kanvas hidup kita

Friday, January 08, 2010 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt.

Saya baru selesai membaca tulisan 2 orang manusia sulbah dimana saya yakin mereka telah menjadikan kehidupan ini sebagai satu pelaburan terbaik untuk dibawa menemui ‘pelabur’ mereka kelak. Impuls dan neuron seakan-akan ikut sama ter’excite’ pabila membaca karya hidup mereka. Membenihkan kefahaman dalam jiwa, juga melembutkan hati yang seakan keras lantaran buta dan tulinya mata telinga hidup dibawah system kuffar hari ini. Seakan juga memberitahu saya bahawa cinta dan rindu kepadaNya hanya akan hadir apabila hidup ini berpaksikan aqidah dan dalam kerangka melaksanakan syahadah tanda ubudiah kepada Ilah yang satu itu. Dan saya, semakin kagum dengan jalan yang mereka pilih, ingin turut serta dalam gerabak mereka, meski saya hanya seperti sebutir debu dalam lautan pasir.

Untuk kau sahabat!

Semalam, sahabat itu menangis lagi. Untuk yang ke berapa kali, saya juga tidak pasti. Perit barangkali, ditinggalkan tatkala hati berkobar-kobar ingin memberi. Saya yang kehilangan kata, duduk membatu ditepi. Langsung tidak memberi solusi. Sekadar memahami didalam hati. Jalan ini jalan penuh duri. Sabar dan ikhlas buat memujuk hati. Mudah-mudahan kelak usahamu diganjari ilahi.

“Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia [Allah] telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan begitu pula dalam [Al-Quran] ini, agar Rasul [Muhammad] itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." [Al-Hajj:78]

Ya, hanya Dia sebaik-baik penolong.

Kahfi dipagi Jumaat
Ardh Ar-Ribath, the hashemite kingdom, 9.23am
Labels:
  1. kadang2 kita terfikir.,adakah betul apa kita buat nih?adekah betul jalan ini?

    adek2ku sayang..banyak2 tadabbur surah as-saff..
    allah memperlihatkan silah perjuangan..dimana silah itu kita lihat,para nabi mesti melalui ujian getir..sunah perjuangan..jgn harap kejayaan dtg bergolek..kefahaman yg jelas..iman yg mntp akn wat kita terus bekerja..dulu ayat ini menyeru sahabt..[ayat 10] kita bygkan Allah menyeru kita pula...ini satu bisnes yg terjamin..tuh janjiAllah..nabi isa pernah berckp pd pengikut dia "nahnu ansarullah" dan iA maka kita juga..

  2. Aleen "kita"

    Assalamualaikum warahmatullah..

    Kak Ayyash, thanks utk post yg best ni. Mula-mula dulu,ingatkan air mata Aleen ni je yg senang sgt tumpah bile rasa susah kat jalan ni.. Tapi, bile kite amik cakna pasal kawan-kawan yg lain, semua pun pernah lalu benda yg sama, mungkin sbb ni mmg sunatullah jalan perjuangan yg kita semua cuba nak ikut.. Tak dihiasi "red carpet" dan tiada ditabur bunga-bunga..

    Mengambil kata-kata che wan azleen kita, "semua org pun pernah ada pengalaman yg sama, semua orang pernah sedih".. Alhamdulillah, Allah bg kita semua berada dlm "gerombolan" penerus perjuangan, dan kita bukan sorg2.. Ade kwn-kwn, ada kakak-kakak, ade ibu bapa.. Alhamdulillah..

    Sejujurnya, kita rasa sgt2 bertuah.. Dan sgt2 seronok dpt sahabat yang menykong kita.. x patut kite rase sunyi, kan alam pun bersama kita?? Walaupn ade cabaran, hatta di dalam rumah sendiri, tapi Allah ttp bagi peluang kuatkan diri, selagi mana kita mahu.. insyaAllah.

    Satu rahsia yg nak dikongsi.. supaya ia tidak lagi rahsia..

    Korang semua, Aleen jumpe setiap masa, kat mana-mana saja, mengajak diri ni ke arah kebaikan, mengingtkan tatkala lupa, mendoakan dalam diam.. Sejuuuk hati tgk wajah korang semua, kadang-kadang rasa mcm xnak lepaskan hubungan ni, walaupun nnt ada yg kena pergi..

    Sesungguhnya, kite sayaaaaaaang kawan-kawan semua.. Moga Allah temukan kite semua dalam Firdaus, saling membalas salam dan bergembira dgn wajah bercahaya.. Ameen..

    p.s : 1st time nangis tulis komen kt blog org.. hehe.. Jumaat yg barakah.

  3. sabar dan ikhlas memujuk hati
    ^_^
    yakinkan diri,dgn apa jua yang Allah beri utk kita tempuhi..^^

  4. .."kita" naadherah,,

    Salam..

