jiwa basah

Thursday, November 26, 2009 Posted by ayyash
Assalamualaikum wbt..

9 Zulhijjah 1430H. Esok Aidiladha. Kepala berdenyut-denyut. Langkah kaki diperkemaskan menuju ke masjid Yarmouk. Janji dengan sahabat-sahabat Quranic Circle[memandai-mandai je aku bagi nama] untuk bertemu di masjid Yarmouk tepat jam 1.30pm nampaknya tidak kesampaian. Jam telah pun menunjukkan angka 1.40pm. Langkah dipercepatkan.

Suasana masjid bertambah syahdu dek ketiadaan jemaahnya. Minit-minit berlalu, akhirnya semua sahabat tiba. Bulatan duduk kami dirapatkan. Majlis dibuka. Serak-serak basah suara jiwa-jiwa segar itu mengalunkan kalam Rabb juzu’ 7. Selesai tilawah juzu’ 7.

Suara sifu M menerangkan ayat 82 dan 83 surah Al-Maidah memecah kebekuan suasana dek kesunyian kami menahan kesejukan suhu petang itu.

“Pasti kamu akan dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan musyrik. Dan pasti akan kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya kami adalah diantara orang-orang Nasrani”. Yang demikian itu kerana di antara mereka terdapat para rahib dan pendeta, kerana mereka tidak menyombongkan diri.”

“Dan apabila mereka mendengarkan Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad, kamu lihat air mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui dari kitab-kitab mereka sendiri seraya berkata, “ Ya Tuhan, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Nabi Muhammad.”

Terngiang-ngiang suara sifu M mengingatkan kami untuk sentiasa mengulang hafalan. Agar tak hilang dek kealpaan dan kelekaan menghadapi kesibukan menguruskan kehidupan dunia.

Jangan jemu dengan Quran sebab ia adalah kalam yang paling adzim sekali atas muka bumi ini. Kalam pencipta semesta. Kalam yang menghubungkan antara langit dan bumi melalui perantaraan Jibril a.s kepada manusia agung, nabi Muhammad s.a.w. Juga kalam yang menuntun hamba pulang ke pangkuan Tuhan Pencipta.

“Mulakan hari kita dengan Quran, biar kita mulakan hari kita dengan perkara yang paling baik sekali. Pastikan diri kita tak jauh dengan Quran, tegas suara sifu M mengingatkan jiwa-jiwa lembut itu.

Majlis ditutup. Alhamdulillah, betapa Allah menjaga aku dengan biah dan sahabat-sahabat yang solehah. Yang selalu membuatkan aku tersentak bahawa hidup ini sentiasa diawasi oleh Allah. Bahawa aku tak pernah keseorangan dalam hidup ni. Bahawa Dia sentiasa ada untuk mendengar setiap rintihanku. Wah, ketahuilah. Nikmatnya hidup dalam pengawasan Allah dan bersyariatkan Islam. Alhamdulillah.

Psst 1..esok raya aidiladha. Selamat hari raya ummah. Takbir!
Psst 2..osmate2 n aku masak rendang, lodeh ngan kuah kacang eh. Haha. Ktrg plan nk pakai baju tema ungu/pink. Huh.
Psst 3..huu, kepala aku makin sakit.

irbid, the hashemite kingdom
Labels:
  1. selamat hari raya ayyash~

    mabruk alaik! ^_^

  2. ayyash

    selamat hari raya ainul..
    huu..ngueng3..malu ak..
    taiko glkn dtg..

  3. weih, taiko mendenyer.. takde maknanya laaaaaa... ish! ;p

  4. cik moon
  5. cik moon

    semua bagus.congratulation.