kasih umi sayang ayah

Saturday, December 05, 2009 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

18 Zulhijjah 1430H. Semalam saya menelefon rumah, bercakap lebih kurang 20 minit dengan umi dan ayah. Bertanyakan keadaan semasa dirumah, aktiviti harian siswa-siswi dalam keluarga saya ketika mereka bercuti. Tak lain, tak bukan, macam anjing dengan kucing. Haha. Saya boleh bayangkan suasana itu, pasti gamat dan meriah dengan lagak dan gaya yang masing-masing tidak mahu mengalah. Kepenatan umi menguruskan makan pakai anak-anaknya yang ramai itu, Wah! Kenangan dan memori yang sangat indah untuk dikenang.

Kasih umi, sayang ayah, bertanyakan bagaimana keadaan kesihatan, perihal akademik dan persediaan saya untuk menghadapi exam gastrointestinal system yang makin tiba. Ayah turut menyatakan kerisauannya melihat saya berblogging, dibimbangi saya terleka dengan dunia blog ini. Juga menasihati dan mengingatkan saya akan ada segelintir golongan bloggers yang suka menyebarkan cerita gossip dan fitnah, mendedahkan rahsia jemaah atau parti serta membuka aib individu-individu tertentu dengan harapan saya lebih berhati-hati dalam menyusun kata dan bicara disebalik wadah penulisan maya ini. Yep! Akan saya ingat dan pegang kata-kata ayah dalam entri sulung saya yang lalu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh!

Ramai orang berlumba-lumba menyertai medan maya ini sama ada dengan "tahu" atau sembrono ! Elok benar memuluskan niat sebelum memulakan klik pertama.Begitu ramai pelayar dan blogger yang tersesat melayang-layang di awang-awangan tidak tentu hala dan tujuan.Memiliki sebuah laman blog bukanlah lesen menghalalkan cara.Berhati-hatilah jangan terperangkap di dalam lukah yang ditahan di pergentingan !

Gunakan blog untuk memaparkan makruf dan ilmu.Jadilah seperti Imam Bukhari yang sangat teliti dan bertanggungjawab terhadap fakta.Oleh itu jalan paling selamat yang patut dilalui oleh para blogger ialah memaparkan ayat-ayat Allah,hadith-hadith Nabi serta menjauhi fitnah dan gosip.Fitnah ibarat orang tidur,janganlah kita menggerakkannya!

Akhir sekali,janganlah belayar ditengah lautan luas dimalam gelap gelita dengan perahu kolek.

Belayarlah dengan cahaya yang terang benderang !
November 26, 2009 8:11 PM


Moga Allah memberi saya keberkatan waktu untuk saya mengutip sebanyak mungkin mutiara-mutiara ilmu Allah atas muka bumi ini.

Moga Allah memberikan saya kesabaran dalam mentaatiNya.

Moga lahir lebih ramai orang-orang yang memahami syahadah yang diucapkannya dan menyampaikan Islam disebalik kemugkaran dan maksiat yang makin mengembang biak dan membarah dalam ekosistem kehidupan.

Study week saya telah bermula. Doakan sahabat-sahabat dan saya diberi kesihatan yang baik serta kekuatan baik dari segi jasmani dan rohani untuk menghadapi imtihan pada 13 Disember ini. Allah yusahhil lana, insyaAllah.

Irbid,the hashemite kingdom, 8.42pm.
Labels:
  1. cik moon

    adinda tidak berbicara pun,sewaktu kakanda menelefon rumah.kakanda tahun depan,mula bulan satu,adinda telah dihantar oleh ayahanda untuk mengikuti kelas tusyen.dari pukul 8.30 malam hingga 12.00 malam.adinda tidak dapat membayangkan kesibukan adinda untuk menghadapi UPSR pada tahun hadapan.adinda pasti letih,balik sekolah pukul 3.30 petang,balik tu nak siapkan kerja sekolah pulak.pukul 8.30 malam nak pergi tusyen.huh,kehidupan yang mesti adinda jalani mulai tahun depan.kehidupan yang sibuk sepanjang masa.kakanda rasa bolehkah adinda mengharungi kehidupan ini???pening kepala adinda memikirkannya."BOLEHKAH ADINDA MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI ITU"???

  2. salam alaik cik moon..
    kakanda rasa adinda bisa saja melalui hari2 getir seperti itu..
    utk menempuh kejayaan yg manis, perlulah adinda melalui saat2 yg getir..tp jgn risau, kakanda yakin, dengan pertolongan Allah, juga doa restu ayahanda bonda, adinda pasti boleh..insyaAllah..
    kakanda tujukan lagu ini utk adinda kecik..

    "umat Islam harus cemerlang,
    hari ini mesti lebih baik dr semalam.."

    hoho..relax2 la..insyaAllah kheir cik moon..umi ckp cik moon jadik ustazah kecik kpd abg fan..huhu..bagos2..rajin2 lagi mengaji dgn abg fan..big claps..

  3. teardrop

    ayyash!
    rindula
    mari bertandang ke teduh dulu :(

  4. salam alaik teardrop..
    ana rasa ana mcm dh terputus hbgn dgn member2 kamceng ana..
    tmbh2 lg bila masuk stadi week ni..lg rase jaoh ngan sume member..
    x dengar khabar berita langsung..huu..syahdu betol..

  5. wna

    o0o..ader x blog x cakap eh...x pe2...paperpun..all da best!!...ak akan jadi pengunjung yg setia...huhu