyyah dan Qiyadah masa depan.. InsyaAllah..

    Semoga kite sume tetap duduk sebarisan.. Menjadi skuad bahagian hadapan.. Menggegak gempitakan musuh sejak berzaman.. Ameen..

    (hehe.. lawaknye ayat.. Tapi karangan memang lemah dan ayat tak puitis.. kene latih lagi..!! dan baca.. )


    "Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendekiawan membuat sejarah dengan akal fikiran mereka. Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah, pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya. –Dr Mustafa As-Sibaie"

    (dapat dari PMK)

    P.S: Biri-biri tu comel laaaa..!! Bukan comot...!!

  5. go go ayyash n sume adik2ku sayang!!

    ade org kate..CNS penentu hidup mati 3rd yr.

  6. Anonymous

    bdk spm kat rumah tu xtakot pon...die xde perasaan ape2 pon...

  7. to ros kuning..
    gulp..

    to anonymous..
    luar je nmpk xde perasaan..

  8. teardrop

    kak yong kak yong
    nape x sedar yg kak yong da hapdet blog.hihi
    comel je biri2 comot..td pg exam turun dkt hspital nmpk suasana sedemikian.rase nk berlari2 kat padang smbil kejar pepatung (bak kate seezhasanah>sibur sibur.lalala)

    kerna manusia diciptakan bersifat lemah, kerna itu jualah ada tuhan tempat mengadunya
    ;)

    mari berjuang utk otak kedua.naaa

    p/s: biskut gandum yg enak dah hbis. nk tggu kak yong dtg bwk lg!

  9. to teardrop..

    ALARMED!!
    -bendasing dikenalpasti-
    wei ceroboh akaun blogger ak..ciss..

    org perak panggil yong tuk anak sulung je TD..since ak bkn anak sulung maka ungkapan itu agak kurang sesuai digunakn w'pn ak kelihatan lebih tua dr usia ak bak kata ko..ciss lg skali..

    p/s..waktu kecik2 ak pngl cibo-cibo..