    (tgh menangis jugak sekarang nih..) :,,(

    kadang2 penat asyik memikirkan ketidaksempurnaan diri..

    kita kejar..orang lari lari lari lari LARIIIII lari lari lagi.

    penat baca msg "maaf" "sori" no and no no no no NOOOOOOOOO

    tadi laptop terbakar waktu baca folder "daie rabbani"
    :,,,( nangis lagii..

    Nasib baek Allah counts every joule we spent on this canvas....

    Moga Allah thabatkan hati..

    Nangislah lagi...
    :,,,,(
    Sebab Allah tahu kita nangis utk apa..

  5. to my dear,

    kita cuba lagi membuka hati2 yang mahu mencariNya..
    benih2 yang ada kita semai sebaiknya..
    tangan2 yang menerima, kita pimpin sebaiknya..
    supaya mereka berjumpa dengan Rabb Tuhan yang Maha mencipta.

  6. salam alaik..

    to yellowrose..
    time kasih utk surah as-saff itu..

    to aleen..
    syg aleen jugak..quest to see HIS wajh..

    to sakuradila..
    hidup perlukn keyakinan utk trs menapak ke depan..time kasih..

    to naadherah..
    yeh, Allah sgt baik..He counts every single tear we drop on His path..tidak ada yg sia-sia..

    to k.mae..
    matlamat akhir..persembahkn yg terbaik time presentation dpn Allah nti..trskn berusaha..time kasih akk..btw slmt pulang ke msia..jgn lupe peta dunia sy..haha..

  7. to aleen,

    iz sayang aleen gak.. ^^,

    btw, budak kecil ni dah 'membesar' dgn sgt cepat dan sihat skrng.. haha!
    bagus.. byk2 'makan' dan 'hadam' ye ukhti.. nnti kita gegarkan kampung halaman kita dgn gema pemuda. insyaAllah!

    to nadheerah,

    ooo..my sweet dear.. [sedihnya]
    sabar atas jalan dakwah ni jihad. jgn penat dulu pliz.. sy masih memerlukan anda.. hihi..

    walau awal2 mereka lari, masih ada mereka yg mencari. alhmdulillah~

    even syukur hanya maaf atau tidak sahaja yg diucap bukan kejian mahupun kutukan.

    btw, tak sangka anda tgh baca da'ie rabbani masa laptop terbakar itu.. errrmm.. no komen! mungkin itu asbab allah nk bg lagi ingat kut apa yg di baca.. hihi

    to kak mae,
    slamat pulang kak. bakal merinduimu juga.

    to ayyash,
    jiwa yg sensitif dgn sahabat. maaf, sahabat 'kita' anda, sahabat saya juga. komen pjg di 'rumah' anda pula. :p

    to semua,
    ana selalu kata-katan ini..
    di awal tarbiyah dan dakwah itu semua best,
    di tengah2nya adalah ujian,
    dan pengakhirnya ???
    bergantung pd kita semua yg mencorakkannya..

    moga terus thabat~

  8. tebu

    assalamualaikum...

    bertuahnya kamu2 yg diuji Allah..
    kadang2 bila hidup terlalu senang dan mudah, risau mgkin tidak berada dlm perhatian Allah..
    overall, we musleems treat ups n downs with as-sabr wa as-syukr.. as those are the same;a test from our Lover

    -sedang belajar menjadi manusia yg BERGERAK-

    p/s:errrrrrrghhhhhh...tension bertapa dlm gua exam2 nih..Bittufeeq semua

  9. salam.

    walaupun saya tidak mengenali saudari tapi saya memang terkesima dgn tulisan anda. sangat segar. terbaik dari ladang.

    izinkan saya untuk link blog anda. wallahu'alam.


    p/s-make a decision. nthen, terus berjalan. bila di depan ada masalah, cuba cari penyelesaian.

    di sana pasti ada jalan-Nya.

  10. salam alaik..

    to tebu..
    senang tu satu nikmat yg kite manusia slalu lupe jugak..didoakn anda dan kami kuat dgn tiap nikmat baik senang mahupun susah..

    to snr munir..
    pheww, terbaik dr ladang? hanya seorg penulis picisan yg cuba menulis utk memberi kesan [ayat bengkel penulisan]..
    utk link, sila2..

    p/s..sy cdgkn anda baca blog muharrikdaie.wordpress dan muharikah.wordpress

  11. Salam.tulisan yg menarik.keep it up.Hidu penulis sememang perlu punya hati yg seni.penulis adalah jurucakap masyarakat.semoga anda di beri kekuatan oleh Tuhan untuk terus menulis.

  12. no prob..
    insya-Allah misi pencarian peta dunia akan bermula hari ini..

    All the best Ayyash.
    jawab exam elok2..

  13. wslm wbt..

    to psychedelicmundo..
    didoakn Allah trs menajamkn pena anda..

    to k.mae..
    jzklh akk..td cik yellowrose ckp nk tempah peta dunia gak..nti dy emel akk..